Memandangkan pandemik Covid-19 mencatatkan lonjakan angka kes baharu yang begitu tinggi, pihak Kementerian Pendidikan telah memaklumkan semua murid mengikuti sesi pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula hari ini. Justeru ibu ayah perlu menyediakan keperluan alatan seperti telefon atau komputer. Ada ramai juga memanfaatkan kegunaan telegram bagi menyimpan fail-fail penting dari pihak guru.
Meskipun ketika ini ada yang mengeluh sukar untuk anak-anak melalui proses pembelajaran secara online, sebagai ibu ayah anda hendaklah berusaha sebaik mungkin agar mereka tidak ketinggalan. Lagi bahaya jika teruskan persekolahan harian seperti biasa pada waktu getir ini.
Baca juga: Elak Anak Ketinggalan! Ibu Ayah, Jom Semak Laman Web Pembelajaran Online Yang Menyeronokkan
Kegunaan telegram: Cara menetapkan folder pembelajaran anak-anak agar lebih teratur
Selain menggunakan aplikasi Google meeting dan Whatsapp, ada sesetengah guru memanfaatkan kegunaan telegram bagi memudahkan penghantaran dokumen bersaiz besar atau kerja sekolah.
Seorang ibu, Nora’s Noraziyan mengatakan kelebihan aplikasi Telegram adalah ia memiliki fungsi folder yang memudahkan sesi pembelajaran. Yang mana, folder ini memudahkan urusan guru atau ibu ayah menyimpan, menyemak kerja setiap anak atau pelajar mengikut tetapan yang telah dibuat.
”Kelas online PdPR bermula hari ini. Ibu ayah sudahkah kalian bersedia? Cikgu-cikgu pun sudah mula buat group Telegram untuk memudahkan sesi belajar.”
”Kami anak tiga ni memang ada banyak group sekolah yang kena join. Tapi mujurlah aplikasi Telegram ini ada fungsi folder. Senang nak buat group untuk setiap anak.”
Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar. Selamat menjadi ‘guru’ di rumah. Harapnya mak tak jadi hijau. Hehe.
Nota kecil: Harap semua guru yang masih menggunakan aplikasi Whatsapp menukarkan kepada group Telegram kerana ia lebih mudah diurus dan efisien.
Rujuk gambar cara mudah untuk buat folder
#1. Pastikan telegram kalian sudah diupdate dalam versi terkini untuk setting folder. Jika tiada, sila update terlebih dahulu di Google Apps.
#2. Kemudian, klik pada folder untuk Create Folder. Ia diibaratkan seperti kotak besar untuk menyimpan buku. Anda juga boleh create Channel untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ini ibarat buku nota, boleh simpan gambar, video, fail dan lain-lain dari group yang kita sertai.
#3. Klik Create New Folder. Maksimum hanya 10 folder sahaja yang dibenarkan. Setiap folder, letaklah nama anak atau apa-apa sahaja yang ibu ayah suka.
#4. Klik Add Chat untuk group sekolah yang ibu ayah sudah join mengikut kategori folder yang dicipta tadi.
Nota: Pastikan nama folder tidak terlalu panjang melebihi 12 huruf. Nanti tidak boleh nak simpan.
#5. Group atau chats yang sudah dimasukkan di dalam folder akan kelihatan seperti di bawah. Senang untuk ibu ayah cari group anak yang mana satu, tidak perlu scroll semua chat dan boleh kurangkan sikit pening kepala tu.
Semua pihak khususnya ibu ayah dan guru hendaklah berlapang dada dengan menjadi sistem sokongan antara satu sama lain dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menurut bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, dalam situasi genting kini, hampir 4.7 juta murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah dan lebih 413,000 guru perlu mengajar dari rumah.
Tambahnya, beliau percaya semua guru berada dalam dilema ketika ini kerana tidak semua pelajar memiliki ekosistem pembelajaran dalam talian yang kondusif. Mereka juga perlu bersedia meneruskan norma baharu dengan menyediakan bahan PdPR yang berkesan dan boleh diukur.
”Ibu ayah dan guru perlu berkomunikasi secara telus dan bekerjasama, elak menunding jari di antara mana-mana pihak,”
”Hanya dengan cara ini kita semua boleh saling bekerjasama bagi mengelakkan lost generation dalam kalangan anak-anak dengan memastikan mereka bersedia meneruskan pembelajaran.” jelasnya.
Sumber: Nora’s Noraziyan, Sinar Harian
Kredit foto: google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Aktiviti Bersama Anak Di Rumah Semasa PKP, Waktu Inilah Ibu Ayah Kena Main Peranan!