Ingatkan McDonald's, Rupanya Balai Polis! 3 Cara Ajar Anak Buat Panggilan Kecemasan

Satu pelajaran penting yang kebanyakan kanak-kanak yang berusia lebih daripada tiga tahun dapat adalah belajar mendail nombor panggilan kecemasan.

Kecemasan boleh berlaku di mana-mana dan tidak memilih siapa. Tidak kira anda tua atau muda, ia boleh berlaku di mana saja sama ada rumah atau di luar. Justeru, pentingnya anak diajar untuk membuat panggilan kecemasan. 

Selain mengajar mereka tip keselamatan yang penting seperti apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran, atau apa yang perlu dilakukan jika dia berjauhan dengan anda.

Satu pelajaran penting yang kebanyakan kanak-kanak yang berusia lebih daripada tiga tahun dapat adalah belajar mendail 999.

Panggilan kecemasan minta Happy Meal, McDonald's 

Kredit foto: erabaru

Kisah agak lucu ini berlaku di Arizona yang mana seorang kanak-kanak lelaki, Charlie tersilap mendail nombor telefon. 

Kanak-kanak berusia lima tahun itu menyangka dia menghubungi talian makanan untuk pesanan makanan segera McDonald's tetapi sebenarnya ia adalah talian panggilan kecemasan!

Yang menyambut panggilannya ada anggota polis di pusat panggilan kecemasan. Haru dibuatnya.

Kanak-kanak berkenaan secara tidak sengaja mendail nombor pusat panggilan kecemasan dan membuat pesanan makanan segera Happy Meal daripada restoran makanan segera terkenal McDonalds.

Pegawai tak pandang ringan setiap panggilan

Setiap panggilan kecemasan tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin 'klu' daripada seseorang yang amat memerlukan bantuan ketika itu.

Menurut laporan Era.baru, polis itu tetap melayani kanak-kanak itu dengan penuh perhatian.

“Hai, adakah ini McDonald’s?”

Pegawai yang bertugas, Anthony Bonilla tidak memandang ringan panggilan tersebut dan menjawab, “Ini bukan McDonald’s, ini adalah balai polis. Adakah anda memerlukan bantuan?”

Mendengar kata-kata itu barulah Charlie tahu bahawa dia telah tersalah telefon namun dia sempat berkata, “Bolehkah saya memesan Happy Meal?” dan kemudian terus menutup telefon.

Untuk keselamatan anak kecil itu, Anthony terus menghubungi Charlie semula dan kali ini ayahnya pula yang menjawab.

Dia sangat terkejut dan malu setelah mengetahui apa yang dilakukan anak kecilnya dan dia memberitahu pegawai tersebut bahawa semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Namun begitu, pegawai polis tetap perlu ke rumah Charlie untuk melakukan pemeriksaan kerana itu adalah peraturan yang telah ditetapkan.

Rupa-rupanya Charlie telah tersalah telefon. Dia mahu menghubungi McDonald’s namun dia tersalah dengan menghubungi talian kecemasan, 911.

Tetapi Charlie tetap dapat Happy Meal idamannya kerana pegawai polis yang datang memeriksa rumahnya tidak datang dengan tangan kosong, ada Happy Meal ditangannya!

Penting anak tahu buat panggilan kecemasan

Kecemasan tidak mengenal waktu. Ia boleh berlaku di mana-mana saja. Mungkin ketika anda tinggal berdua bersama anak, atau mungkin ketika anda keluar berdua.

Jadi adalah amat penting untuk ajar anak buat panggilan kecemasan dan mengingat nombor telefon penting ia bagi memudahkan mereka dan kita apabila ditimpa insiden kecemasan yang tidak membolehkan kita membuat panggilan.

#1. Ajar anak cara dail nombor telefon

Perkara pertama anda perlu buat adalah ajar anak guna telefon. Jangan ajar main game atau gajet saja. Ajar mereka cara mendail nombor telefon. Ini perkara asas yang paling penting untuk mereka tahu bagi membolehkan anak lakukan step yang seterusnya.

Ajar mereka cara buat panggilan sangat penting. Mungkin sebelum ini anda tak pernah ajar mereka kan? Jadi mulakan sekarang. Seawal usia empat tahun anak sudah boleh memahami perkara asas sebegini.

#2. Terangkan pada anak apakah 999

Anak perlu tahu apa yang dia patut buat jika tiba-tiba nampak anda rebah atau sesuatu berlaku di rumah seperti kebakaran dan sebagainya.

Terangkan kepada mereka bila patut mendail nombor itu. Bagaimana nak terangkan?

#3. Ajar mereka mengenai kecemasan

 

Terangkan dalam bahasa mudah apa itu kecemasan kepada mereka supaya mereka tahu bila menghadapinya. 

Bercakap mengenai kecemasan dengan anak anda seperti:

  • Kebakaran
  • Seseorang yang tiba-tiba tidak sedarkan diri (contohnya bila ditepuk, dipanggil, dijerit tidak menyahut
  • stranger yang mengetuk pintu rumah

Terangkan kepada mereka semua ini tetapi jangan menakutkan pula. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: erabaru, lafamiliallc

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar