Tragedi keguguran sebanyak 6 kali
Tiada cara yang betul untuk berhadapan dengan kehilangan anak dalam kandungan.
Sesetengah wanita dapat pulih dengan cepat, ada juga yang hanyut dengan kedukaan.
Lagipun, bila anda telah menunggu dan berharap untuk menyambut kelahiran seorang bayi, kamatiannya adalah ‘kejutan‘ hampir mustahil untuk dilupakan.
Kevin dan Jessica Mahoney telah mengalami 2 keguguran semasa mereka cuba mendapatkan anak pertama mereka.
Dan semasa mencuba untuk mendapatkan zuriat seterusnya, mereka terpaksa melalui 6 keguguran pula – bilangan yang sungguh menduga hati.
Kali ini, Kevin bersungguh-sungguh mencari jurufoto kehamilan yang handal.
Beberapa bulan yang lalu, Kevin telah menghubungi JoAnn Marrero untuk mengambil gambar isterinya, Jessica yang kini hamil anak kedua mereka.
Hasilnya sungguh mengkagumkan. Inilah gambar di sebalik tabir “baby rainbow” yang dihasilkan mereka.
“6 bayi ‘hilang’ demi mendapatkan bayi pelangi ini,” tulis Jessica.
“Saya harap, cerita saya dapat memberitahu seseorang yang mereka tidak keseorangan, perjalanan kehilangan, tidak subur sangat gelap dan sunyi.”
“Jess mahu sesuatu yang diinspirasikan daripada pelangi kerana kepayahan dia dan Kevin lalui, dan saya tahu saya perlu membuat sesuatu yang lebih istimewa untuk keluarganya,”jelas JoAnn kepada BabyCenter.
“Saya membayangkan sesi mereka dengan memcipta pelangi kami sendiri dengan asap berwarna-warni.“
Sesi fotografi itu tidaklah seindah hasilnya, malah JoAnn memberitahu The Huffington Post yang sesi tersebut sangat kotor, penuh batuk, asap yang tak menjadi, baju kotor dan debu yang melekat pada rambut dan hidung semua orang.
“Ini merupakan momennya – seorang ibu bangga hamil kali ke-2.”
“Jess berdiri dengan tenang dan kehamilannya terserlah bersama dengan banyak gelak tawa.“
Oktober merupakan bulan kesedaran kehamilan dan bayi, di mana ia menyasarkan untuk menyinari jutaan kehamilan yang berakhir dengan keguguran, mati di dalam kandungan atau lahir semasa dilahirkan di seluruh dunia.
Apabila Jessica menyifatkan kegugurannya sebagai “gelap dan sunyi,” dia bersuara ramai ibu yang telah bersusah payah untuk menjadi ibu.
Ramai keluarga yang berduka dalam senyap, hilang harapan. Dengan mengongsikan gambar yang indah ini kepada dunia, keluarga Mahoneys telah menunjukkan yang ia tak mustahil untuk mencari kegembiraan selepas kehilangan.
“Bayi pelangi ialah satu kefahaman tentang keindahan pelangi yang tidak hilang akibat ribut,” tulis JoAnn di dalam kapsyennya.
“Apabila pelangi muncul, ia tidak bermakna ribut tidak pernah berlaku atau keluarga tidak merasai kesannya. Ia hanya bermaksud sesuatu yang indah dan penuh cahaya telah muncul di antara kegelapan awan.”
Awww, sungguh indah! Semoga semuanya selamat untuk pasangan Jessica dan Kevin.
Sumber: theAsianParent Singapore dan Facebook From Labor To Love
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Selepas 9 Kali Keguguran, Seorang Kakak Berkorban Demi Mencapai Impian Adiknya dan Keguguran di awal kehamilan: Penyebab dan tanda-tanda yang anda patut tahu