Lupa Tukar Tampon Selama 5 Hari, Wanita Ini Hampir Kehilangan Nyawa!

Kegunaan tampon dan cara penggunaannya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh meragut nyawa jika salah cara penggunaannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara lupa menukar tampon selama lima hari, wanita ini hampir hilang nyawa. Justeru jelaslah bahawa kegunaan tampon dan penggunaannya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh meragut nyawa jika salah cara penggunaannya.

Seperti wanita ini, dia terlupa yang dia memakai tampon selamat lima hari dan hanya menyedarinya apabila terhidu bau yang sangat busuk daripada alat sulitnya!

Ngeri, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku pada wanita ini yang sepatutnyya diambil iktibar oleh semua wanita di luar sana agar peka dengan segala apa yang anda pakai pada diri anda. Nampak simple saja hanya kerana terlupa tukar tampon, tetapi kesannya hingga boleh meragut nyawa ya!

Kegunaan tampon jangan diambil mudah

Tidak dinafikan, tampon memang memudahkan kehidupan seharian wanita apabila datang haid kerana ia tidak menganggu aktiviti marah siap boleh berenang lagi jika memakainya.

Tetapi harus diingat, setiap benda yang dilakukan dan dimasukkan ke dalam faraj ada risikonya yang perlu diambil perhatian supaya ia tidak mendatangkan mudarat kepada si pemakai.

Nak dijadikan cerita wanita ini ketika dia memakai tampon beliau dalam keadaan mabuk dan tidak menyedari apa yang dilakukannya. Kejadian yang berlaku di United Kingdom ini hampir-hampir saja meragut nyawa wanita itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia hanya menyedarinya setelah terhidu bau busuk daripada alat sulitnya dan mula merasakan sakit di bahagian abdomen. 

Beliau kemudiannya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum menyedari ada tampon dalam farajnya yang mana dia langsung tidak teringat memakainya.

Kegagalannya mengeluarkan tampon itu menyebabkan tubuh badannya mengalami tindak balas kronik terhadap jangkitan kuman yang membawa kegagalan organ dan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Kesakitan di bawah perut selain suhu badan naik mendadak menyebabkan wanita itu segera dikejarkan ke hospital. Walaupun ketika dihantar ke hospital dengan organ yang sudah tidak berfungsi tindakan pantas doktor berjaya menyelamatkan nyawa wanita ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara anda perlu tahu mengenai tampon

Pernahkah anda mendengar mengenai tampon? Mungkin di Malaysia ia masih belum sepopular tuala wanita tetapi tampon semakin mendapat tempat kerana wanita di Malaysia juga sudah mula aktif melakukan pelbagai aktiviti lasak.

Sebenarnya di luar negara kaedah ini telah lama diguna pakai malah ia lebih popular berbanding tuala wanita. Hampir segenap wanita di luar negara lebih memilih memakai tampon ketika datang haid berbanding tuala wanita kerana mereka menganggapnya lebih praktikal berbanding menggunakan tuala wanita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun stigma masyarakat terutama berkaitan budaya seringkali menjadi tanda tanya. Memasukkan sesuatu dalam faraj adalah perkara yang sangat sensitif. Mungkin disebabkan itu tampon jarang digunakan di sini. Ada persoalan mengenai adakah ia akan menyebabkan hilang di dalam badan atau adakah tampon boleh memecahkan selaput dara.

Itu antara persoalan yang sering bermain di minda setiap kali ingin menggunakan tampon.

Justeru mungkin ramai yang takut untuk memakainya malah tidak pelik jika ada yang tidak tahu pun wujudnya tampon ini di pasaran yang sebenarnya amat praktikal dalam membantu kehidupan seharian wanita ketika haid.

Tampon tak boleh tembusi rahim

Anda perlu tahu perkara ini, tampon tidak boleh menembusi rahim kerana mulut rahim terlalu kecil untuk meloloskan tampon lebih dalam lagi. Selain itu terdapat tali pada tampon yang anda boleh menariknya keluar dengan mudah. Justeru tidak timbullah isu ia boleh memecahkan dara anda atau masuk ke dalam tubuh badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini perkara yang perlu diambil perhatian jika anda ingin mencuba tampon:

#1. Tempoh masa

Masa yang ditetapkan untuk menggunakan tampon perlu diambil perhatian. Tukar tampon empat hingga lapan jam. Jangan melebihi lapan jam memakai tampon.

#2. Risiko toxic shock syndrome (TSS)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko ini memang boleh berlaku yang mana lebih lama menggunakannya lebih tinggi risiko dijangkiti bakteria ini. Jadi jika terdapat tindak balas yang pelik pada badan anda segeralah berjumpa doktor.

#3. Pilih serapan yang sesuai

Seperti tuala wanita, tampon juga ada beberapa pilihan serapa yang ditawarkan. Jadi pilihnya sesuai dengan keperluan anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: remaja, lobak merah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comorganic-tampons-pads

Penulis

Lala Annuar