Salah satu stereotaip yang biasa kita dengar ialah anak tengah sering diketepikan ibu bapa sama ada kerana ingin mengutamakan anak sulung atau anak bongsu. Oleh sebab itu, salah satu kelebihan anak tengah adalah mereka lebih berjaya.
Namun betulkah stereotaip ini?
Mungkin ada betulnya. Kajian menunjukkan anak tengah mempunyai kelebihan yang menarik, iaitu paling berkuasa dalam kepimpinan.
Berikut adalah 7 kelebihan anak tengah yang sungguh menarik dan ramai ibu bapa tidak sedar:
1. Mereka handal berdamai dan berunding
Seorang profesor psikologi di University of Redlands serta salah seorang pengarang buku The Secret Power of Middle Children , Catherine Salmon menyatakan anak tengah dapat melihat seseorang dari perspektif lain.
Ini menjadikan mereka seorang yang lebih bijak menyelesaikan masalah.
Handal merunding menjadikan mereka ada kelebihan bersosial dan menjadi profesional. Mereka lebih pandai berkawan.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 1976 juga mengatakan anak kedua lebih popular dan pandai berssial berbanding anak pertama.
2. Kreatif dan berani mengambil risiko
Satu kaji selidik oleh TheBabyWebsite.com pula mendapati yang 1 per 3 dari ibu bapa mengakui yang anak kedua mereka sering diabaikan.
Tetap ini mempunyai kesan yang positif kerana mereka akan lebih bebas, lebih kreatif dan mahu mencuba perkara baru.
Contohnya kerana selalu dibiarkan keseorangan, mereka mempunyai lebih masa untuk memikirkan cara kreatif menghilangkan kebosanan.
3. Kurang mendapat tekanan
Anak yang sulung sering diberi tekanan dengan harapan yang tinggi. Dan ini selalunya menyebabkan kemurungan.
Namun, ia berbeza berbanding anak kedua yang kurang mendapat tekanan. Ini membuatkan mereka lebih mudah berjaya.
4. Ada semangat keusahawanan
Menurut Salmon, anak sulung lebih cenderung menjadi ketua yang mendominasi. Tapi anak tengah menjadi ketua melalui perundingan yang mereka belajar.
Mereka mempunyai kualiti bekerjasama, berdikari dan membina hubungan yang memudahkan mereka mendekati keusahawanan.
5. Pasangan yang baik
Satu lagi kelebihan anak tengah adalah disebabkan skil sosialnya yang bagus, mereka juga bagus dalam menyelesaikan konflik sama ada di tempat kerja atau di dalam hubungan suami isteri.
Malah kajian oleh John Gottman dari University of Washington juga mendapati pasangan yang mudah berkompromi, lebih bijak berkomunikasi dan mengekalkan hubungan perkahwinan yang lebih kuat biasanya adalah pasangan yang merupakan anak tengah.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Salmon turut mendedahkan 80% anak tengah tidak pernah curang. Sebaliknya, 65% anak sulung dan 53% anak bongsu pernah berlaku curang.
6. Fleksibel
Anak tengah belajar dari kesilapan yang dilakukan oleh anak pertama. Dan kemudian mengajar apa yang mereka pelajari kepada adik mereka. Ini menjadikan mereka fleksibel.
Mereka boleh menjadi pelajar dan pengajar bergantung pada di mana mereka perlu memainkan peranan.
7. Yakin
Anak tengah lebih bermotivasi dan yakin. Mereka sudah biasa berdikari ketika tidak diberi perhatian. Jadi mereka lebih yakin dengan diri mereka.
Kenali seseorang yang merupakan anak tengah? Bagaimana peribadi mereka? Adakah sama seperti kajian yang telah dibuat ini? Bagaimana pula dengan anak tengah anda?
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-kesayangan-ibu-bapa/