Jadi Ibu Anak Ramai Bukan Sesuatu Yang Mudah, Keluarga Besar Memang Seronok Tapi Kena Tahan Mulut Orang Mengata

Memang ada pasangan yang bercita-cita untuk memiliki keluarga besar, yakni ramai anak, tapi kadang-kadang dicemuh orang, bagaimana?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa yang dalam dilema apabila merancang untuk membesarkan keluarga. Dalam hati teringin nak keluarga besar yakni anak-anak ramai. Tapi, memikirkan tohmahan orang nanti, terus simpan niat. 

Nak ikutkan bukan diri tak mampu, malah bila dah mula hidup berkeluarga ni rezeki makin melimpah ruah pula. Seperti yang berlaku menurut perkongsian seorang hamba Allah ini, dia bercerita bagaimana mulut orang yang berkata-kata bila seorang wanita kerap mengandung dan melahirkan anak. 

Cabaran keluarga besar

Tahukah anda.. 

Jadi ibu anak ramai ni bukan bahagia seperti yg disangka.

Zahirnya kita nampak seronok.

Tapi hakikat nya mulut manusia lagi jahat berkata-kata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apa? Mengandung lagi? 

Tak de kerja lain ke?”

“Asal je jumpa mesti perut besar.

Asal jumpa mesti ada baby. “

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Eh, anak ramai pun sempat ke projek?”

” Berehinya buat anak!”

” Tak sayang tubuh ke? Asyik beranak ni tubuh pun hilang seri kecut sana sini.”

Astaghfirullah!!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak tahu nak cakap camana.

Baca juga: Murah Rezeki Anak Ramai, Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Nak Handle

Semua ayat ni bila orang cakap, ku rasa nak terajang muka.

Mulut koooo… Sekali aku sumbat 5 jari kaki aku kang baru ko tahu!

Tapiiii itulah hakikat pahit yg terpaksa ditelan.

Beranak banyak pun salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beranak sikit pun salah.

Stop beranak pun disuruh beranak lagi.

Makan pil tak bagi beranak dia kata kita tak sayang laki.

Beranak beranak dia kata kita berehi.

Ko nak apa sebenarnya ni??

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit jiwa betul hang ni.

Percayalah.

Orang cakap best beranak ramai.

Tapi ni lah hakikat emosi sebenar yg selalu bertindak luar batas.

Ramai yg sibuk takde anak.

Tapi berapa ramai yg tahu sebenar ibu anak ramai pun stress benda macam ni.

Ye, dulu saya melenting.

Ayat padu itu buat saya mengamuk.

Lama-lama saya belajar sesuatu.

Pekak, buta dan rabun.

Jadi pekak bila dengar.

Jadi buta bila nampak dia.

Jadi rabun bila dia muncul.

Tapi jangan jadi bisu.

Selalu saya jawab balik.

“Seronok anak ramai.

Nak2 kalau lelaki ramai. 

Kita jadi cinta pertama diorang.

Ayah cinta pertama anak perempuan.

Kecik diorang kita letih tenaga nak jaga.

Bila besar, bodyguard ramai boleh iring permaisuri sorang ni.

Paling best kita mati, cukup penjuru nak usung kita.”

Sentap? 

Biarlah.

Aku juga belajar menyengat dari mulut lebah kamu.

Sesekali keluar madu, bukan bisa.

Ibu yang takde anak diuji orang kata mandul.

Ibu anak ramai, ini pula ujiannya.

Setiap orang mahar syurga kita tak sama.

Jangan menerakakan orang ikut sedap mulut kita.

Ketahuilah,

Berapa ramai suami isteri diluar sana yg cemburu dgn orang yang tiada anak,

Semata-mata nak berhoneymoon tanpa anak..

Renungkan.. 

Ujian kita berbeza-beza tetapi sama.

So, enjoy your life!

Diorang nak mendajjalkan kita, biarkan.

Kita balas dgn rasa senang.

Kerana hakikat kita lebih bahagia dari mereka! 

Stay strong dear! ❣️

Berapakah bilangan anak yang ideal zaman ini?

Sebelum anda bercita-cita untuk membina keluarga besar apakata semak dulu berapakah bilangan anak yang ideal untuk anda.

Hal ini penting untuk difikirkan kerana kebajikan anak-anak adalah penting, jangan dibiarkan mereka hidup sengsara dalam keadaan yang tidak selesa, makan tidak cukup, memakai pakaian yang buruk-buruk, pendidikan pula terabai kerana apa?

Kerana ibu bapa tidak merancang sejak dari mula sama ada mampu atau tidak untuk menjaga insan yang bernama anak.

#2. Jangan sampai anak perlu berhenti sekolah kerana membantu keluarga susah

Banyakkan kes yang begini? Anak terpaksa berhenti sekolah , bekerja bagi membantu keluarga yang susah. Mereka ada hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna.

Jadi pasangan yang berkahwin, merancanglah. Jangan menidakkan hak anak anda untuk mendapat segalanya yang patut menjadi hak mereka.

#3. Mengikut fahaman psikologi

Tahun kelahiran anak perlulah mempunyai jarak sekurang-kurangnya dua tahun setiap seorang agar proses tumbesaran anak sihat dari segi pertumbuhan mental dan emosinya.

Dalam tempoh itu juga, seorang bayi akan belajar untuk rapat dengan kedua ibu bapanya jadi berilah ruang untuknya merasa kasih sayang serta perhatian yang sebenar daripada kedua orang tuanya sebelum mendapat adik.

#4. Kemampuan kewangan

Mahu tak mahu, perkara ini tidak boleh dinafikan. Kemampuan kewangan sangat penting. Sekiranya anda berfikiran seperti tak mengapalah, anak kan rezeki, adalah nanti rezekinya nanti. Jangan anggap begitu ya. Memang anak adalah rezeki, tapi yang mencari punca rezeki itu adalah anda, bila ada usaha barulah Allah beri. Tak begitu? Jadi tepuk dada tanya selera. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Facebook Sarah Saifuddin