Kejutan 2020 Tak Habis Lagi Rupanya! China Keluar Amaran Wujud Virus Maut Baharu Lebih Bahaya dari Covid-19

Kedutaan Besar China di Kazakhstan keluar amaran berhubung 'pneumonia tidak dikenali' yang dikatakan lebih berbahaya daripada Covid-19 beri kejutan lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahun 2020 masih lagi belum berhenti memberi kejutan demi kejutan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu ‘pneumonia tidak dikenali’ yang dikatakan lebih berbahaya daripada Covid-19.

Astro Awani melaporkan, ia selepas Kazakhstan melaporkan peningkatan radang paru-paru sejak Jun lalu dengan lebih 1,700 kes.

Kejutan 2020 tak habis lagi

Belum reda cerita Covid-19, datang pula kejutan baharu dari Kedutaan Besar China di Kazakhstan yang memberi amaran wujudnya virus baharu yang menyebabkan radang paru-paru lebih teruk dari Covid-19 yang semestinya boleh meragut nyawa!

Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.

Difahamkan, terdapat kira-kira 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi itu dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di negara berkenaan agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lalu bagi membendung penularan Covid-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.

Bagaimanapun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes radang-paru di negara itu.

Radang paru-paru bukan biasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Radang paru-paru atau pneumonia terjadi apabila virus menyerang salah satu atau kedua-dua paru-paru sehingga menyebabkan kantung udara atau alveoli meradang dan membengkak. 

Lebih jelas pneumonia dilihat sebagai penyakit paru-paru serius menyebabkan kantung udara atau alveoli dipenuhi dengan cecair, cairan lendir atau nanah.

Disebabkan itu pneumonia sering juga disebut sebagai paru-paru berair.

Disebabkan itu wujudnya langkah memberi vaksin sejak masih bayi lagi bagi membantu menguatkan sistem imunisasi kanak-kanak untuk melawan pelbagai jenis virus dan penyakit yang ada di sekeliling kita setiap masa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus dan bakteria adalah makhluk yang tidak mudah dikawal penularanya dan lebih parah ia menyerang manusia yang ada daripadanya mengakibatkan radang paru-paru atau pneumonia. 

Simptom radang paru-paru

Gejala radang paru-paru boleh muncul secara tiba-tiba ataupun secara perlahan dalam tempoh selama 24 hingga 48 jam. Radang paru-paru yang masih ringan biasanya menimbulkan gejala seperti selesema dan jika teruk ia akan menjadi lebih belanjutan.  

Gejala lain yang mungkin dihidapi oleh penghidap pnemonia: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam dan menggigil
  • Kebiruan pada bibir dan lidah
  • Berpeluh
  • Batuk kering atau batuk dengan kahak pekat berwarna kuning, hijau atau disertai darah
  • Kadar penafasan meningkat (>20/minit)
  • Nadi laju (>100/minit).
  • Dada mengilu ketika batuk atau menarik nafas
  • Cirit-cirit birit
  • Mual atau muntah-muntah
  • Selera makan berkurang
  • Degupan jantung meningkat

Bagaimanapun, pengidap pneumonia yang berusia 65 tahun dan ke atas mungkin tidak akan mengalami demam, tetapi boleh mengalami penurunan kesedaran seperti nampak bingung dan tidak berhati-hati. 

Langkah awal lindung kanak-kanak dari pneumonia

Menurut laporan Harian Metro, pakar pediatrik menjelaskan terdapat banyak kaedah boleh dilakukan untuk melindungi kanak-kanak dari dijangkiti radang paru-paru ia termasuk meneruskan amalan menyusu badan dan memastikan anak mereka mempunyai nutrisi mencukupi.

Selain itu, bagi membendung penyakit ini di peringkat awal, ibu bapa seperti tidak membawa anak bersama ketika melawat orang yang sakit kerana penularan bakteria atau virus daripada pesakit itu lebih mudah menyerang kanak-kanak.

Ibu bapa juga perlu bijak mengesan simptom pneumonia seperti demam melebihi suhu 38 darjah celsius, hilang selera makan dan sukar bernafas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika terdapat simptom seperti itu bawa anak segera berjumpa doktor untuk rawatan awal.

Cara rawatan kanak-kanak yang hidap pneumonia

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun paling mudah menghidapinya dan merawat kanak-kanak penghidap penyakit itu boleh menjadi kompleks.

Penyakit itu boleh melarat dengan cepat dan pesakitnya memerlukan oksigen, drip intravena untuk menghantar ubat antibiotik yang kuat.

Pembedahan juga mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair keluar dari paru-paru pesakit.

Jika berlaku kegagalan paru-paru kanak-kanak kecil perlu disambungkan dengan mesin ventilator supaya dia boleh bernafas.

Pesakit yang berjaya pulih pula berkemungkinan kecil mengalami kerosakan paru-paru kekal seumur hidup akibat menghidap pneumonia semasa kanak-kanak.

Sumber: astroawani, harian metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combayi-tak-cukup-bulan

Penulis

Lala Annuar