Kemahiran kanak-kanak yang paling penting
Semua ibu bapa akan risau apabila anak mereka tidak mahir menulis, membaca atau bertutur pada umur yang sepatutnya.
Tapi, mungkin sudah tiba masa untuk anda risau tentang kemahiran yang lain sebenarnya.
Sebuah kajian yang diterbit dalam American Journal of Public Health telah menemui sesuatu yang mengejutkan.
Menurut kajian itu, ibu bapa sepatutnya tidak terlalu bimbang anak takkan berjaya jika mereka masih belum mahir menulis, membaca atau bertutur pada umur yang sepatutnya.
Sebaliknya, ibu bapa boleh mempengaruhi kejayaan anak-anak dengan mengajar 2 kemahiran ini:
- kemahiran sosial
- kemahiran emosi
2 kemahiran ini akan menentukan sama ada anak anda itu berupaya untuk ke kolej atau mungkin ke penjara.
Mengapa 2 kemahiran kanak-kanak ini penting?
Kajian yang dilakukan oleh Penn State dan Duke University ini telah berlangsung selama 19 tahun.
Pada mulanya, pengkaji menemubual cikgu di tadika tentang keupayaan emosi dan sosial pelajar mereka.
Cikgu itu akan memberitahu perkembangan pelajar tentang bagaimana mereka berkongsi cerita, mendengar kata, menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka membantu orang lain.
Kemudian, selepas berbelas tahun, pengkaji melakukan follow-up untuk melihat bagaimana perkembangan kanak-kanak tadi apabila mereka sudah dewasa pula.
Pengkaji mendapati kanak-kanak dengan kemahiran sosial dan emosi yang paling baik di tadika, berjaya membesar jadi dewasa yang berjaya.
Malah, semakin tinggi skor kemahiran sosial kanak-kanak tersebut, semakin tinggi hasil mereka berjaya masuk ke kolej, dan dapat kerja sepenuh masa pada usia 25 tahun!
Tapi, kanak-kanak yang ada masalah untuk bekerjasama, mendengar kata dan menyelesaikan masalah cenderung tidak habis sekolah. Malah mereka juga takkan masuk kolej.
Kebanyakan daripada mereka ini ada masalah undang-undang dan penyalahgunaan dadah.
Semakin rendah skor kemahiran sosial pada kanak-kanak tersebut, hampir 67% hingga 82% mereka akan ada masalah dengan polis atau minum minuman beralkohol.
Semua ini berbalik kepada bagaimana kemahiran sosial dan emosi itu mampu membuatkan anak anda memilih jalan hidup yang sihat.
Jika secara emosi atau sosial mereka tidak sihat, maka makin sukar untuk mereka membina hubungan dengan dunia luar apabila besar nanti.
Kemahiran kanak-kanak ini boleh diajar oleh ibu bapa
Tapi, jangan panik kalau anda syak mungkin anak-anak anda tiada kemahiran sosial mahupun emosi.
Kemahiran ini boleh diajar oleh anda sendiri, sejak mereka dari kecil. Tapi bagaimana? Begini caranya:
#1 Label perasaan anak anda
Cuba biasakan diri anda untuk melabel perasan anak-anak. Contohnya seperti cakap “awak nampak sedih hari ini” atau “ibu nampak awak macam marah sekarang”.
Perbuatan melabel perasaan anak-anak akan membuatkan mereka berupaya mengetahui apa yang mereka rasa.
Lama kelamaan, mereka akan tahu dan faham tentang perasaan mereka sendiri.
#2 Jangan menafikan perasaan anak
Jangan cakap “bawa bertenang” apabila anak marah. Sebaliknya, akui yang anda tahu dia sedang marah ketika itu.
Walaupun anda rasa tak relevan anak nak mengamuk dan marah-marah ketika itu, tapi ajar anak yang tidak mengapa untuk rasa marah.
Biar mereka faham mereka berhak untuk merasai sesuatu perasaan. Barulah kemahiran emosi mereka semakin bagus.
#3 Perbetulkan perbuatan dia, bukan emosi
Bagi anak-anak faham yang perasaan marah itu tidak mengapa, tapi perangai agresif itu salah.
Tak mengapa rasa sedih, tapi menjerit atau menangis di kedai runcit itu tidak okay. Guna disiplin untuk mengajar mereka mengendali emosi yang mereka rasa.
#4 Ajar anak mimik muka dan perasaan
Ajar anak anda tentang bagaimana reaksi muka ketika mereka merasai sesuatu. Contohnya seperti “cuba buat muka marah macam mana?”.
Apabila mereka belajar untuk memimik muka dan perasaan, dalam masa yang sama, mereka memahami apa rasanya perasaan itu.
Dari situ mereka akan belajar empati dan cara bersosial dengan orang lain.
Sama ada anak anda sudah berusia 3 tahun ataupun 14 tahun, penting untuk membina kemahiran sosial malah emosi. Ia sebahagian daripada hidup.
Mereka memerlukan kemahiran kanak-kanak ini untuk berjaya kelak.
Sumber rujukan: INC
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkajian-kepentingan-bermain-untuk-kanak-kanak/