Kemalangan budak berbasikal di Johor: 8 maut, 8 lagi cedera

Malang tidak berbau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tragedi pagi Sabtu, 19 February telah meragut 8 nyawa, dimana sebuah kereta jenis Nissan Almera telah merempuh sekumpulan remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam di Johor. Kumpulan remaja itu difahami datang dari kawasan-kawasan seperti Plentong dan Skudai untuk menunggang basikal diubahsuai mereka di pusat bandar.

Setakat ini:

  • “Siasatan awal mendapati pemandu itu tidak mabuk atau memandu laju pada masa kemalangan itu. Dia juga tidak menggunakan telefon bimbit seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” kata Wan Ahmad Najmuddin –  NST.
  • Jabatan Pendidikan Negeri akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam –  Utusan.
  • Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff, telah melawat keluarga Zulkefli di rumah mereka hari ini untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga. – NST
  • Cadangan untuk mengeluarkan arahan melarang kanak-kanak bawah umur daripada berkeliaran di tengah bandar dan tempat berbahaya dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
  • Arahan yang belum disahkan ini yang menyatakan bahawa satu arahan telah dikeluarkan untuk melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dari berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa.

dari laman Facebook Gabungan BERSATU JOHOR

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tentera Fly JB

Tentera Fly JB bukan nama yang asing diantara remaja-remaja yang berbasikal secara haram di Johor. Mereka adalah pengasas basikal yang telah diubahsuai, dan pergerakan yang mula-mula berbasikal gaya superman di Jalan Lingakaran Dalam.

Berbanding dengan perkara yang lebih buruk yang boleh mempengaruhi golongan muda, ia mengajar anak-anak mahir dengan tangan mereka dan aktivti berbasikal mengalakkan cara hidup yang aktif dan sihat. Tetapi organisasi yang ditubuhkan tanpa pengawasan, kaedah-kaedah yang betul dan langkah-langkah keselamatan, boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

kredit : Pictagram dengan kata-kata ini : ” We ride, enjoy and we have fun ( @tenteraflyjb ) “

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Encik Hazri,  seorang wartawan jenayah sering menyertai operasi cegah lumba haram bersama Cawangan Trafik (kini Jabatan) Ibupejabat Polis Johor Bahru Selatan dan Ibupejabat Polis Kontinjen Johor di sekitar kawasan itu dan Pantai Lido. “Jika ditanya, saya akan katakan saya sudah muak melihat gelagat kanak-kanak dan remaja antara 11 hingga 20 tahun menggunakan jalan awam itu sebagai medan lumba menggunakan basikal.” – hazrey.tv

Remaja yang mengikuti gerakkan ini sudah pastinya akan rasa dirinya hebat dan megah. Mereka lupa bahawa kelakuan mereka ini mempengaruhi kanak-kanak lain untuk melakukan aksi stunt secara haram di lebuh raya.

Suka bersikap “tidak apa”

Ada pula ibubapa sekarang yang sering memperlekehkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak mereka. Anak dibiarkan menunggang motosikal atau membawa kereta tanpa lesen, sehinggakan murid sekolah rendah pun tidak kekok menunggang motosikal di taman-taman perumahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibubapa sendiri membiasakan anak mereka melanggar peraturan atas alasan mereka hanya menunggang di kawasan taman perumahan atau pergi membeli barangan di kedai, maka mereka secara tidak langsung mengajar generasi muda tidak menghormati undang-undang.

Gejala berlumba dan melakukan aksi stunt secara haram di lebuh raya seperti ini bukan gerakan yang baru. Malah pihak polis sudah banyak kali mengambil tindakan diplomatik, dengan menghantar anak mereka pulang ke rumah dan memberi nasihat. Tetapi mengapa aktiviti lumba haram belum dapat dibendung? Kenapa tunggu berlakunya trajedi sebelum langkah-langkah drastik dikenakan?

Masalahnya, peraturan telah ditetapkan tetapi tiada pihak yang tekun menguatkuasakan undang-undang ini. Masyarakat hendaklah membantu mencegah jenayah dari peringkat awal lagi. Ibubapa dan masyarakat hendaklah sedar bahawa jenayah berat yang berlaku di sekeliling mereka bermula daripada kesalahan kecil akibat sikap ‘tidak apa’.

Ibu Bapa Perlu Memantau Anak Mereka

Ramai yang telah menkritik ibubapa kepada lapan remaja yang terbunuh itu dengan tuduhan mengabaikan anak-anak mereka. Tetapi ada diantaranya keluarga yang berpendapatan rendah, dimana ibubapa yang bekerja keras untuk menyara hidup, mungkin tidak mempunyai masa untuk memantau anak mereka setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini tidak bermakna mereka telah meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa. Sebaliknya disebabkan terperangkap dalam kesusahan hidup, ada yang hanya melakukan apa yang mereka mampu. Kebanyakkan diantara ibubapa mangsa kejadian itu sudah tahu kritikkan orang ramai, tetapi kata-kata berterusan yang menyakitkan hati ini tidak akan mengubahkan keadaan.

“Ibu sudah banyak kali larang adik keluar bermain basikal pada waktu malam, tetapi dia tetap degil dan keluar tanpa pengetahuan ibu, ” kata Aspaliah Kasrin, kakak kepada Haizat, 16, yang maut dalam kemalangan Sabtu itu.

Bak nasihat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, “Mungkin kita perlu berhenti sikap suka menyalahkan orang sahaja. Sebaliknya, kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian.” – NST

 

kredit: hazrey.tv

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio