NGERI: Rambut gadis kecil ini tersangkut di eskalator pusat beli-belah!

Rambut seorang gadis kecil telah tersangkut dalam kemalangan eskalator di sebuah pusat membeli-belah. Video kejadian menunjukkan gadis itu meraung kesakitan ...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita kemalangan eskalator sering menggemparkan kita. Ia buat kita sedar tentang betapa pentingnya langkah keselamatan ketika di eskalator.

Baru-baru ini, sebuah kemalangan eskalator yang menyedihkan berlaku melibatkan seorang gadis kecil. Gadis itu terperangkap selepas rambut dan tangannya “ditelan” jurang di antara tangga eskalator yang dinaikinya.

Rambut tersangkut dalam kemalangan eskalator 

Kejadian ini berlaku di bandar Davao, Philippines apabila mainan gadis kecil itu terjatuh. Gadis itu menundukkan kepalanya untuk mengutip mainan yang terjatuh dan rambut panjangnya yang teurai telah tersangkut di jurang antara tangga eskalator.

Tangga itu telah menarik badan kecilnya hingga ke penghujung eskalator yang bergigi.

Tangannya turut “ditelan” sebelum orang ramai bergegas untuk menekan butang keselamatan bagi memberhentikan eskalator.

Vannessa Baguiom yang telah menangkap dan memuat naik video di atas ini telah berkata:

“Gadis kecil itu menjerit kesakitan kerana sebahagian daripada lengannya turut ditelan eskalator sehingga mencengkam kulit dan ototnya. Ia amat menyedihkan kerana tiada orang dapat memberi bantuan dengan segera.”

Rakaman menunjukkan seorang gadis yang menangis kesakitan dan ayahnya cuba menenangkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kakitangan pusat beli-belah itu bergegas ke tempat kejadian dengan sepasang gunting untuk memotong rambut yang terperangkap dan membebaskan kepala gadis malang tersebut.

Pegawai operasi Jean Canetan juga tiba di tempat kejadian untuk membuka bahagian bawah eskalator dan melepaskan lengannya.

Jurucakap pusat membeli-belah berkata, “Gadis itu kini selamat. Itulah perkara yang paling penting, dan kami sedang berurusan dengan keluarga terbabit.

Ingat langkah-langkah keselamatan ini untuk mengelak kemalangan eskalator:

1. Check anak sebelum naik eskalator

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan tiada sebarang tali terurai dan berisiko untuk tersangkut dan menyebabkan kemalangan eskalator.

Pastikan pakaian anak tiada tali yang longgar, terurai atau tergantung. Contohnya reben gaun, tali kasut dan barang lain yang boleh tersangkut. Jika ada yang terurai, ikat semula sebelum naik eskalator.

2. Selalu pegang tangan anak

Suruh anak pandang depan apabila menaik eskalator dan jangan biar mereka sentuh tepi eskalator dengan tangan dan kasut mereka.

3. Jangan main ketika naik eskalator

Berdiri di tengah-tengah dan jangan biar anak duduk atau bermain di tangga eskalator.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Guna lif jika anda bawa stroller

Dari 13,000 laporan kemalangan eskalator yang melibatkan kanak-kanak, sebanyak 723 darinya adalah kemalangan kanak-kanak dengan stroller.

Dalam beberapa kes terbabit, kanak-kanak itu telah terjatuh dari stroller, atau stroller itu telah terjatuh dan bergolek turun eskalator. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, jadi pastikan ibu bapa menggunakan lif ketika membawa stroller.

5. Angkat kanak-kanak kecil

Kanak-kanak kecil mungkin belum pandai untuk melangkah dari eskalator. Kadang-kadang apabila anak lompat di penghujung eskalator yang bergigi, mereka boleh terjatuh atau salah timing.

Oleh itu, angkatkan anak anda di penghujung eskalator jika mereka masih sangat kecil.

6. Elak dari pakai kasut getah lembut yang berlubang

Kasut getah yang lembut boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Sumber gambar: Daily Mail

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah beberapa laporan kemalangan yang melibatkan kasut getah lain dan kasut Crocs. Geseran kasut pada tepi eskalator boleh menyebabkan kaki anak tersekat.

7. Perhatikan orang lain yang naik eskalator 

Anda mungkin sibuk dengan anak dan tidak nampak orang lain yang mungkin sedang bergegas ke tempat berkerja.

Kanak-kanak kecil berisiko untuk ditolak, jadi pastikan ibu bapa tinggalkan beberapa tangga yang kosong sebelum naik eskalator bersama anak.

8. Pantau anak anda

Jangan biarkan anak bermain berdekatan eskalator. Pantau anak anda. Biarpun semasa menaiki eskalator, anak mungkin terasa nak duduk, berpaling ke belakang atau menunduk untuk mengutip sesuatu.

Sentiasa ikut langkah-langkah keselamatan ketika menaiki eskalator.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Penulis

Rosanna Chio