Negara Yang Bercuaca Panas Tinggi Risiko Untuk Ibu Lahirkan Bayi Pramatang & Kelahiran Mati

Menurut kajian kelahiran pramatang dan lahir mati lebih tinggi dia negara-negara yang sedang membangun dan bercuaca panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita yang terdedah kepada suhu tinggi dan cuaca panas semasa mengandung lebih cenderung melahirkan bayi pramatang atau mengalami kelahiran mati, menurut kajian.

Hasil tersebut juga dikatakan berkait rapat dengan kemiskinan, terutama di kawasan tropika. Dan kemungkinan akan meningkat dengan pemanasan global, terutamanya semasa gelombang panas yang lebih kerap dan kuat, mereka melaporkan dalam BMJ, jurnal perubatan.

Walaupun dengan peningkatan yang sedikit boleh memberi kesan besar pada kesihatan masyarakat kerana pendedahan pada suhu tinggi adalah biasa berlaku dan semakin meningkat.

Cuaca panas menjadi punca kelahiran bayi pramatang

Setiap tahun, 15 juta bayi dilahirkan pramatang, secara tidak langsung menjadi penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kematian itu tertumpu di dunia yang sedang membangun, terutama Afrika.

Untuk mengukur kesan kepanasan yang lebih tinggi terhadap kehamilan, pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Matthew Chersich dari Wits Reproductive Health and HIV Institute di Johannesburg meninjau 70 kajian rakannya mengenai 27 negara kaya, miskin dan berpendapatan sederhana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada 47 kajian yang berkaitan dengan kelahiran pramatang, 40 melaporkan daripada suhu yang lebih tinggi.

Kajian baru ini juga mendapati bahawa kelahiran mati meningkat sebanyak lima peratus setiap kenaikan suhu 1C, dengan kaitan paling ketara dalam beberapa minggu terakhir kehamilan.

Kesan hari yang lebih panas dan gelombang panas pada berat lahir rendah, yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari, lebih kecil, tetapi masih ketara, kata penyelidik.

Seperti yang dijangkakan, hasil kehamilan yang buruk yang berkaitan dengan kenaikan suhu adalah yang paling tinggi di kalangan wanita miskin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana faktor lain seperti pencemaran mungkin berperanan dalam kelahiran mati dan bayi pramatang, peranan suhu yang lebih panas sukar dijelaskan, penyelidik mengakui.

Walau bagaimanapun, penemuan ini cukup kuat untuk menunjukkan bahawa wanita hamil mendapat tempat di samping kumpulan yang biasanya dianggap sebagai berisiko tinggi untuk keadaan yang berkaitan dengan panas, mereka menyimpulkan.

Lebih banyak penyelidikan dan dasar kesihatan yang disasarkan harus menjadi keutamaan tinggi, menurut para penyelidik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca lain kelahiran mati

#1. Masalah kromosom

Menurut kajian, hampir 50 peratus kes keguguran spontan pada peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal atau kecacatan struktur anggota bayi. Oleh sebab itu bayi yang meninggal di dalam kandungan turut dikaitkan dengan kecacatan namun punca ini tidak terlalu kuat.

“Sejak awal kandungan ibu perlu menjalani pemeriksaan di hospital bagi memastikan bayi berada dalam keadaan sihat. Ujian imbasan peringkat awal biasanya dapat mengesan sebarang keganjilan pada bayi. Untuk itu ibu biasanya sudah dimaklumkan mengenai perkembangan bayi mereka dan langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa,” kata Dr Daud.

#2. Uri dan tali pusat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu uri dan tali pusat turut dipersalahkan sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih menjadi ‘penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini. Secara asasnya uri dan tali pusat berfungsi sebagai saluran nyawa bayi bagi mendapatkan bekalan oksigen dan zat makanan.

Andai terdapat masalah pada salah satu, bermakna terputuslah ‘saluran nyawa’ bayi yang boleh mengakibatkan gangguan bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat makanan kepada bayi.

Selain itu terdapat juga kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu cepat ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat dan uri yang mengakibatkan kelahiran awal berlaku.

Ada sesetengah kes bayi terbelit tali pusat ketika dalam kandungan namun ia hanya dapat dikenal pasti sebaik saja bayi dilahirkan. Masalah ini juga tidak dapat dikenal pasti sejak awal kecuali menerusi imbasan kandungan.

#3. Tahap kesihatan ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling penting dan perlu diketahui adalah keadaan ibu yang mungkin menyumbang kepada kesihatan bayi mereka. Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatannya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati. Sebab itu ibu perlu menjalani rawatan sekiranya disahkan menghidap diabetes kerana ia menyebabkan bahaya bukan saja kepada ibu tetapi bayi mereka.

#4. Jangkitan

Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes perlu diawasi agar ia tidak menjejaskan kandungan.

#5. Air ketuban

Selain pemeriksaan air ketuban juga penting kerana ia turut menyumbang kepada risiko lahir mati. Setiap kali membuat pemeriksaan biasanya doktor akan menjelaskan mengenai air ketuban sama ada berkurangan normal atau banyak. Air ketuban berkurang atau terlalu banyak turut menjadi penyebab kepada lahir mati yang jarang diambil tahu.

#6. Kemalangan

Kemalangan yang mengakibatkan hentakan kuat, terjatuh atau terhantuk boleh mendedahkan ibu kepada risiko kematian bayi dalam kandungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Bangkok Post

Baca juga: Ini Bagaimana Anda Boleh Mengalami Kehamilan Sihat, Ada 8 Cara