Lahir Mati: Bagaimana Satu Persekitaran Yang Baik Serta Sistem Sokongan Yang Kuat Dapat Membantu Pasangan

Tahun demi tahun, ramai pasangan yang hamil melalui pengalaman pahit kelahiran mati ini, walaubagaimanapun, kerap kalinya pakar perubatan tidak dapat menjelaskan punca sebenar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia menyangka yang dia telah pun membuat semuanya dengan betul. Dia telah mengikut nasihat doktor, makan makanan yang sihat, tidak pernah ketinggalan pemeriksaan kandungan setiap bulan dan sentiasa merujuk kepada sumber-sumber kehamilan dan keibubapaan di internet. Namun, apakan daya, dia tetap mengalami kelahiran mati. 

Tahun demi tahun, ramai pasangan yang hamil melalui pengalaman pahit kelahiran mati ini, walaubagaimanapun, kerap kalinya pakar perubatan tidak dapat menjelaskan punca sebenar yang menyebabkan kehilangan si kecil yang dikandung. 

Malah topik kelahiran mati ini masih lagi menjadi topik yang sering dielakkan dan tidak cukup kesedaran mengenainya. Keadaan ini membuatkan pasangan yang kehilangan bayi ini ‘lost’ dan tidak mendapat sokongan yang diperlukan. 

Pasti ada puncanya

Dalam temubual theAsianparent bersama kaunselor dan pakar psikiatri Silvia Wetherell, dia menekankan bagaimana wanita sering berdepan dengan sikap menyalahkan diri sendiri akibat kelahiran mati. “Menyalahkan diri sendiri itu boleh bertukar menjadi malu, dan bila mana ada malu maka dia akan berdiam diri.”

Pakar kesihatan maternal menjelaskan bagaimana menyalahkan itu satu benda yang tidak bernas. Minda akan melakukan penyalahan ini untuk berada dalam kawalan emosi. Walaupun ia akan membawa kepada rasa malu dan menyalahkan diri sendiri. 

“Pasti ada puncanya,” adalah bagaimana ibu bapa yang sedang bersedih akan berasa ia lebih rasional. “Dan sekiranya doktor tidak memberitahu saya apa yang sebenarnya terjadi, mereka hanya akan berkata benda seperti terjadi, kami tak tahu.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi Pilhan kepada Wanita

Menurut Silvia, wanita yang mengalami kelahiran mati akan melalui proses bersalin secara normal yang amat menyakitkan kerana akan di ‘induce’. Ia adalah satu pengalaman yang tiada siapa pun sedia. 

“Jadi bukan saja mereka ini bersedih yang mereka akan melahirkan bayi yang sudah tidak bernyawa. Mereka sebenarnya dalam kesakitan yang teramat sekali. Mereka tidak mempunyai sokongan yang sama seperti orang yang melahirkan anak yang hidup.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada klien yang mengalami pengalaman di mana bayi yang dilahirkan tidak bernyawa itu terus diletakkan atas dulang dan dilayan seperti ‘barang’ dan bukan bayi. 

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku. Kita boleh berkomunikasi, dan jururawat sepatutnya melayan bayi yang tidak bernyawa ini sama seperti bayi sihat, dipegang dengan lembut, dibalut dengan selimut, sehinggalah tiba waktunya ia dibawa pergi. 

Kepentingan Sistem Sokongan Dalam Membuat Orang ‘Bercakap’

Sikap dan mentaliti masyarakat untuk bercakap mengenai topik sensitif ini adalah berlainan di setiap negara, bergantung kepada sesuatu budaya itu. Ada antaranya yang lebih bersifat terbuka, namun kebanyakan di negara Asia Tenggara masih menganggap topik ini adalah tabu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masih ada persepsi yang menyatakan bercakap mengenai kelahiran mati ini akan menyebabkan stres kepada ibu bapa dan ada budaya yang percaya ia membawa nasib malang kepada keluarga. 

Ramai pasangan merasakan tragedi ini sukar betul untuk dilupakan dan adalah dilagakkan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Ya, itu adalah normal. Memang hospital menyediakan sesi kaunseling untuk ibu bapa yang mengalami kelahiran mati ini. Biar orang luar membantu anda sekiranya sukar untuk anda bantu diri sendiri. Percayalah mereka di luar sana ingin bantu anda sebanyak yang anda inginkan bantuan mereka. 

Menangis Adalah Proses Penting Ketika Bersedih

Tiada kata yang boleh diluahkan lagi, hanya air mata menjadi penawarnya. Lepaskan apa yang terpendam dengan menangis sepuasnya. Anda boleh melayani perasaan pada satu-satu masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang ia normal. Sedang makan tiba-tiba mengalir saja air mata tanpa diduga, sedang mandi pun menangis teresak-esak dan waktu ingin tidur mengalir air mata di sisi sederas-derasnya. TAK MENGAPA, menangislah.

Malah setiap kali anda rasakan anda sudah menangis terlalu banyak secara automatik anda beringat sendiri. Cepat-cepat berzikir dan berdoa moga dikuatkan hati untuk menempuh dugaan ini. Percayalah selepas menangis memang anda akan berasa lega. 

Bapa Pun Bersedih Juga

Dari segi ‘bonding’ antara bapa dan bayi semasa dalam kandungan mungkin tidak begitu kuat berbanding ibu. Namun mereka juga akan merasa kehilangan yang teruk apabila mengalami lahir mati ini. 

“Apabila kehilangan berlaku ada dua benda yang terjadi kepada si ayah,” kata Silvia. “Mereka rasakan kehilangan bayi tersayang, kemudian apabila melihat pasangannya yang lebih terasa impaknya dengan kesakitannya lagi, mereka akan berasa tidak berdaya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi si ayah akan terus mengubah emosi mereka dan perlu menjadi kuat untuk pasangan mereka. Sedangkan mereka berdua selayaknya bersedih, bukan siapa yang lagi patut bersedih. 

Percakapan Yang Membantu Pasangan kehilangan – Jangan Takut Untuk Bercakap Tentang Bayi

Setiap orang adalah unik, ini termasuklah cara pasangan menghadapi kesedihan yang dialami. 

Dari segi bagaimana keluarga dan rakan-rakan boleh membantu, Silvia menyatakan bahawa “jangan pernah takut untuk menyebut mengenai bayi, jangan takut untuk bercakap mengenai apa yang berlaku. Wanita akan rasa sangat menghargai orang yang bersikap sensitif mengenai ini. 

Jangan katakan “Oh, saya ingat awak dah melupakannya, ingat awak dah okay,” tetapi katakan sebegini “Apa yang awak rasakan sekarang? Masih memikirkan tentang apa yang berlaku? Awak boleh ceritakan kepada saya.”

Jangan Terus Mengelakkan Perbualan

Dalam pengalamannya dengan pasangan yang kehilangan bayi, kebanyakan mereka tidak mahu bercakap mengenai titik hitam itu. 

Dalam kita respek privasi pasangan itu, namun pada masa yang sama jangan terus elakkan perbualan mengenai kehilangan itu. 

Pendekatan itu amat penting, sentiasa rangsang pasangan yang sedih bersedih dengan sesuatu yang mereka suka, dari situ mereka akan cuba bersikap terbuka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.

Baca juga:

Kelahiran Mati: Bagaimana Untuk Menghadapinya & Perlukah Diceritakan Kepada Rakan-Rakan

Penulis

Jia Ling