Boleh atau tidak bagi bayi anda menonton TV sewaktu anda sedang sibuk membuat tugasan dapur atau pun sewaktu membuat pekerjaan yang lain? Apakah sebenarnya keburukan menonton televisyen pada bayi?
Menjaga anak bukanlah satu pekerjaan yang mudah buat ibu dan bapa. Maka, tidak hairanlah ramai ibu bapa yang menggunakan masa menonton TV sebagai waktu rehat bersama anak-anak.
Menonton TV bagi bayi lebih banyak membawa keburukan daripada manfaat kerana ramai pakar mengesyorkan agar ibu bapa tidak membenarkan si kecil menonton TV bagi bayi berumur awal 18 bulan. Kalau anda nak bagi anak anda tengok TV, anda kena tunggu sampai anak anda besar sedikit barulah boleh beri tengok TV.
“Kenapa anak saya tak boleh tengok TV? Anak saya suka tengok kartun.”
Ini merupakan salah satu soalan yang kerap ditanya oleh ibu dan bapa yang bertanya sebab mengapa anak anda tidak boleh menonton TV.
Bagi bayi dibawah umur 18 bulan, kajian daripada American Academy of Pediatrics (AAP) mengatakan bayi yang berumur 1 tahun sudah mula bermain dengan telefon bimbit. Malah ada yang seawal 4 bulan lagi! Malah AAP turut mencadangkan agar bayi berumur 2 tahun ke bawah tidak dibenarkan menonton TV lagi sehinggalah mereka berumur 2 tahun lebih dan ke atas. Kerana ia boleh mengundang keburukan menonton televisyen buat bayi.
Kajian mengenai impak screen time atau masa menonton dalam kalangan kanak-kanak dapat merungkai mengapa bayi tidak digalakkan untuk menonton TV.
Keburukan menonton televisyen: Boleh efek perkembangan awal otak bayi
Bayi seawal umur 12 bulan ke bawah mungkin boleh melihat bentuk dan warna serta pergerakan yang terdapat dalam TV tetapi bayi masih lagi tidak dapat menangkap maksud yang disampaikan. Mereka hanya lebih tertarik dengan warna. Jadi bila anda tengok si kecil suka melihat kartun, yang sebenarnya anak anda masih lagi kurang memahami apa yang berlaku di kaca televisyen.
Otak bayi mengambil masa 18 bulan untuk memahami konteks serta maksud yang disampaikan menerusi kaca televisyen dan bagaimana mereka menterjemahkan konsep tersebut kepada dunia nyata.
Pada saat inilah, anak anda baru memahami apa yang berlaku.
Jikalau tidak, segala screen time mereka hanyalah sekadar satu pengisian sahaja yang tidak memberi maksud apa-apa.
Jadi bagaimana pula dengan waktu anak anda melihat telefon bimbit ataupun komputer untuk belajar menerusi apps pembelajaran untuk bayi?
Ya, walaupun anak anda boleh mempelajari menerusi app. Tetapi pembelajaran menggunakan app hanyalah boleh mengajar anak anda untuk menggunakan alat ini dengan baik seperti swipe dan tekan pada skrin.
Hakikatnya pembelajaran tersebut tidak membantu anak anda di dunia nyata. Pada peringkat pembesaran anak anda ini, anak anda perlu belajar interaksi dan komunikasi, skil motor seperti memegang, membaling dan banyak lagi skil yang akan membantu tahap pembesarannya.
3 sebab keburukan menonton televisyen untuk bayi
#1 Anak lewat bercakap
Menonton TV seawal usia yang muda akan menyebabkan anak anda lewat bercakap ataupun speech delayed. Mengapa agaknya?
Sekiranya anak anda tidak menonton TV dan banyak menghabiskan masa dengan berinteraksi dengan anda, secara tidak langsung anak anda akan mempelajari lebih banyak benda baru serta perkara apabila anak anda memerhatikan anda.
Tetapi, apabila anak anda menonton TV, anak akan menjadi pasif kerana apabila anak anda melihat TV, anak anda tidak akan bercakap dan hanya duduk diam sahaja melihat TV.
Secara tidak langsung, anak anda akan menjadi lambat bercakap kerana anak anda hanya melihat interaksi dalam TV dan proses komunikasi sebenar tidak berlaku di dunia nyata. Ia turut mengganggu pembentukan dan pengembangan bahasa anak.
#2 Kurang kemahiran sosial
Mungkin ada ibu bapa yang mengatakan anak mereka masih boleh belajar daripada TV kerana terdapat banyak rancangan dalam TV yang dibuat khas untuk bayi.
Sebenarnya ibu bapa, memang betul TV itu ada baiknya kerana banyak perkara berlaku dalam kandungan TV. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah anak anda sendiri tidak dapat mempelajari interaksi didalam TV. Kandungan TV adalah amat kompleks dan penuh dengan interaksi.
Malah, ianya juga dianggap sebagai gangguan. Jika anak anda ralit menonton TV, anak anda tidak akan menghiraukan orang disekitar dan tak dapat bergaul dengan orang lain. Lebih baik anak anda bermain dengan kanak-kanak sebayanya untuk melatih anak anda bergaul daripada menonton TV.
#3 Hilang daya tumpu dan imaginasi
Anak anda akan lebih dapat banyak manfaat apabila anak anda bermain dan berinteraksi dengan anda mahupun adik beradiknya. Tetapi kalau anak anda lebih banyak menonton TV dan lebih tertumpu kepadanya, cuba anda panggil anak anda. Lihat berapa lama anak anda boleh menyahut panggilan anda. Kesan menonton TV akan mengakibatkan anak anda hilang tumpuan dan daya imaginasi. Anda sebagai ibu ayah perlu tahu keburukan menonton televisyen pada bayi anda.
Kadang ibu bapa mengganggap bahawa apabila anak melihat TV, anak itu sedang fokus tetapi dari segi bab pertuturan, anak anda akan kelewatan. Lebih banyak masa anda memberi anak anda menonton TV, maka lebih lambatlah anak anda belajar bercakap dan menguasai bahasa kerana anak anda tidak dapat beri tumpuan. Ia turut mengganggu skil lain yang sepatutnya dikuasai oleh anak anda untuk membesar seperti membaca, menulis dan sebagainya.
Apa anda boleh buat?
- Kerap bermain bersama dan buat aktiviti bersama anak untuk membentuk kemahiran sosial anak.
- Jangan beri anak tengok TV sekiranya anak baru berusia 12 bulan ke bawah.
- Hadkan tontonan TV kepada 1 jam sehari untuk kanak-kanak.
- Tonton TV bersama anak dan beri panduan dengan bertanya, “Apa objek itu,”Itu warna apa”
Sumber: My Health
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca lagi: Anak anda ketagih tengok tv? Mari cuba 5 tips berguna dari ibu ini