Kek Labu Manis yang sedap untuk Hujung Minggu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hujung minggu ini pasti menyeronokkan dengan memasak kek untuk ahli keluarga terutamanya anak-anak kita.

Antara menu yang biasa digunakan untuk menyediakan makanan bayi comel kita ialah labu manis. Warna yang menarik serta rasa yang sedap sememangnya dapat meningkatkan selera pemakanan anak –anak. Antara khasiat yang terdapat dalam labu manis adalah vitamin A, vitamin K, vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan banyak lagi.

Jom saya kongsikan salah satu menu menarik berasaskan labu manis yang boleh dihidangkan untuk anak-anak dan ahli keluarga – Kek Labu Manis dengan sos Butterscotch

Bahan-bahan yang diperlukan tidaklah banyak dan rumit. Anggaran kos pun lebih kurang RM 25 sahaja.

Bahan kek

200g puri labu ( Labu dipotong kecil, direbus serta dikisar halus)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

300g tepung gandum

250g gula perang

½ sudu teh esen vanila

2 sudu teh serbuk penaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

150g marjerin

3 biji telur

150g cip coklat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan sos Butterscotch

250g krim putar (Whipped cream)

120g gula perang

50g mentega

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan hiasan

Kepingan badam secukupnya

Cip coklat secukupnya

Cara memasak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
  3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
  4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan loyang 10×10.
  6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
  7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
  8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
  9. Untuk membuat sos butterscotch- Cairkan mentega di dalam kuali leper.
  10. Masukkan gula perang.
  11. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat.
  12. Tutup api dan angkat.
  13. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek.
  14. Sedia dihidangkan.

Rasanya memang sedap, terasa manis-manis labu serta manis sos butterscotch!

Selamat mencuba!