Ada Hikmahnya Bila Kena Duduk Di Rumah, Inilah Masa Untuk Ibu Kenalpasti Potensi Anak

Penutupan sekolah di kawasan berisiko tinggi menyebabkan anak-anak duduk di rumah, ibu ayah gunakan peluang ini untuk melatih kemahiran belajar mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan negara kini dilanda gelombang ketiga Covid-19, hampir seluruh zon merah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kerajaan turut mengarahkan pekerja untuk work from home bagi mencegah penularan. Jadi ibu ayah bolehlah memanfaatkan waktu ini untuk menilai kemahiran belajar anak di rumah.

Ekoran ancaman yang dilihat semakin merebak, kesemua sekolah telah ditutup. Hampir 1 juta pelajar di Malaysia tidak dapat menjalani sesi persekolahan harian dan terpaksa menghabiskan masa di rumah sahaja.

Waktu terbaik untuk melatih kemahiran anak

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini sebenarnya menjadi fasa terbaik untuk ibu ayah melatih kemahiran anak-anak mengenai pendidikan tidak normal yang melibatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ia sebenarnya bersifat praktikal yang jelas dalam membina minat serta kecenderungan anak-anak terhadap bidang yang ingin diceburi oleh mereka.

credit to sources

Latihan berbentuk praktikal ini memberikan banyak kesan positif dalam konteks pembelajaran, ia secara tidak langsung dapat mencungkil potensi si manja untuk berani mencuba sesuatu yang baharu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan anak-anak mempunyai banyak masa di rumah, ibu ayah hendaklah melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti. Sebagai contoh, ajak mereka menyediakan juadah dan hidangan untuk dimakan bersama.

Hubungan kekeluargaan dapat meningkatkan nilai kasih sayang yang menyumbang kepada keharmonian keluarga. Lebih menarik apabila anak dapat belajar melalui kaedah masakan meliputi pelbagai resipi yang belum pernah dicuba sebelum ini.

Ibu ayah juga boleh melihat bagaimana anak dilatih untuk menggunakan perlatan memasak yang mungkin mereka tidak biasa. Bantuan ibu ayah di dapur dapat meningkatkan keyakinan anak untuk mahir dalam aktiviti memasak.

Selain di dapur, anda juga boleh mencuba dengan aktiviti menanam tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah. Ia mendedahkan anak untuk menyentuh tanah, mencangkul rumput dan menyiram. Pengalaman ini berupaya mendekatkan diri si manja tentang ilmu sains serta pertanian juga, bagaimana tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis dan cara penjagaan pokok dengan betul.

Proses pembelajaran yang baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anak menjadi seorang yang penggeli atau cerewet dengan perkara di sekeliling mereka. Malah, mereka tidak berasa tertekan apabila duduk di rumah kerana adanya pelbagai perkara yang menyeronokkan!

Kesempatan waktu dalam proses pemulihan wabak Covid-19 ini memiliki banyak hikmah. Jika anda teliti semula, ia memberikan peluang kepada ibu ayah mengenali potensi anak.

credit to sources

Minat dan kecenderungan si manja anda boleh dilihat melalui pembelajaran secara imersif yang dipraktikkan oleh mereka. Misalnya ktiviti yang dilakukan bersama seperti membaiki peralatan atau kerja pertukangan rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadikan masa ini untuk ibu ayah bereksperimen dengan memberikan ruang kepada anak mencubanya. Sekurang-kurangnya mereka sudah didedahkan dengan cara penggunaan peralatan dengan betul.

Dalam pada itu, teras pendidikan TVET berdasarkan pengalaman pembelajaran bermakna. Semakin anda kerap melatih kemahiran belajar anak, semakin mahir mereka menguasai sesuatu perkara. Pembelajaran ini amat bermakna dalam fasa pendedahan awal kepada kanak-kanak.

Berguna untuk masa hadapan anak

Menurut pengamal dan ahli falsafah Barat, John Dewey, pendidikan tidak formal ini adalah bersifat pragramatik. Ia perlulah melalui latihan praktikal hasil daripada minat terhadap sesuatu bidang yang diceburinya.

Ilmu pertanian seperti asas menanam anak pokok hanya boleh dipelajari apabila anak melakukannya sendiri. Manakala, bagaimana untuk menyemai, bercambah dan membaja memerlukan proses kemahiran bersifat praktikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Berdasarkan kajian Forum Ekonomi Dunia menunjukkan kemahiran bersifat generik atau insaniah amat penting bagi masa hadapan setiap anak. Ia merangkumi penyelesaian masalah kompleks, kemahiran berfikir, kreatif dan pengurusan emosi yang boleh menjadikannya seorang berjaya.

Justeru, pembabitan ibu ayah dan anak dalam sesuatu aktiviti ketika musim PKPB ini dapat memberikan banyak manfaat terhadap proses perkembangan mereka. Pembelajaran secara formal sahaja tidak cukup untuk melengkapkan diri anak-anak menempuhi cabaran pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, keupayaan untuk belajar dan menerapkan kemahiran anak sepanjang tempoh duduk di rumah ini dapat memupuk minat mereka terhadap bidang yang diceburi.

Sumber: Sinar Harian

Kredit foto: Google

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-belajar-2