Jika diperhatikan, statistik keganasan rumah tangga seluruh dunia adalah perkara yang sungguh memalukan. Malah, keganasan rumah tangga tidak patut berlaku dalam sesebuah perkahwinan kerana suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.
Walaupun rumah tangga yang dibina sudah berpuluh tahun lamanya, tetapi rasa kasih sayang harus disemai setiap hari.
Kadang kala seseorang wanita akan mengambil masa untuk memulihkan semula emosi yang sudah tergugat dek kerana suami yang tidak menghormati dirinya. Ada juga isteri yang takut untuk berterus terang dan tidak menceritakan kepada orang tuanya di atas kelakukan tak senonoh suami itu.
Malah, mereka sanggup berdiam diri dan hidup sebegitu seumur hidup, walaupun keganasan rumah tangga ini perlu dihadap setiap hari.
Wanita malang ini alami keganasan rumah tangga sejak hari pertama bergelar isteri
Seorang wanita berani menceritakan keperitan hidupnya yang mengalami keganasan rumah tangga sejak dia hidup bersama suami sejak tahun 2008. Lebih menyedihkan lagi, suaminya sudah menunjukkan sikap ganas ini sejak hari pertama dia bergelar isteri.
Dia akan dimarahi, dipukul dan dicaci maki jika membuat sedikit kesalahan!
Pernah suatu hari, ketika pulang daripada kerja, suaminya marah-marah hingga merosakkan komputer yang ada di rumah mereka. Pada malamnya pula, tanpa belas kasihan, suaminya itu memukul dirinya tanpa rasa perikemanusiaan!
“Pada 2010, suami mendapat idea lain untuk menyeksa isterinya. Si steri perlu mengemaskini setiap kerja-kerja rumah yang dilakukan setiap hari di dalam keratan Microsot Excel”
“Bukan itu sahaja, dia perlu juga menulis dan mengemaskini dalam sebuah buku nota kecil sama ada tugas yang diberikan sudah siap atau masih dalam proses. Jika tugas rumah tidak disiapkan mengikut tarikh deadline, terdapat kolum lain yang perlu diisi”
“Wanita itu perlu membaca setiap apa yang ditulis pada suaminya setiap hari mengikut masa yang ditetapkan. Jika tugas-tugas tersebut tidak siap, akan ada seksaan lain bakal diberikan.” – Saksi kejadian.
Antara seksa lain yang diberikan suami adalah isterinya perlu menyediakan spesifik menu untuk sarapan bagi. Malah, roti yang dibuat juga perlu sedap dan enak. Jika tidak makanan tadi akan menjamah wajah isterinya (dibaling ke muka).
Berkongsi cerita kepada media tempatan, wanita malang ini sudah lama mengalami keganasan rumah tangga:
“Semasa menyediakan roti chapati misalnya, saya harus memastikan diameter roti tersebut tepat dengan ukuran 20cm. Suami saya akan ukurnya setiap hari.
Malah, saya perlu melaporkan padanya bila dan masa saya membuat roti tersebut. Jika tidak, dia akan seksa saya dengan lebih teruk,”
“Lebih memeritkan, kehidupan saya seperti seorang pekerja dan suami adalah majikan. Jika ingin bertanyakan sesuatu, saya perlu menghantar kiriman email terlebih dulu.
Walaupun kerja asas di rumah seperti mengemas dapur dan sebagainya, saya perlu mengikut protokol yang ditetapkan. Jika tidak saya akan dipaksa melakukan seks secara paksaan dengannya,” -tambahnya lagi.
Keganasan rumah tangga makin teruk hingga suami seksa anak perempuan
Perlakuan seksaan itu bukan hanya pada isteri tetapi turut dikenakan pada anak perempuannya.
“Apabila dia sedang marah. Dia akan mengambil pisau di dapur dan cuba diacu-acukan pada anak perempuan saya. Seolah ingin membunuh. Pernah juga dia mencurah air ke tubuh saya dan menyuruh tidur dengan suhu penghawa dingin yang sejuk beku walaupun tahu saya dalam keadaan basah.
Lebih tragis lagi, dia pernah ingin menjatuhkan anak dari atas balkoni rumah. Suami saya ini bagaikan mimpi buruk dalam hidup saya selama bersuamikan dia,” – tambahnya panjang lebar di hadapan mahkamah.
Selepas bertahun hidup penuh penyeksaan dan pura-pura bahagia, wanita ini tidak dapat bertahan lagi lantas meminta untuk bercerai. Malah, ia merupakan jalan selamat dan lebih baik untuk kedua-duanya.
Sumber: Storypick
Kredit gambar: Mercatornet
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca lagi:
Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dipukul Tanpa Belas Kasihan Oleh Guru Tuisyen