Kumpulan Sokongan, Kaunselor & Ahli Terapi Kehilangan Kehamilan Di Malaysia

Anda tidak pernah berseorangan ibu, di sini beberapa kumpulan sokongan yang menyediakan khidmat nasihat dan anda boleh berkongsi perasaan sedih yang dialami itu bersama dengan mereka. Hulurkan tangan, ringankan beban.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu ayah yang sedang merancang masa depan yang indah mereka bersama bayi dalam kandungan tentunya kelahiran mati atau keguguran merupakan cabaran yang cukup menyakitkan. Malah, ia juga menjadi punca berlakunya kemurungan atau cabaran yang lain.

Walaubagaimanapun, bagi mengatasi kesedihan itu, ibu dan ayah perlu mendapatkan bantuan daripada pakar bagi menangani keadaan mereka yang baru saja kehilangan bayi.

Dengan bantuan dan khidmat nasihat profesional, anda akan kenali pula beberapa kumpulan sokongan yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang serupa serta boleh menawarkan bahan bacaan khusus bagi mengatasi kesedihan itu.

Keguguran dan kelahiran mati, apakah penyebabnya? 

Apakah punca keguguran? Ia berlaku apabila janin tidak berkembang kerana mengalami gangguan kromosom atau genetik, malah kehamilan ini akan berakhir secara semulajadi dalam minggu ke 12.

Beberapa keadaan kesihatan seperti hipertiroidisme, diabetes yang tidak terkawal dan penyakit autoimun turut boleh mempengaruhi kehamilan anda.

Gejala keguguran yang perlu terus segera mendapatkan pemeriksaan doktor:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Pendarahan atau bintik faraj
– Cecair berlebihan dari faraj
– Sakit atau kekejangan perut
– Mengalami kesakitan melampau di bahagian bawah punggung

Meskipun sakit belakang dan kekejangan mungkin hanyalah kesan sampingan yang tidak serius namun adalah lebih baik anda terus berjumpa doktor bagi menangani sebarang kesan buruk yang boleh berlaku.

Sekiranya kematian janin berlaku antara minggu ke 20 dan ke 27 ia dianggap sebagai kelahiran mati awal. Sementara itu, bagi kelahiran mati lewat pula akan berlaku semasa usia janin antara 28 hingga 36 minggu. Istilah kelahiran mati pula berlaku pada minggu ke 37 atau selepas kelahiran.

Sebab mengapa kelahiran mati ini kadang kala tak dapat nak dijelaskan tapi berikut ini mungkin boleh menjadi antara penyebabnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Terdapat komplikasi semasa bersalin.
– Keadaan ibu seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.
– Kecacatan atau kelainan kelahiran
– Masalah plasenta
– Jangkitan dan masalah tali pusat
– Pertumbuhan bayi lambat
– Trauma yang pernah dihadapi ibu
– Kehamilan berlangsung selama 42 minggu

Kumpulan dan kelab sokongan bagi ibu yang mengalami keguguran dan kelahiran mati

Melangkah selepas keguguran atau kelahiran mati tentunya satu proses yang cukup menyakitkan. Memulihkannya juga mungkin mengambil beberapa masa.

Sebelum itu, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis dan ujian ultrasound untuk mengesahkan keguguran dan mencadangkan prosedur yang selanjutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tentunya kehilangan kehamilan anda akan membuatkan anda berputus asa dan sedih dengan apa yang berlaku. Apapun, usah terlalu berduka dan jangan tergesa-gesa untuk terus berusaha hamil sekali lagi. Sebaiknya sembuhkan diri anda dengan sebaiknya sampai benar-benar pulih daripada kesedihan itu.

Ingat, pasangan anda juga sedih dan rasa kesepian dengan apa yang berlaku ini. Jadi saling memberi sokongan adalah amat diperlukan dan hadapilah dugaan ini bersama-sama.

Seterusnya adalah rujuk dengan kaunselor atau ahli terapi serta kumpulan sokongan agar dapat membantu anda menghapi kesedihan itu.

Selain itu, dekatkan diri dengan orang-orang yang positif bagi mengembalikan semula aura positif dalam diri anda dan pasangan. Malah anda juga mungkin boleh mendengar pengalaman mereka pula dan bagaimana mereka mengatasi kesedihan itu.

Akhir sekali, jangan putus asa untuk mendapatkan kehamilan yang seterusnya dan selalulah hubungi doktor untuk sebarang masalah kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai kumpulan sokongan di Malaysia yang boleh anda ikuti: 

#1.  TAP Sokongan Kehilangan Zuriat, Keguguran & Stillbirth : Kumpulan tertutup untuk wanita yang mengalami keguguran, kelahiran mati atau kehilangan anak mereka. Di sini mereka boleh berkongsi pengalaman bersama orang lain yang mungkin juga pernah mengalami keadaan yang sama. Dengan kumpulan sokongan yang ditubuhkan ini diharap dapat membantu ibu-ibu yang dalam kesedihan.

#2. Stillbirth support group Malaysia : Kumpulan tertutup untuk wanita yang mengalami keguguran, kelahiran mati atau kehilangan anak mereka. Di sini terdapat juga kata-kata perangsang dan semangat untuk ibu meneruskan kehidupan mereka seharian walaupun tanpa si kecil di sisi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga  

https://my.theasianparent.compregnancy-stresincrease-stillbirth-risk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan