Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 2 tahun yang ditemui mati tersembam di dalam baldi tadahan air di rumahnya di Shah Alam
Mangsa, Iman Haris Mohamad Syazwan menghilangkan diri di sebelah ibunya yang tidur. Sejurus setelah ibunya bangkit dari tidur, ibunya mendapati anaknya tiada di sisi. Lantas mendapati pintu bilik air rumahnya terbuka dan anaknya tersembam di bilik air tanpa sedarkan diri
Mangsa dibawa ke KK Seksyen 19 tetapi dikejarkan ke Hospital Shah Alam. Tetapi, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital.
Kisah tragis di atas adalah salah satu daripada rentetan peristiwa menyayat hati kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di rumah. Lantas, ibu bapa dan penjaga harus peka dengan keadaan di dalam rumah yang boleh mendedahkan anda atau si kecil kepada bahaya.
Ajal maut memanglah di tangan Tuhan, sebagai manusia kita hanya mampu elakkan kejadia yang tidak diingini berlaku.
Sebenarnya banyak langkah yang ibu bapa boleh fikirkan untuk mengelakkan anak-anak daripada bahaya di rumah.
Antaranya ialah:
Pastikan pintu bilik air dan bekas air sentiasa ditutup
Gambar dari Pinterest
Ibu bapa haruslah pastikan pintu bilik air dan bekas air sentiasa ditutup untuk mengelakkan anak-anak kecil bermain air.
Seperti yang anda tahu, kanak-kanak amat sukakan air dan ibu bapa harus mengawasi anak-anak yang berada di dalam air. Seringkali, ibu bapa terlepas pandang dan anak kecil berjalan sendiri di bilik air untuk bermain air.
Dan kemalangan seperti yang diceritakan di atas akan berlaku. Maka, jika perlu, bilik air di rumah masing-masing tidak perlulah diisi dengan air baldi dan gunakan “shower” mandi sahaja.
Simpan barangan tajam, kecil dan berbahaya di tempat yang selamat
Gambar dari Tales From A Tiny Apartment
Bayi dan anak kecil amat gemarkan barangan kecil untuk dimasukkan ke dalam mulut. Bagi mereka, ia adalah seperti gula-gula yang amat menarik perhatian mereka.Benda-benda kecil seperti duit syilling, butang baju, paku dan barang-barang yang berbahaya harus disimpan di dalam tempat yang tidak mudah dicapai oleh anak-anak.
Jika tidak, ini mendedahkan risiko bayi dan kanak-kanak tertelan dan tercekik.
Pasang pelapik bagi perabot berbucu
Gambar dari Amazon
Anak yang telah pandai merangkak atau berdiri harus sentiasa diawasi gerak langkahnya. Kerana gerak langkah mereka masih lagi tidak stabil. Maka, ibu bapa harus beli pelapik bucu perabot agar anak tidak jatuh terhantuk bucu perabot. Belilah pelapik bucu perabot yag terdapat di kedai-kedai DIY.
Simpan cecair pencuci dan peluntur sekurang-kurangnya 1.75m dari aras lantai
Gambar dari Home Security List
Cecair pencuci, peluntur ataupun kosmetik haruslah disimpan di tempat yang tinggi dan selamat. Jika tidak mampu meletakkannya di tempat yang tinggi. Jika anda adalah penjaga yang bertubuh rendah, simpanlah bahan-bahan cecair pencuci di tempat berkunci agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak.
Jangan biarkan anak-anak anda bermain di beranda pangsapuri tanpa pengawasan orang dewasa
Gambar dari AllState Blog
Sentiasa tutup pintu beranda jika anda tinggal di pangsapuri atau kondominium. Jika anda terpaksa meninggalkan bayi atau anak kecil anda sendirian di ruang tamu, kuncilah beranda dan jangan biarkan anak anda bermain di sana. Ini mendedahkan risiko untuk anak anda memanjat beranda. Jika tidak, palang beranda harus ditukar kepada yang lebih kukuh dan jarak antara palang beranda haruslah tidak melebihi 6cm agar kepala anak kecil gagal membolosi palang.
Elak menggunakan buai
Gambar dari 11Street
Bayi berusia 8 bulan ke atas terdedah kepada risiko jatuh apabila menggunakan buai. Cuba elakkan anak berusia 8 bulan dan ke atas untuk menggunakan buai kerana ia amat bahaya.
Terdapat juga bayi yang jatuh dan terhantuk kapala pada palang buaian kerana bapanya tidak memasang buainya dengan betul.
Elak menggunakan alas meja/ tips untuk menjahit alas meja
Gambar dan tips untuk menjahit alas meja di SmashedPeasAndCarrots
Elakkan simpan makanan yang baru dimasak dan dihidang atas meja yang beralas kain kerana anak-anak boleh menarik alas kain itu. Jika boleh, letakkan dahulu di atas tempat yang selamat atau jangan menggunakan alas kain. Atau, alas kain boleh dijahit seperti gambar diatas supaya anak tidak dapat menarik alas meja.
Simpan mancis dan ubatan di tempat yang selamat
Mancisan dan ubatan yang berwarna warni akan menarik perhatian anak-anak untuk memetiknya atau memakannya. Terutamakanak-kanak yang selalu masukkan apa saja kedalam mulut. Simpanlah mancis, pemetik api dan ubatan di tempat yang selamat, asalkan jauh dari capaian anak.
Anak adalah nyawa ibu bapa. Sayangi anak-anak. Elakkan anak-anak daripada bahaya dan bencana di dalam rumah atas kecuaian kita sebagai penjaga. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna.