Apabila kanak-kanak kecil sudah tahu boyfriend girlfriend
Kalau kita lihat 2 kanak-kanak kecil bercium dan berpelukan, dalam hati kita pasti akan fikir –
“Alahai comelnya! Mereka macam girlfriend boyfriend.”
Sebenarnya, kebanyakan kanak-kanak kecil ini cuma main-main sahaja dan langsung tak ada perasaan sebenar terhadap satu sama lain.
Tapi bagaimana kalau mereka benar-benar sudah tahu istilah girlfriend boyfriend dan betul-betul ada perasaan suka pada kanak-kanak lain?
“Adakah normal jika anak saya yang baru 5 tahun betul-betul ada perasaan terhadap budak lelaki lain?” tanya Emilie B, seorang ibu. “Dia selalu cakap tentang budak itu.“ “Kalau budak 5 tahun sudah pandai gila lelaki, bagaimana pula kalau remaja nanti?”
Ha… terkejut ibu bapa semua!
Okay bersabar. Kami ada 3 jalan penyelesaian jika anak-anak anda sudah pandai tentang boyfriend girlfriend ini.
1. Jangan bimbang. Ini perkara normal
Peribahasa menyatakan, “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?” hehe.
Anak-anak itu pasti belajar dari tingkah laku ibu bapa serta orang dewasa lain.
Mereka cuma melakonkan peranan saja.
Mungkin mereka mengikut tingkah laku kak long ataupun sepupu, mahupun kawan lain.
Adakah mereka sedang menonton TV yang menunjukkan program berunsur cinta?
Ha… ataupun ada kemungkinan mereka terikut-ikut kartun Disney yang menunjukkan perasaan cinta sejati.
Jessica B. seorang guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah juga percaya mereka hanya cuba untuk mengikut tingkah laku ibu bapa mereka.
Menurutnya lagi –
“Kita selalu dengar ayat ‘dia awek saya‘ atau ‘itu boyfriend saya‘, ‘anda mahu kahwin dengan saya?‘ Mereka cuma bermain rumah-rumah dan sudah pasti sebuah keluarga akan memerlukan ibu, ayah dan seorang bayi.”
2. Anda tak boleh halang perasaan kanak-kanak
Perasaan suka adalah perasaan sebenar kanak-kanak itu. Jadi sebagai ibu bapa, kita tak perlu menghalang perasaan mereka.
Sebenarnya ini bukan sesuatu yang patut membimbangkan ibu bapa kerana fasa girlfriend boyfriend ini adalah perkara yang normal untuk umur mereka.
Ibu bapa yang suka membesarkan hal kecil-kecil ini hanya akan menyebabkan mereka lebih ingin tahu.
Samalah macam konsep bila anak tanya “baby datang dari mana?”
Sebaliknya beritahu anak anda yang dia perlu membesar jadi orang dewasa sebelum boleh berkahwin.
Dengan adanya perasaan suka sama suka ini, ini mungkin boleh mengajar kanak-kanak tentang cinta dan belas kasihan terhadap orang lain.
Lebih baik ibu bapa memberi galakan, dari mengecewakan anak.
Sekurang-kurangnya, anak akan lebih bersifat penyayang apabila dia besar nanti.
Janganlah risau sangat ibu bapa semua, ya! Janji persahabatan mereka itu tak mendatangkan kemudaratan.
Lagipun, kanak-kanak tidak dapat mengawal persaan mereka. Nanti sudah besar, pandaiah dia.
3. Ibu bapa harus bersedia untuk masuk campur
Sesetengah ibu bapa rasa perasaan yang dialami in akan menimbulkan masalah untuk anak mereka.
Kalau itu yang dirasa, ibu bapa perlu bersedia untuk masuk campur jika keadaan anak mereka tidak bertambah baik.
Pernahkah ibu-ibu mempunyai anak yang mengalami fasa ini?
Apakah yang ibu-ibu telah lakukan?
Mari kongsi pengalaman supaya kita boleh sama sama belajar.
Sumber: Pop Sugar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comdidik-anak-jadi-pemurah-mahu-berkongsi/