Ini adalah berita baik untuk wanita yang ingin menumpukan perhatian bagi mencapai impian untuk hamil. Baru-baru ini, kajian tentang kesuburun menunjukkan, kehamilan untuk wanita berusia bukan sahaja tidak mustahil, malah ia juga merupakan proses yang lebih mudah!
Kehamilan untuk wanita berusia: Hasil kajian
Kajian yang dibuat di Universiti Edinburgh ini telah mengenalpasti hormon kesuburan yang boleh memperbaiki keadaan lapisan dalam rahim. Hormon ini akan membuatkan rahim untuk hamil dengan mudah.
Menurut kajian tersebut, hormon Dehydroepiandrosterone atau DHEA boleh menggandakan jumlah protein yang menyediakan rahim untuk hamil.
“Hormon ini membantu sel-sel utama untuk menanam telur pada rahim kerana tahap penting pada awal kehamilan adalah apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim.”
Kehamilan untuk wanita berusia kini mudah
Biasanya, uterus wanita akan melepaskan beberapa hormon semasa kitaran haid. Hormon-hormon ini menghantar isyarat kepada lapisan rahim untuk menambahkan protein tambahan supaya telur yang disenyawakan boleh melekat padanya.
Apabila wanita semakin berusia, pengeluaran protein semakin berkurang. Ini membuatkan peluang untuk telur disenyawakan menjadi tipis dan membuatkan kehamilan untuk wanita berusia menjadi semakin susah.
Walaubagaimanapun, dengan hasil kajian ini, wanita berusia lebih 40 tahun boleh merasa pengalaman untuk hamil dengan mudah.
Dr. Douglas Gibson, pengarang utama Pusat MRC untuk Kajian Keradangan di Universiti Edinburgh menerangkan –
“Telur yang disenyawa akan melekat hanya dalam keadaan yang betul. DHEA dan androgen membantu membaikpulih persekitaran sel.”
Kehamilan untuk wanita berusia: Bagaimana para saintis menemui hormon ini?
Untuk kajian ini, para saintis telah menguji tisu-tisu yang diderma oleh wanita dalam lingkungan usia 40-an. Mereka merawat lapisan rahim wanita-wanita ini dengan DHEA dan melihat signifikasi protein yang berjaya menanamnya dengan pantas.