Kekurangan Vitamin D Pada Wanita: Gejala, Risiko & Cara Mengatasi

Gejala kekurangan vitamin D pada wanita jangan diambil mudah. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kepada masalah kesihatan yang lebih serius

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda masalah kekurangan vitamin D pada wanita boleh membawa kepada beberapa gejala gangguan kesihatan yang tidak disedari pada awalnya. Kajian menunjukkan bahawa sekitar 60 hingga 70 peratus wanita di Malaysia mengalami masalah itu.

Kekurangan Vitamin D Pada Wanita Bandar Lebih Tinggi Risiko

Menurut Public Health Malaysia (PHM), perkara itu tidak boleh diambil mudah.

Kekurangan vitamin D pada wanita bandar lebih ketara kerana mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari disebabkan gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.

Ia juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian menutup seluruh badan kerana mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari. 

Cahaya matahari adalah sumber utama di mana penghasilan vitamin D boleh berlaku.

Gejala Kekurangan Vitamin D Pada Tubuh Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin D memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh kita, majoriti wanita di Malaysia mempunyai masalah ini yang menyebabkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian:

  • Sakit pinggang, belakang dan kaki.
  • Rambut gugur.
  • Rasa penat yang berterusan, walaupun selepas rehat yang mencukupi.
  • Sering merasa murung dan lesu.
  • Mudah jatuh sakit
  • Mengalami selesema.
  • Masalah tidur

Risiko Kurang Vitamin D Pada Wanita

Kekurangan vitamin D pada wanita boleh membawa kepada beberapa risiko kesihatan serius, termasuk:

  • Osteoporosis: Penurunan kepadatan tulang yang meningkatkan risiko patah tulang.
  • Kelemahan Otot: Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kelemahan otot dan masalah koordinasi.
  • Gangguan Imun: Sistem imun yang lemah, menjadikannya lebih mudah dijangkiti penyakit.

Cara Mengatasi Kekurangan Vitamin D Dalam Badan

Untuk mengatasi kekurangan ini, beberapa langkah boleh diambil untuk memastikan tubuh mendapatkan cukup vitamin D. Antara cara berkesan untuk meningkatkan pengambilan vitamin D dan memperbaiki kesihatan ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Pendedahan Cahaya Matahari

Luangkan masa di luar rumah setiap hari untuk mendapatkan cahaya matahari terutama pada waktu pagi.

2. Pengambilan Makanan Kaya Vitamin D

Ambil makanan yang kaya dengan vitamin D dalam diet harian seperti ikan salmon, tuna, sardin dan produk tenusu yang diperkaya dengan vitamin D.

3. Suplemen Vitamin D

Pertimbangkan untuk mengambil suplemen vitamin D jika pendedahan matahari dan diet tidak mencukupi. Dapatkan nasihat doktor untuk menentukan dos yang sesuai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memantau tahap vitamin D anda dan memastikan ia berada dalam julat yang sihat.

Adalah penting bagi wanita di Malaysia untuk memastikan tubuh mereka mendapat vitamin D yang mencukupi untuk mengelakkan risiko penyakit yang tidak diingini berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya

Baca juga: Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!

Baca juga: Payudara Sakit Tanda Hamil Atau Haid? Bakal Ibu, Perhatikan 10 Simptom Mengandung Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah