Trend Keibubapaan 360º Baru Yang Anda TAK PERNAH Dengar Sebelum Ini, Memang Wow & Hebat!

Kaedah didikan moden keibubapaan 360° berbaloi untuk dicuba agar si kecil menguasai sesuatu dengan cepat, mempunyai fizikal yang kuat, bijak bergaul dan terserlah bakat kepimpinannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak agar hebat dari pelbagai aspek. Berbeza dengan cara kita dahulu, kaedah didikan moden keibubapaan 360° antara kaedah baru yang boleh diterapkan buat si manja. Ia memang berbaloi untuk dicuba kerana si kecil akan menguasai sesuatu dengan cepat, mampu membina fizikal yang kuat, bijak bergaul dan menyesuaikan diri serta terserlah bakat kepimpinannya. 

Keibubapaan 360°  merangkumi pelbagai aspek penting dalam perkembangan si kecil dan tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja. Misalnya kebijaksanaan akademik semata-mata. 

Antara yang dititikberatkan dalam keibubapaan 360° ialah perkembangan sosial, pendidikan, perkembangan emosi, menyerlahkan bakat dan penguasaan terhadap kemahiran asas untuk hidup. Bagi si kecil, kebijaksanaan boleh dipupuk agar bijak mengatur situasi dalam pelbagai masalah yang tidak terduga. Ia secara tidak langsung membina personaliti bertanggungjawab atau dikenali sebagai street smart.

Perkembangan menyeluruh (well rounded child)

Jangan perkecilkan potensi diri setiap anak. Cungkil bakat dan potensi dari pelbagai aspek agar mereka menjadi well rounded child. 

Well rounded child bermaksud anak yang telah dibangunkan potensinya dari segenap aspek kehidupan. Mereka yang dididik secara menggunakan keibubapaan 360° berkebolehan untuk menguasai pelbagai kemahiran hasil didikan secara menyeluruh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, anak-anak ini berdaya tahan, boleh berdikari serta mampu menghadapi pelbagai cabaran. Mereka juga mampu bangkit daripada masalah dengan lebih cepat.

Mengapa street smart penting?

Dunia hari ini yang semakin mencabar memerlukan si kecil berfikir di luar kotak, bertanggungjawab dan memiliki keperibadian yang unggul. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana itu ‘street smart’ atau kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan pemahaman yang tinggi kepada kesan akibat sesuatu perbuatan itu sangat penting bagi menyediakan mereka merintis cabaran daripada pelbagai sudut dalam kehidupan urban hari ini. Ia penting agar mereka pandai membawa diri dan tidak ketinggalan!

Pembelajaran masih penting

Walau pun anda sebagai ibu bapa mahukan si kecil menguasai pelbagai aspek, pendidikan masih sangat mustahak dalam kehidupan mereka. Pendidikan sama sekali jangan diabaikan. Ia sangat penting untuk mereka menguasai pendidikan untuk membentuk minda yang hebat dan cekap bertindak sesuai dengan keadaan atau situasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aspek fizikal & emosi

Dalam mencapai impian si kecil membesar bijak membawa diri dan mempunyai sifat-sifat terpuji, anda sebagai ibu bapa jangan sekadar menumpukan kepada perkembangan emosi semata-mata. Tumbesaran fizikal jangan diabaikan. Berikan mereka nutrien yang mencukupi serta dedahkan kepada aktiviti fizikal agar si kecil membesar dengan sihat dan kuat. 

Manakala bagi emosi yang stabil, penuhkan tangki emosi mereka dengan kata-kata positif, pujian dan pelukan. Ibu bapa perlu sentiasa ada di samping mereka memberikan dorongan dan sokongan.

Bagaimana menjadi ibu bapa 360°?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa guru pertama anak-anak menjadi tulang belakang utama dalam mencungkil potensi diri si kecil. Pastikan anda sentiasa ada bersama dengan mereka untuk memastikan proses mendidik berkesan. 

#1. Ajar mereka nilai-nilai kehidupan

Si kecil boleh diasuh untuk mengenal pasti perkara yang baik yang ada di sekeliling mereka seperti peluang, impian, bakat dan mengapa pentingnya ia dalam kehidupan. Tidak hanya yang baik-baik, yang buruk juga perlu diingatkan agar mereka lebih berhati-hati dan dijadikan sempadan. Misalnya jika terjatuh, bangun segera tanpa rasa kalah.

Kesihatan fizikal juga sangat memainkan peranan penting untuk si kecil menerokai dan mengembangkan potensi diri mereka. Dedahkan kepada mereka pelbagai aktiviti agar mereka membesar dengan kuat dan hebat. 

Emosi si kecil juga perlu sentiasa dititikberatkan. Ajarkan mereka cara yang betul mengendalikan emosi dengan mengenal pasti perasaan yang sedang dialami dan cara untuk menghadapinya dengan tenang. Pengurusan emosi sangat penting bagi memastikan si kecil mempunyai mental yang kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Disiplin masih penting

Dalam mendedahkan mereka kepada pelbagai perkara, disiplin masih menjadi inti kepada asuhan. Tanamkan rasa bertanggungjawab dalam diri mereka dan nilai-nilai murni agar mereka tidak sekadar bijak dari segi IQ tetapi mempunyai kebijaksanaan emosi atau Emotional Quotient (EQ) yang hebat. Dengan ini mereka akan menguasai street smart dengan lebih baik dan boleh mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara negatif.

