Ramai Ibu Berjauhan Dengan Baby Semasa PKP, Berpuluh Kotak Susu Ibu Merentas Negara

Walaupun keadaan sekarang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, namun ibu ini tetap bersemangat untuk terus supply susu badan kepada si jantung hatinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas sebab tahu kelebihan susu ibu, pasti ramai ibu-ibu yang bersemangat dan menyimpan hasrat untuk terus menyusukan anak sehingga dua tahun.

Hal ini kerana, ada banyak kelebihan susu ibu ini antaranya membantu perkembangan bayi ke arah yang lebih sihat dan menguatkan sistem imunisasi badan.

Inilah yang terjadi kepada Christina Lye, 28 setelah hampir tiga bulan dia menimang cahaya mata.

Christina yang bekerja sebagai jurusolek dan suaminya tinggal di sebuah bilik sewa kecil di Singapura.

Namun, dalam masa yang sama mereka juga mempunyai sebuah rumah sewa di Johor Bahru supaya ibu mentuanya yang berasal dari Sabah datang ke semenanjung untuk mengasuh bayi mereka.

Walaubagaimanapun, Christina tidak dapat melakukan perjalanan ke Johor Bahru susulan Malaysia memperkuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.

Ia berlaku disebabkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia dan negara Asia yang lain.

Selain Malaysia, Singapura juga memasuki tempoh “Circuit Breaker” pada 7 April sehingga 4 May.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan sekatan pergerakan yang dikenakan oleh kedua-dua buah negara ini, perjalanan mingguan Christina ke Malaysia adalah sesuatu yang mustahil dan tidak boleh berlaku.

Atas sebab itu, dia tidak dapat membawa bekalan susu ibu kepada bayinya yang dilahirkan dengan jangkitan paru-paru dan perlu diberikan antibiotik selama lima hari setelah kelahirannya.

“Keadaan anak memang meruntun jiwa ini. Jadi untuk meningkatkan sistem ketahanan badannya, saya memutuskan untuk kerap memberinya susu ibu.

“Tapi disebabkan tempoh PKP ini, saya tidak dapat menghantar susu badan kepada bayi saya.

“Menurut ibu mentua, bayi saya mengeluarkan kembali susu formula setelah meminumnya berbanding susu ibu yang diberikan. Ternyata ini benar-benar membuatkan saya risau dan hampir menangis setiap hari,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih syahdu lagi, apabila ibu ini terpaksa melihat bayinya hanya dengan panggilan video setiap hari walaupun si kecil itu tidak dapat mengenalinya, namun tidak ada apa yang dapat dilakukan.

Kelebihan susu ibu – 350 ibu Malaysia terpaksa meninggalkan anak-anak mereka

Tidak di sangka rupanya bukan Christina sahaja yang berhadapan dengan kesukaran ini tapi hampir 350 ibu Malaysia yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka untuk mencari nafkah di Singapura.

Di mana, ibu-ibu ini berkongsi pengalaman mereka itu dalam kumpulan Facebook.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, ramai yang mulai cemas kerana stok susu ibu dalam peti sejuk di rumah mereka kian habis bekalannya.

Dalam saat ibu bapa ini menjaga pemakanan dan kebersihan mereka, namun mereka juga berharap dapat terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka di rumah terutama ada banyak kelebihan susu ibu ini kepada si comel yang masih kecil itu.

“Saya sangat sedih dan menangis setiap hari kerana merindui anak saya”, kata seorang ibu lain yang dikenali sebagai Puan Tee.

Beliau merupakan guru prasekolah mengambil cuti dan kembali ke Singapura dari Malaysia pada 14 Mac yang lalu. Seperti mana yang dikehendaki oleh pemerintah Singapura.

Kemudiannya dia bergabung dengan ahli kumpulan di Facebook logistik dan carpooling yang dapat dijumpainya dan memanggil kira-kira 15 syarikat pengantaran barang untuk mencari jalan bagi menghantar bekalan susu
ibunya kepada bayi yang berumur enam bulan di Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, kos penghantarannya adalah mahal hingga ada ibu yang terpaksa beralah untuk tidak terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

Sehinggalah Puan Tee,29 memulakan kumpulan Facebook tersebut untuk membantu ibu yang lain serta mengumpulkan idea dan sumber kewangan bagi mereka bersama.

Meskipun sangat merindui bayinya, Puan Tee tetap meneruskan misi dalam kumpulan Facebooknya yang terdiri daripada 350 orang ibu yang telah memberinya rasa tanggungjawab untuk selesaikan misi mereka.

Sehinggalah seorang pengirim yang berpangkalan di Malaysia bersetuju untuk membantu mereka yang bermula dengan 20 kotak susu ibu yang dibekukan dari Singapura ke Johor Bahru dengan bayaran S$10 pada 29 Mac
yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disusuli dengan 20 kotak lagi ke negeri yang lebih jauh dua hari kemudian. Berat maksimum untuk setiap kotak ialah 20 kilogram.

Gembira dalam sedih

Walaupun kelihatan wajah mereka yang sungguh gembira, namun dalam masa yang sama mereka tetap cemas memikirkan bilakah wabak ini akan berakhir dan seterusnya dapat pulang semula ke rumah untuk menemui bayi mereka.

Namun, nasib menyebelahi mereka apabila Adun Stulang Johor, Andrew Chen Kah Eng membantu.

Walaubagaimanapun, tidak pernah dalam sejarah sebilangan besar bekalan susu ibu di bawa masuk melalui Tambak Johor dengan cara sedemikian.

Sehinggalah pada 8 April, 30 kotak susu ibu seberat 600 kg tiba di hadapan pejabatnya dan dihantar ke bayi di Johor Bahru dengan segera.

Setelah itu, susu ibu yang lain dihantar pula ke beberapa buah negeri lain seperti Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Bayaran penghantaran dalam RM30 ke RM200 bergantung pada jarak rumah mereka.

Untuk pengetahuan anda, syarikat penghantaran barang yang terlibat itu telah menyerahkan dokumen yang relevan kepada pihak Kastam Malaysia sebelum misi dilakukan.

Ternyata dengan cara ini menyenangkan hati para ibu yang terlibat sekaligus memberi mereka semangat untuk terus menyusukan anak.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Channel News Asia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comwira-negara