Lihatlah bagaimana lelaki ini kasari wanita dalam pantang depan orang ramai!

Sebuah video keganasan terhadap wanita tular di media sosial apabila seorang lelaki dikatakan mengasari wanita dalam pantang di tempat awam.

Baru-baru ini, satu video keganasan terhadap wanita telah tular di Twitter. Apa yang menyedihkan, wanita yang dikasari ini baru saja melahirkan anak dan mungkin masih dalam pantang!

Keganasan terhadap wanita: Wanita dalam pantang dikasari depan orang ramai

Lily Amirah, telah memuatnaik sebuah video menunjukkan seorang lelaki mengasari seorang wanita di dalam sebuah restoran baru-baru ini.

Menurut Lily, dia yang sedang membuat kerja di restoran itu terganggu oleh bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang menangis sambil memangku bayi itu sedang bertengkar dengan seorang lelaki.

Pertengkaran mereka semakin mengganas apabila lelaki ini dikatakan memaksa wanita ini untuk mengikutnya pulang ke rumah sambil menarik tangan dan rambutnya serta mengetuk kepala wanita ini beberapa kali.

Pertengkaran mereka telah mengundang perhatian pelanggan lain dan apabila pasangan ini dikatakan mengganggu pelanggan lain, lelaki ini mahu menyelesaikan perkara ini di luar restoran.

Pelanggan lain sempat bertanya soalan kepada wanita ini semasa lelaki ini di luar menunggu wanita ini. Kata Lily, wanita tersebut berusia 22 tahun dan lelaki yang bersamanya itu adalah bakal suaminya.

Walaupun selepas di arah keluar oleh polis awam untuk meninggalkan restoran tersebut, lelaki ini masih cuba untuk mengasari wanita ini di luar restoran di depan orang awam!

Sehari selepas kejadian ini berlaku, keluarga wanita ini telah menghubungi Lily dan mengucapkan terima kasih kerana videonya ini telah membuatkan keluarganya tahu tentang keadaan yang menimpa wanita ini dan telah melaporkan kejadian tersebut pada pihak polis.

Kes ini sedang dalam siasatan.

Keganasan terhadap wanita: Laporkan segera jika anda menghadapi 5 situasi ini

Insiden yang berlaku ini memang sangat menyedihkan. Apatah lagi bila mengetahui  wanita tersebut masih dalam pantang dan dia dikasari walaupun sedang membawa anaknya.

Menurut kajian KANITA dari USM, satu dari sembilan wanita berpasangan pernah mengalami keganasan dalam rumah tangga.

Masih ramai lagi mangsa keganasan belum tampil dan tidak berani untuk membuat laporan polis dan kadang-kadang mereka tak sedar yang mereka sebenarnya adalah mangsa keganasan!

Jadi, jika anda lalui 5 situasi keganasan terhadap wanita ini, sila buat laporan dengan segera.

1. Dipukul di depan orang ramai atau di tempat sunyi

Kebanyakan kejadian memukul ini berlaku dari pergaduhan kecil dan berlarutan sehingga memukul.

Jika anda dipukul tak kira di depan orang ramai atau di tempat sunyi seperti di rumah, anda boleh buat laporan.

2. Dihimpit di kawasan sesak

Segelintir lelaki suka mengambil kesempatan semasa di tempat yang sesak kerana yakin yang wanita tak mampu bersuara untuk mempertahankan diri. 

3. Diganggu atau diajak berbual lucah

Jika anda diganggu atau diajak berbual lucah oleh orang yang anda kenali atau tak seperti pemandu pengangkutan awam dsb, anda boleh melaporkan kejadian ini.

4. Diganggu dengan aksi tak senonoh

Gangguan tidak senonoh ini adalah seperti menjelir lidah, membuat bunyi sensual, menjilat bibir atau memegang/memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa berbentuk lucah.

5. Diperkosa

Sila laporkan kejadian yang berlaku jika anda diperkosa kerana ramai wanita atau keluarga memilih untuk mendiamkan diri kerana mereka telah diperkosa oleh orang yang mereka kenali.

Jika anda adalah seorang mangsa dan memerlukan bantuan, ini adalah beberapa talian yang boleh anda hubungi:

Polis – 03-2031 9999 / 03-2266 3333

Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) – 03-7956 3488

TINA (SMS / Whatsapp line) +6018 988 8058 (24 jam)

Talian Helpline (Semua Tindakan Wanita) – 03-7877 0224

Semoga perkongsian ini membantu. Ayuh, wanita – bangun! Kita tidak boleh berdiam diri jika menghadapi keganasan sama ada dalam rumah tangga atau dalam perhubungan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Twitter, BeautifulNara

Baca juga:

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Penulis

Nadia Ghafar