3 Generasi Keluarga Maut Dalam Sekelip Mata Akibat Kemalangan Ngeri

3 generasi keluarga terbabit dipercayai ingin ke Bidor, Perak untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka. Tetapi...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tanggal 2 April lepas, Malaysia digemparkan dengan sebuah kemalangan maut yang telah meragut 6 nyawa dalam sebuah keluarga.

6 nyawa terbabit melibatkan 3 generasi keluarga iaitu – Lam Leong Choy, 76 tahun (datuk), Lam Wai Keat, 38 tahun (anak), Lam Wai Loon, 46 tahun (anak), Wong Check Lee, 53 tahun (menantu) serta 2 cucu lelaki iaitu Lam Jie Yang, 19 tahun dan Lam Jie Yong, 13 tahun.

Menurut laporan Bernama, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 7.40 pagi di mana sebuah treler telah menghempap sebiji kenderaan MPV di KM403.3 Lebuhraya Utara- Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata treler terbabit membawa muatan tanah dan hilang kawalan, sebelum terbabas dan menghempas MPV keluarga mangsa.

Kredit gambar: Bernama

3 generasi keluarga terbabit dipercayai ingin ke Bidor, Perak untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemandu treler yang berusia 27 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Akan tetapi, pemeriksaan lanjut daripada pihak polis mendapati pemandu berkenaan memiliki 6 rekod lampau melibatkan saman kesalahan lalu lintas.

Malah, pemandu treler itu juga pernah 2 kali terlibat dalam kemalangan!

Hasil semakan polis melalui rekod jenayah pula mendapati pemandu tersebut pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Pemandu treler itu dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor bagi menjalani ujian air kencing dan ujian darah.

Kemalangan ngeri meragut nyawa 3 generasi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbalik kepada keluarga mangsa, mereka akan dibakar dan disimpan.

Kini yang tinggal hanyalah pasangan Lam Leong Choy, iaitu Ng Siew Yin yang berusia 71 tahun.

Today Online melaporkan Ng Siew Yin amat kecewa dan berputus asa selepas pemergian ahli keluarganya itu dalam sekelip mata.

Ketika kejadian, Siew Yin sedang berdoa di altar dan tidak mengetahui sebarang maklumat tentang kemalangan terbabit. Kemudian, Siew Yin cuba menghubungi suami, anak dan cucunya ini tetapi gagal. Kebimbangan mula meresap dalam hatinya. Tambahan lagi, mereka tidak tiba di Bidor selepas 2 jam.

Siew Yin dipetik meruntun hiba sambil berkata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ambillah aku juga. Aku seorang saja kini. Semua keluarga sudah tak ada. Aku seorang saja…”

Difahamkan, salah satu daripada mangsa — iaitu Wai Loon, adalah bekas Timbalan Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Serdang.

Atas jasanya itu, Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengerusi Pemuda MCA, Chong Sin Woon telah melawat keluarga mangsa untuk memberi penghormatan.

Ng Siew Yin ditenangkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengerusi Pemuda MCA, Chong Sin Woon.
Kredit gambar: Malay Mail Online

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat Memorial Nirvana juga difahamkan telah bersetuju untuk menanggung semua kos perkhidmatan perkabungan untuk keluarga ini.

 

Kredit gambar: Malay Mail Online

Sumber rujukan: Free Malaysia Today, Today Online dan Bernama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris