HAPPY 5 MONTHS LIL BOY
MUHAMMAD ANAS YUSRULLAH.
5 months and weeks old.
CA : 1 months and 3 weeks
Kelahiran awal yg tak dijangka.
Due date : 18/04/2022
Delivery : 03/03/2022
33 minggu dengan berat 1.7kg.
Baru saja tamat kuarantin Covid pada 1 mac. Tak sangka saya akan bersalin pada 3 mac. Barang bayi & bersalin ibu pun baru separuh settle.
Mulanya pagi 3 mac tu, saya mula rasa perut macam memulas. Hati kata mungkin perut masuk angin sebab lambat sarapan pagi.
Tapi semakin lama semakin sakit hinggakan saya tak dapat buat kerja rumah & hanya mampu baring tahan sakit. Jam 2 petang, saya telefon suami untuk maklumkan keadaan. Ibu mertua pun datang, minta saya jamah sedikit supaya ada tenaga. Ikutkan hati, memang tak mahu ke hospital lagi memandangkan saya baru keluar wad 3 minggu lepas. Atas desakan suami , saya pun bersiap ke hospital.
Belum lagi selesa mengemas, hujan turun dengan lebat. Jam sudah pukul 4 petang. Sakit pun sudah tidak tertanggung.
Memabg nasib saya baik, keluar meredah hujan. Jika tidak, mungkin bersalin di rumah atau dalam kereta. Rupanya bukaan sudah 7cm. Tak sempat ke labor room pun. Bersalin di PAC. Tepat jam 5.11 petang, bayi lelaki seberat 1.7kg selamat kulahirkan. Tanpa sebarang jahitan dan luka. Alhamdulillah.
22 hari di hospital.
Alhamdulillah adik Anas dibenarkan keluar dengan jaminan berat 2kg & tanpa masalah kesihatan.
Ulang alik pula klinik kesihatan sampai berat 2.5kg. Itupun dekat 3 minggu baru dapat.
Alhamdulillah, kuning dia xlebih paras , xsampai 24jam bawah lampu. Masa mengandung no 3. Macam2 minta pada – Nya.
1. Awal pregnant berhajat nak lelaki. 2 kali scan doc kata girl. Xpala. Janji sihat. Prepare baju pink beropol. Sekali keluar boy , seperti yang diminta. Alhamdulillah. So kemas le balik almari baby🤣
2. Xnak kuning anak tinggi, lama. Sebab yg sulung & no 2 naik 6c. Aduhai. Tido beralaskan kerusi malas. Sengsara lah dgn jahit lagi, pening lalat lagi. 🤣
3. Minta nanti kalau bersalin, xnak sakit lama, warded lama. Tak nak tinggal Sumayyah & Yusuf kat rumah lama.. Ya , sakit kontraksi pun 9jam saja. Sakit Kritikal 3 jam. Esoknya dah boleh keluar dgn tanpa sebarang luka & jahitan. Alhamdulillah syukur. Walaupun balik tanpa anak kecil, Rehat 2 hari, pastu room in dengan baby di nicu pulak.
Masih xdapat susukan baby direct lagi. Cium pun xmerasa la. Pegang tangan kejap2 je.
5 hari nicu, transfer ke hdu. 15 hari. Ulang alik. Day care setiap hari hantar susu, belajar cara susukan baby guna tiup pulak. Punya renyah nak handle baby dalam inkubator. Tangan ja berfungsi.
Hari ke 16,baby dah off tiub oksigen, kemudian off tiub feeding. Transfer ke scn. Belajar direct breastfeeding pula.
Hari 19 baru dapat peluk, buka mask, amek bau bby. Masa ni xbrani cium lagi. 🤣
Alhamdulillah hari ke 22, adik Anas dibenarkan discharge dgn berat 2 kg.
2 bulan kuarantin.
Merasa raya ke kg. Lemang ketupat ja puasa lagi. Jeling je. 🤣🤣
Berat lahir : 1.7kg
1 bulan : 2.4kg
2 bulan : 3.8 kg
3 bulan : 4.8kg
4 bulan : 5.6kg
5 bulan : 5.8 kg
Semoga terus membesar dgn sihat
#littleboy #5monthsold #premmiebaby #premmiepower #2022baby #zulkaedah #babyboy💙