Hujung minggu pasti lebih menyeronokkan buat ibu sekiranya ada aktiviti khas yang boleh dilakukan bersama anak tersayang, atau sekadar me-time ibu bersama teman-teman, kan?
Apa pendapat anda jika theAsianparent beri peluang buat ibu menyertai kelas baking secara percuma?
Nah, ini merupakan salah satu keistimewaan buat para ibu VIP yang telah mendaftar dalam komuniti kami. theAsianparent Malaysia membawakan kempen pertama di bawah program VIP Mum dengan menyertai Mums Baking Workshop tajaan Collins Kitchen Lab!
Kempen Mums Baking Workshop Collins Kitchen Lab
Apa yang menariknya tentang kempen ini?
Buat para ibu yang suka membuat kek dan kek cawan yang comel, atau sekadar ingin mencuba aktiviti yang baru, kempen ini memang sesuai buat anda.
Bukan sahaja ibu berpeluang untuk membuat pencuci mulut dengan hiasan sendiri, malah ibu boleh berkenalan dengan lebih ramai rakan baru di sini!
Oh ya, anda boleh ajak si kecil yang berusia 5 tahun ke atas untuk turut sama menyertai. Mesti si kecil pun teruja nak buat kek dengan ibu, kan?
Sementara itu, ayah dan anak-anak lain boleh menunggu di kafe yang disediakan. Jangan risau ya ayah, ia bukan sahaja sesi me-time yang baik untuk pasangan anda malah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan buat si manja juga.
Syarat-Syarat Penyertaan
Anda mungkin tertanya-tanya, “Adakah saya perlu bayar untuk menyertai kempen ini?”
Untuk pengetahuan anda, Mums Baking Workshop @ Collins Kitchen Lab ini bernilai RM480 dan akan ditaja sepenuhnya. Apa yang ibu perlu bawa hanyalah semangat untuk membuat kek dan mungkin telefon pintar untuk mengambil gambar sahaja, hihi.
Anda juga berpeluang membawa pulang goodie bag comel bernilai RM150 yang berisi pelbagai sagu hati menarik seperti fondant jar, cake topper khas, kotak macaron, potongan rainbow cake dan cookies comel!
Sekiranya anda terpilih untuk menyertai kelas baking ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu dilakukan.
- Membuat posting di blog mengenai pengalaman anda di workshop.
- Membuat posting di media sosial termasuklah di post Instagram, IG stories dan Facebook.
- Sertakan hashtag #theasianparentMY #tApMY #collinskitchenlab #littlecollinskl
- Tag @theasianparentMY @collinskitchenlab_ di Instagram.
- Tag profil theAsianparent MY dan Collins Kitchen Lab di Facebook.
Mohon dengan segera ya! Tarikh akhir untuk memohon adalah 11 Oktober 2019.
Sekiranya anda merupakan VIP Mum di aplikasi theAsianparent, ibu sudah siap sedia untuk mencuba nasib dengan mendaftar di pautan INI.
Ingin kami nyatakan di sini, hanya 10 VIP Mum terpilih untuk kempen kelas baking kali ini yang akan menerima pemberitahuan e-mel.
Bagaimana Ingin Menjadi VIP Mum?
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kempen menarik dari theAsianparent, pastikan anda telah muat turun aplikasi kami terlebih dahulu ya.
Nah, ini beberapa perkara yang menarik tentang VIP Mum yang hanya boleh diberikan kepada ahli komuniti theAsianparent yang memenuhi syarat:
- Berpeluang untuk memberi review produk seperti barangan penjagaan bayi, barangan kesihatan, permainan anak, barangan penjagaan badan dan menerima bayaran untuk ulasan anda.
- Mendapat akses jemputan eksklusif untuk acara yang dianjurkan oleh klien atau theAsianparent sendiri.
- Hadiah eksklusif yang hanya ditawarkan kepada ahli VIP dan tidak dibuka kepada khalayak ramai! Sekiranya berminat, ibu perlu mematuhi syarat kelayakan dahulu seperti berikut:
- Anda merupakan parents atau sedang hamil.
- Mempunyai 1,000 pengikut di Instagram atau Facebook. Sekiranya ibu ada blog, ini merupakan poin tambahan!
- Anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada program kesetiaan / ganjaran / keahlian lain yang dianjurkan oleh mana-mana komuniti / platform keibubapaan yang lain.
- Kongsi sebarang sponsored post ke platform media sosial anda.
- Sertai komuniti secara berhemah dan kekal aktif di platform theAsianparent.
Bagi yang berminat, terus saja klik di pautan VIP Member dan isi ruangan yang diperlukan untuk memohon! Tunggu email dari pihak theAsianparent untuk mengetahui sekiranya anda terpilih.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkerja-dari-rumah-2019