#3. Fahami masalah mereka

Sebagai ibu bapa, anda tidak hanya berperanan membimbing tetapi perlu memahami apakah masalah yang sedang mereka hadapi. Jangan biarkan mereka mendepaninya bersendirian. Pastikan anda sentiasa di samping untuk mendengar apa jua masalah dan cadangkan beberapa alternatif penyelesaian. Jangan selesaikan untuk mereka sebaliknya berikan beberapa cara untuk dilakukan. Ini mustahak agar si kecil merasai pengalaman menyelesaikan masalah mereka sendiri. 

Bimbing mereka untuk menghadapi pelbagai perubahan emosi yang dialami. Sediakan peraturan emosi agar perasaan dalam diri sentiasa positif dan tenang. Ajarkan si kecil tiga proses iaitu mengenal pasti perasaan yang sedang mereka hadapi, apakah pencetus emosi tersebut dan ajarkan cara untuk menguruskannya sendiri. 

#4. Cungkil & bangunkan bakat

Biarkan anak memilih sendiri bidang yang mereka minati atau apa jua lapangan yang mereka ingin ceburi. Peranan ibu bapa dalam model keibubapaan 360° adalah memberikan nasihat dan membimbing mereka untuk mencapai impian.

Jangan terlalu kerap membantu tetapi bimbing dan sekali sekala menolong agar si kecil dapat merasai keprihatinan dan menimbulkan rasa percaya kepada ibu bapanya.  Sekiranya mempunyai masalah, mereka tahu anda sentiasa ada sebagai sistem sokongan, memberikan galakan dan bimbingan.

Bagaimana nutrisi membantu anda berjaya dalam keibubapaan 360°?

Minda yang cerdas dan fizikal yang kuat adalah asas penting dalam memastikan si kecil mendapat didikan 360° secara menyeluruh. Nutrisi sangat penting untuk perkembangan pada beberapa tahun pertama si kecil terutamanya lima tahun pertama di mana waktu ini perkembangan otak sedang berlaku dengan pesat. 

Berikan nutrien seimbang sepanjang fasa ini bagi menyokong perkembangan otak mereka. Mahal tidak semestinya elok! Pilihan yang mesra poket pun berbaloi asalkan ia memberikan khasiat untuk tubuh si kecil.

Dumex Dugro® sentiasa menjadi pilihan ramai ibu bapa. Berikan si manja formulasi terbaharu Dugro® NextGen NUTRI yang mengandungi bukan sahaja DHA tertinggi* malah semua nutrien penting seperti tinggi Zat Besi, Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D & Vitamin E bersama kasih sayang anda untuk menyokong PERKEMBANGAN 360° mereka.

#1. DHA tertinggi*, tinggi Zat Besi & Vitamin C

DHA banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan. 

#2. Tinggi Kalsium & Vitamin D  

Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat manakala Vitamin D menggalakkan penyerapan Kalsium.

#3. Tinggi Vitamin A & E  

 Vitamin A menjaga kesihatan kulit dan membran mukus. Ia juga penting untuk fungsi mata. Manakala Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan.

#4. Inulin  

Inulin adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi. 

#5. Tanpa sukrosa

Ini membantu si kecil membina tabiat pemakanan yang sihat.

Dumex Dugro® adalah jenama yang mampu dimiliki dan mesra perbelanjaan. Ia membekalkan pelbagai nutrien penting buat si kecil dengan kebaikan Dugro® dalam setiap gelas. Rasa lazat si kecil tidak mampu untuk menolak. 

Terdapat juga Dugro® Fruit & Veg dan Dugro® Multi Grains yang mengandungi kebaikan NextGen NUTRI tanpa sukrosa serta diperkaya dengan 13 ekstrak buah-buahan & sayuran dan 4 jenis bijirin masing-masing.

Dugro® Fruit & Veg mengandungi 13 pati buah-buahan & sayuran seperti (pati pir, epal, plum, lobak merah, aprikot, pic, pisang, buah markisa, lemon, oren, tembikai susu, strawberi dan bayam) Tanpa sukrosa, ia sarat dengan rasa buah yang sedap.

Dugro® Multi Grains diperkaya dengan 4 jenis bijirin termasuk oat, gandum, jagung dan beras dapat membantu Si Manja berasa lebih kenyang dan penuh bertenaga pada sepanjang hari untuk mencapai potensi sepenuhnya.  

Dapatkan Dugro® NextGen NUTRI di pasaran. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.dugro.com.my/ ataupun dapatkan sampel percuma dengan klik disini (https://www.dugro.com.my/bm/dapatkan-sampel-percuma2.html)

*Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam linkungan harga yang sama (<RM35KG), Nielsen Syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.