Kehamilan Yang Tidak Diingini: Kisah Benar Seorang Suami

Seorang suami ini tidak tahu yang isterinya telah mengeluarkan alat perancang keluarganya sehingga dia hampir hamil 3 bulan. Adakah keputusan untuk hamil ini berada dalam tangan isteri 100%?

Kehamilan adalah anugerah yang paling indah bagi pasangan yang telah berkahwin dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Tetapi siapakah yang menentukan keputusan untuk hamil? Adakah suami anda yang membuat keputusan itu ataupun anda?

Apakah yang bakal berlaku apabila seorang isteri membuat keputusan ini tanpa pengetahuan suaminya?

Inilah kisah seorang suami yang tidak tahu tentang kehamilan isterinya sehingga dia hampir hamil 3 bulan.

Ayah yang baik

sumber gambar: lds.org

Saya seorang bapa kepada empat orang anak: tiga bersama dengan bekas isteri saya dan seorang lagi dengan isteri saya sekarang. 

Kami bertemu setahun selepas berpisah dengan bekas isteri saya dan dialah yang telah memberi sokongan sepanjang perceraian traumatik saya di mahkamah.

Saya sangat sayang isteri saya dan rasa bersyukur kerana ada dia.

Kami telah bersama selama beberapa tahun sebelum dia hamil dengan anak saya yang keempat.

Saya perlu merancang kewangan dengan baik kerana perlu menampung kehidupan semua anak saya. 

Saya gembira menjadi ayah kepada anak-anak saya, dan akan melakukan segala-galanya untuk mereka.

Tetapi bekas isteri saya selalu menimbulkan masalah. Dia akan meninggalkan anak-anak bersama saya sesuka hati dan ini telah menimbulkan ketegangan dalam perhubungan saya dengan isteri saya.

Sudah banyak kali saya terpaksa menolak permintaan isteri disebabkan kekurangan wang. 

Ini telah menyebabkan kami bertengkar dengan banyak sehingga menjadi cabaran untuk mengekalkan keadaan yang aman dan bahagia di rumah.

“Saya hamil”

Empat hari yang lalu, isteri saya memberitahu bahawa dia telah mengeluarkan implan pencegah kehamilannya 12 bulan yang lalu dan kini dia hampir 3 bulan hamil.

Sebelum ini dia tidak pernah mengatakan apa-apa. Hati saya hancur dan saya sangat marah.

Saya rasa tak percaya dia sampai hati menipu saya dan telah merancang untuk hamil tanpa pengetahuan saya. 

Ini telah mencetuskan pertengkaran yang teruk antara kami. Namun, dia tidak rasa bersalah dan menganggap saya tidak munasabah. 

Saya tidak dapat memandang matanya setelah tahu apa yang dia telah lakukan. Sayalah mangsa, dan saya tak tahu nak buat macam mana…

Saya tidak tahu dari mana saya akan mencari masa untuk mendapat wang tambahan.

Saya tidak mahu keluarga yang pecah-belah. Jangan harap saya nak cerai kali kedua. Lagipun saya bukan jenis yang tidak bertanggungjawab. 

Memang benar anak dalam kandungan tidak bersalah, dan saya tetap akan menyayanginya.

Tetapi sekarang saya tidak dapat tidur, tak lalu makan dan berfikir secara betul. Hanya Tuhan saja yang tahu!

Baca juga:

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Saya berada di tahap di mana anak-anak saya sudah cukup besar dan tidak memerlukan penjagaan yang berterusan.

Saya baru mendapat sedikit imbangan dalam hidup selepas bertahun-tahun berkerja dan sekarang isteri saya hamil lagi.

Saya telah diperdaya oleh orang yang saya paling percayai dan saya rasa keputusannya untuk hamil agak mementingkan diri sendiri.

Saya patah hati dan berasa sangat sunyi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk ada anak

Pertimbangkan komitmen anda – Adakah anda mempunyai keupayaan untuk menampung kehidupan anak di rumah selama 18 tahun yang akan datang? Mampukah anda menyokong kehidupan anak itu sepanjang hayat anda?

Tanya pasangan anda – Adakah pasangan anda ingin atau sudah bersedia untuk mempunyai anak? Pasangan suami isteri perlu membincangkan keputusan ini bersama-sama dan saling menghormati keputusan pasangan untuk mempunyai anak ataupun tidak. Apakah kebimbangan dan harapan mereka melalui fasa kehidupan ini?

Keputusan untuk mempunyai anak bukan keputusan seorang sahaja.

Apabila kedua-dua pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai anak, ini akan mengurangkan insiden kehamilan yang tidak diingini!

Baca juga:

“Suami saya curang ketika saya sedang hamil”

Sumber: News.au

Penulis

Rosanna Chio