Kelakuan Anak Membimbangkan Ibu, Waspada Dengan 5 Tingkah Laku Pelik Ini

Macam mana kita boleh bezakan apa tingkah laku yang biasa dan apa tingkah laku yang membimbangkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, kita menganggap perkembangan anak sesuatu perkara sangat penting dan menginginkan anak berkelakuan terbaik. Namun, bagaimana pula untuk membezakan kelakuan anak membimbangkan atau tidak?

Kadang-kadang ia adalah sukar untuk mencari keseimbangan di antara rasa bimbang yang terlampau dan memberi kebebasan yang terlalu banyak.

5 Kelakuan Anak Membimbangkan, Jaga-Jaga Ibu!

1# Mencubit, mencalar atau sengaja melukakan diri sendiri

Sikap suka mencederakan diri dikenal pasti sebagai salah satu kelakukan anak membimbangkan. Ia boleh dikesan dalam pelbagai bentuk. Kanak-kanak kecil biasanya akan mencubit, mencalar atau menumbuk diri sendiri.

Remaja pula lebih cenderung memotong dengan pisau pen pada bahagian yang berlainan di badan mereka dalam usaha menghadapi tekanan emosi atau kekecewaan.

Jika anak anda bersikap suka memudaratkan diri, ini adalah tingkah laku yang membimbangkan. Bawa anak anda untuk berjumpa ahli terapi atau menghadiri sesi kaunseling untuk memproses emosi mereka. Dari sesi ini mereka juga boleh membincang tentang perasaan kemurungan dan isu kesihatan mental lain.

2# Tidak dapat tidur pada waktu malam

Kanak-kanak yang sihat biasanya tidak akan menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam.

Purata jam kanak-kanak tidur:

  • < 2 bulan : 14-18 jam sehari
  • 3- 11 bulan : 12-16 jam
  • 1- 3 tahun : 12-14 jam

Jika anak anda tidak mempunyai masa rehat yang secukupnya sehingga menjejaskan kesihatan mereka, cuba bawa jumpa doktor dan siasat kalau anak anda mengalami gangguan tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Tidak mahu makan atau nampak tidak berselera

Makan dan masa rehat yang secukupnya adalah petunjuk yang baik apabila menilai kesihatan seseorang. Jika anak anda tiba-tiba tidak mahu makan atau berasa tidak berselera – ini adalah satu kebimbangan utama.

Tapi ni bukan kisah cerewet makan, maksud saya, hilang segala selera dan tidak makan untuk beberapa hari. Cuba pastikan jikalau anak anda rasa sakit atau berhenti makan kerana masalah tekanan, kebimbangan atau mood.

4# Tingkah laku luar biasa yang agresif atau ganas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika seorang kanak-kanak sedang ganas atau agresif, tingkah laku ini perlu ditangani dengan segera. Kanak-kanak yang mengambil jalan keluar dengan berkelakuan ganas memerlukan bantuan untuk mengawal diri.

Jangan berlengah sehingga anak dewasa sebelum mendapat bantuan profesional.

Terdapat banyak faktor yang mungkin menyebabkan anak menjadi agresif. Ini mungkin boleh disebabkan pengalaman yang pahit ataupun mungkin mereka pernah dikasari dan dibuli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah lebih baik untuk para pakar untuk menyiasat punca mengapa anak berkelakuan ganas supaya masalah ini dapat ditangani secepat mungkin.

5# Sikap suka berahsia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sentiasa mengingatkan anak-anak kita untuk memberitahu jika ada apa yang mengganggu mereka.

Kalau kelakuan mereka tiba-tiba beralih suka mendiamkan diri dan berahsia dengan cara yang mencurigakan, mungkin sesuatu telah berlaku.

Terlitikan perubahan tingkah laku mereka dan dengan perlahan-lahan cuba pujuk mereka untuk memberitahu kisah sebenarnya. Dengar dengan hati yang terbuka dan jangan menunjukkan reaksi yang terlampau drastik.

Ingat bahawa anda mahu mereka berasa selesa dan selamat untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Reaksi yang drastik hanya akan menyebabkan mereka menyembunyikan perasaan mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 kesilapan ibu bapa selalu buat yang menyebabkan anak jadi nakal

Baca juga: Ibu Ayah Sila Peka, Ini 5 Tanda Awal Anak Kecil Anda Mungkin Alami Gangguan Mental

Baca juga:  Ketahui 5 Rahsia Mengapa Kanak-Kanak Buat Perangai Pelik Dan Maksudnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio