Gara-Gara Selalu Tetap Brightness Telefon Paling Maksimum, Mata Gadis Ini Ada 500 Lubang & Rosak!

Anda selalu tetapkan kecerahan skrin telefon bimbit anda tahap berapa? Kalau tahap maksimum, jaga-jaga ya! Mata anda boleh rosak dan berlubang seperti ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat Kecerahan Skrin Telefon Di Tahap Maksimum, Wanita Ini Ada 500 Lubang Di Mata!

Berapakah kecerahan skrin telefon anda? Adakah anda selalu tetapkan brightness skrin telefon ini ke tahap maksimum?

Jika jawapan anda ya, mungkin anda perlu lebih berhati-hati selepas ini. Menurut Dr. Justin Bazan, seorang pakar perubatan dari The Vision Council, 

"Sebenarnya ramai yang tidak sedar kesalahan menetapkan kecerahan skrin telefon ke tahap maksimum. Seiring dengan kemajuan teknologi, hakikatnya ramai individu menderita ketidakselesaan fizikal akibat selalu melihat skrin telefon, terutamanya sepanjang 2 jam untuk satu penggunaan."

Sebenarnya, kita memang tidak boleh elak untuk guna dan pegang telefon bimbit ini ketika siang atau malam. Mana nak tengok mesej di WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, dll...

Hinggakan kita terlupa tentang kesihatan dan keadaan mata kita. Itulah yang terpaksa dipelajari oleh Chen, seorang wanita dari Taiwan ini. 

Kecerahan skrin telefon di tahap maksimum untuk memudahkan urusan

Dia terpaksa mempelajari akibatnya jika kita mengambil ringan isu kecerahan skrin telefon yang sering kita tatap. Selama 2 tahun, Chen selalu menetapkan kecerahan skrin telefonnya ke tahap maksimum.

Dia tidak sedar yang perbuatannya itu membawa padah. Mula Mac tahun lalu, kesihatan mata Chen mula menurun.

Menurut laporan Apple Daily, Chen yang bekerja sebagai setiausaha ini memang tidak pernah "lekang" dari telefon bimbitnya. Malah, Chen sendiri mengakui dia sering menggunakan telefonnya di kawasan luar yang terang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, dia terpaksa menaikkan kecerahan skrin telefonnya ke tahap maksimum untuk memudahkan urusan kerja. 

Malah menurutnya lagi, dia tidak akan menurunkan kecerahan skrin itu pada waktu malam pun. Apa yang memburukkan lagi keadaan, dia suka menggunakan telefon bimbitnya di dalam gelap ketika waktu malam!

Selepas sering merasai kesakitan di mata hingga bengkak, dan ia tidak boleh dikurangkan dengan ubat titis, Chen akhirnya mengambil keputusan ke hospital.

Di hospital, doktor memberitahu yang saluran kecil darah pada mata kirinya telah pecah, dan tahap penglihatannya menurun ke 0.6!

Tapi, tahap penglihatan pada mata sebelah kiri lebih teruk! Ia turun sehingga 0.3. Doktor juga menemui 500 lubang kecil dalam bahagian mata itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut doktor pakar, Dr. Hong, mata Chen telah terdedah kepada hampir 600 lumen setiap hari dalam tempoh 2 tahun. Sedangkan, mata manusia hanya boleh menerima hampir 300 lumen sahaja. 

Chen kini diberikan steroids untuk merawat matanya, dan dia kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

Apapun, doktor masih menekankan yang penggunaan telefon bimbit di tahap kecerahan maksimum selama 2 jam sama seperti membakar bola mata anda dalam ketuhar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecerahan Skrin Telefon Bawa Pelbagai Masalah Pada Mata Anda

Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa kecerahan skrin telefon boleh merosakkan kesihatan mata anda. Antara 2 daripadanya adalah penyakit mata kering.

Penyakit ini menyebabkan mata tidak cukup lembap untuk memberi perlindungan, jadi permukaan mata akan lebih cepat merengsa. 

Satu lagi adalah sindrom penglihatan komputer. Ia disebabkan oleh habit melihat skrin (telefon atau komputer riba), tanpa henti selama 2 jam.

Akibatnya, ramai yang akan rasa mata sakit atau kering, sakit kepala, penglihatan kabur, sakit leher dan sakit bahu. Sindrom ini sering berpunca dari kecerahan skrin telefon anda. 

Antara sebab kenapa "lampu biru" dari skrin itu menyebabkan mata letih adalah kerana pelepasan melatonin. Melatonin akan "memperdaya" anda yang "hari masih siang/cerah", sedangkan sudah malam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Ingin Menjaga Kesihatan Mata Walaupun Jika Selalu Lihat Telefon?

Jangan risau, masih ada cara untuk menggunakan telefon bimbit ini dengan selamat.

Demi menjaga kesihatan mata, anda haruslah mengikut beberapa gaya hidup dan tips penjagaan mata yang diberikan pakar ini. 

#1 Ikut peraturan 20-20-20

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan mata anda adalah dengan mengamalkan peraturan 20-20-20 ini. Bagaimana ingin melakukannya? Mudah saja!

Setiap 20 minit masa merenung skrin, berhenti dan lihat pada mana-mana tempat sejauh 20 kaki, selama 20 saat. Mudah saja kan? 

Mata ini sama juga seperti otot yang lain. Ia perlukan rehat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Kerapkan kelipan mata

Kerapkan kelipan mata anda mungkin dengar macam tak masuk akal, tapi ia sebenarnya bagus untuk mata anda!

Anda hanya perlu berfikir untuk mengelipkan mata. Apabila anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan kelipan mata yang "lengkap" di mata kelopak atas mata betul-betul menyentuh kelopak mata bawah. 

#3 Kurangkan kecerahan skrin anda

Akhir sekali, anda juga boleh mengubah tetapan kecerahan skrin anda ke warna yang lebih panas. Setiap telefon bimbit kini memiliki night mode yang memberikan warna oren. 

Walaupun ia nampak remeh, tapi anda tidak akan sedar ada banyak habit kita ini tidak bagus untuk kesihatan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Asia One, Siakap Keli, Health

Baca juga:

 

 

 

Penulis

Ayu Idris