Persona “Facilitator” menghargai nilai wang dan menyokong etika kerja yang baik dan kebebasan kewangan. Menyimpan dan mengelak hutang menjadi kepentingan buat mereka dalam pengurusan kewangan.
Berusaha untuk menjana wang juga penting dan bermanfaat bagi mereka. Ia merupakan nilai-nilai yang ingin diterapkan pada anak mereka.
Facilitator lebih cenderung untuk berkata, “Tiada pengganti pengalaman hidup sebenar, namun ibu bapa harus memberikan panduan agar anak mereka tahu apa yang perlu dilakukan yang melibatkan perihal kewangan.”
Bagaimana Mereka Ajar Tentang Kepentingan Wang
Facilitator percaya bahawa disiplin diperlukan bagi menyimpan wang kerana berhutang membuatkan mereka rasa tidak selesa. Ini mungkin kenapa kebanyakan Facilitator membuka akaun simpanan untuk anak mereka sebaik sahaja mereka dilahirkan bagi mengurangkan kemungkinan mereka berhutang.
Ini langkah penting kepada mereka kerana ia menunjukkan komitmen dalam mengajar anak mereka cara untuk menabung dari kecil, agar mereka sendiri rasa selamat dan berpuas hati dengan memiliki wang dalam bank.
Facilitator percaya bahawa semua orang perlu bekerja keras untuk mencapai jaminan kewangan, dan anak-anak mereka harus menerap etika kerja yang sama. Oleh itu, mereka akan mendorong anak mereka untuk mengambil kerja sambilan, agar mereka menjana pendapatan, dan lebih penting belajar nilai wang melalui pengalaman peribadi.
Gabungan membimbing anak untuk menyimpan dan menyokong mereka untuk belajar dan menjana wang, adalah maksud sebenar pemudahcaraan. Oleh itu, Facilitator berharap pendidikan kewangan mereka mampu membentuk anak mereka dari segi kewangan untuk berjaya di masa hadapan.
Apabila berbicara tentang pendidikan kewangan, Facilitator percaya kedua-dua ibu bapa memainkan peranan. Namun begitu, ada sesetengah keluarga lebih gemar jika ibu mempimpin (28%), manakala 11% gemar akan bapa.
Matlamat Pendidikan Kewangan Mereka
Mengelak berhutang dan berbelanja secara berhemah menjadi matlamat utama untuk anak mereka. Kewangan yang selamat dan terjamin amat penting kepada Facilitator. Oleh itu, ia selaras dengan matlamat dan objektif peribadi mereka yang telah ditetapkan terhadap pendidikan kewangan.
Bagi Facilitator, ini termasuk memiliki rumah sebagai bekalan kewangan kukuh untuk keluarga dan anak mereka. Insurans hayat juga memainkan elemen penting bagi membekalkan keselematan untuk seisi keluarga. Akaun simpanan untuk semua juga elemen penting bukan sahaja untuk mencapai kewangan terjamin, malah untuk kepuasan emosi.
Facilitator percaya jika mereka membekalkan tiga elemen keselamatan ini, anak mereka akan bebas untuk bereksperimen dan belajar sendiri, dan akhirnya belajar menggunakan wang dengan bertanggungjawab, membina simpanan dan mampu berdikari.
Kejayaan Pendidikan Kewangan Mereka
Namun begitu, kebanyakan ibu bapa Facilitator tidak pasti jika mereka telah mendidik kewangan pada anak-anak dengan baik – malah ada yang menyatakan mereka tidak yakin mereka lakukan yang terbaik untuk anak mereka, menurut tinjauan Asia Money Parenting. Mereka ini biasanya akan berkata, “Saya telah lakukan yang terbaik, namun saya tidak pasti adakah ia memadai”.
Ini kerana sebahagian daripada matlamat pendidikan kewangan mereka adalah untuk membolehkan anak mereka berdikari secara kewangan, dengan nilai pengurusan kewangan yang betul, dan ini hanya akan terbukti pada masa hadapan.
Sejauh Mana Mereka Tahu Tentang Wang
Sebilangan besar Facilitator tidak pernah diajar tentang pelaburan dan instrumen kewangan. Ini kerana mereka tidak yakin mereka boleh atau mereka harus cuba mengajar perkara lain selain asas: menjana wang, menyimpan, merancang peruntukan, tidak berhutang.
Namun begitu, ibu bapa Facilitator lebih cenderung untuk bertanya kepada ahli keluarga atau mencari maklumat di internet.
Adakah Facilitator ingin mendapatkan pengetahuan kewangan yang lebih baik? Ya, hampir separuh (47%) mengatakan mereka berminat.
Namun walaupun mereka tahu lebih banyak tentang pengurusan kewangan, pendekatan mereka terhadap pendidikan kewangan tidak akan berubah. Mempelajari nilai asas yang menyokong jaminan kewangan masih penting untuk anak-anak berbanding mengajar mereka tentang pelaburan seperti dana,saham, bon dan sebagainya. Mereka percaya bahawa jika mereka kekal dengan pengajaran asas, semuanya akan baik-baik sahaja.
Jika anda Facilitator yang ingin tahu bagaimana ibu bapa lain mendidik anak mereka tentang kewangan, layari laman #MoneyParenting kami atau langgan surat berita kami untuk terus mengetahui kandungan terkini.