Ini 3 Sebab Kenapa Anak Selalu Buat Tak Dengar Apa Anda Cakap, Ketahui Apa Itu Selective Hearing

Pernah tak ibu ayah hadapi panggil anak tapi tidak berjawab? Dia mendengar tetapi bila dipanggil buat tak layan? Ada masalah kemahiran mendengar ke?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ibu ayah hadapi panggil anak tapi tidak berjawab? Dia seolah-oleh mendengar tetapi bila kita panggil dia buat tak layan saja? Mulalah kita risau mengenai kemahiran mendengar dia kan.

Sebenarnya, ada beberapa jenis pendengaran yang terjadi dan boleh dikuasai seseorang manusia termasuk kanak-kanak.

Kita sebagai orang dewasa pun mesti pernah alami perkara ini. Yang mana, bila orang panggil, kita sebenarnya mendengar, tetapi kita seolah-olah berada di awang-awangan dan malas mahu layan. Gaya seperti tak dengar, tetapi dengar sebenarnya.

Kemahiran mendengar anak perlu sentiasa dipantau

Menurut perkongsian dari thezuriat.com, yang memetik seorang kaunselor, Farhan Salleh ada sebab kenapa manusia atau anak-anak berkelakukan begitu. Ada sebab kenapa anak buat begitu.

Ada sebabnya kenapa yang rasa dia nak dengar dia dengar, yang dia rasa macam tak nak dengar dia tak layan.

Ini sebabnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Anak mungkin tengah letih

Jangan fikir kita saja letih ya, anak juga boleh letih. Kadang kadang anak kita dalam keadaan letih atau mengantuk.

Contohnya saya perasan, kalau balik dari sekolah, selalu sangat benda ini terjadi. Bila atas kereta dia buat tak dengar je kita cakap. Mungkin. Mungkin dia letih. Jadi,dia dengar apa yang kita cakap tapi mungkin dalam kepala dia nampak bantal saja. Mungkin kan? Jadi, kalau nampak anak muka pun dah letih. Tak usahlah tanya dia macam macam. Beri dia berehat dahulu. Nanti bila dia dah rileks tanya lah apa ibu nak tanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita kalau letih pun tak suka disoal macam-macam kan? Jadi sama lah juga seperti anak. Mereka ini ada masanya tahu juga letih melayan kerenah manusia.

#2. Ada sesuatu yang lebih menarik

Biasanya, kalau ibu ibu bercakap dengan anak yang sedang menonton tv memang mereka jarang respon. Sebab apa yang mereka lihat itu lebih menarik dari apa yang kita cakap. Mana boleh lawan Didi cakap dengan ibu cakap. Mesti menang Didi and Friends. Jadi, bila mahu bercakap dengan anak. Elakkan gangguan seperti bunyi bunyi dan . Ini hanya akan membuatkan mereka susah untuk fokus. Kecuali apa yang kita cakap itu lebih menarik berbanding apa yang dia lihat. Contoh:Siapa nak makan aiskirim?Cuba test cakap slow je. Terus lompat rasanya dari tempat tengok tv. Jadinya, kalau anak sedang buat sesuatu macam tengok TV. Tarik dia sekejap ke tepi dan baru sampaikan apa yang kita mahu cakap.

Kalau dia sedang tengok TV, tariklah dia ke tepi sebentar. Elakkan gangguan bunyi ketika mahu bercakap dengan mereka. Lagi lagi jika rancangan itu mereka suka, lagilah anda ‘diabaikan’. Tak guna juga nak marah kan, kita sendiri yang salah pilih waktu nak bercakap atau bertanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ibu bercakap sambil buat kerja lain

Ibu pun tak fokus, tapi mahu harap anak fokus.

Kadang kadang kita sibuk menghadap kerja kita, tetapi dalam masa yang sama nak bercakap dengan anak. Anak yang lihat kita yang seakan tidak bersungguh bercakap pun tidak akan berusaha untuk mendengar apa yang kita cakap atau tanya. Bila bercakap, cara terbaik adalah, dekatkan jarak(Kalau boleh sama level) pegang anak (biar ada sentuhan), pandang mata anak (eye contact).Ajar anak yang bila ibu bercakap bermakna itu adalah sesuatu yang penting untuk mereka dengar. Ibu pun bila anak bercakap amalkan untuk memberi fokus. Anak kan belajar dari kita. Kalau kita mendengar apa yang keluar dari mulut kita, mereka pun akan cuba untuk mendengar.

Anak belajar dari kita. Perbuatan anak boleh jadi disebabkan kita juga lakukan benda yang sama kepadanya sebelum ini dalam tidak sedar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi jika mahu anak dengar, kita terlebih dulu perlu mendengar apa yang dia katakan kepada kita. Kadang kala bukan salah anak, tetapi kita sendiri yang mendidiknya dengan cara begitu.

Belajarlah cermin diri sendiri dulu sebelum marah pada anak-anak ya ibu ayah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: thezuriat, Farhan Salleh

Baca juga:

https://my.theasianparent.commemberitahu-anak-anda-untuk-tidak-mendengar-anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar