Kemaluan bayi lelaki ini ada lebih!
Seorang bayi lelaki yang namanya dirahsiakan telah mencetuskan gempar di Amerika Syarikat baru-baru ini. Ini kerana kemaluan bayi lelaki itu ada lebih di belakang badannya!
Kemaluan (penis) yang lebih itu dipercayai ditinggalkan oleh kembar parasit yang gagal berkembang dalam janin si ibu. Walaubagaimanapun, bayi lelaki tersebut telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang kemaluan lebih tersebut.
Akan tetapi, kedua-dua ibu bapa dan doktor yang menjaga kandungan bayi tersebut tidak sedar akan kehadiran kemaluan bayi lelaki yang lebih itu, sehinggalah beliau dilahirkan!
Malah, doktor juga terkejut ketika mengkonklusikan yang penis lebih tersebut adalah milik kembar parasit bayi itu. Masakan hanya penis itu saja tertinggal?
Anda pasti tertanya-tanya apakah itu kembar parasit, kan? Ayuh selami apa maksud kembar parasit.
Kemaluan bayi lelaki ada lebih kerana kembar parasit
Kembar parasit adalah pasangan kembar dalam kandungan. Biasanya, kembar ini adalah bayi kembar siam.
Walaubagaimanapun, kembar parasit tidak berjaya berkembang dengan elok, atau mati dalam kandungan maka dia akan diserap oleh saudara kembarnya sendiri.
Maka terjadilah kes tisu kembar parasit itu menempel di bahagian tubuh janin yang selamat dilahirkan.
Kembar parasit yang membuatkan sesetengah bayi lahir dengan tangan lebih, kaki lebih banyak atau seperti kes ini – kemaluan bayi lelaki ada lebih. Pakar masih tidak pasti mengapa kes kembar parasit boleh terjadi.
Tapi ia mungkin disebabkan oleh bekalan darah ibu hamil yang terganggu, menyebabkan kematian pada anak kembar dalam kandungan, hingga kembar satu lagi “menyerap” bayi yang tak berjaya berkembang.
Hal ini boleh terjadi sekali dalam seribu kelahiran!
Pembedahan untuk membuang kemaluan bayi lelaki yang ada lebih itu
Sebaik saja dilahirkan, bayi istimewa itu telah dijaga oleh jabatan institusi neonatal. Beliau disahkan normal walaupun mempunyai kemaluan bayi lelaki yang terlebih di belakang badannya.
Doktor mengesahkan kemaluan itu terhasil dari kembar parasit beliau yang tak berkembang dengan betul. Namun, sebaik saja kemaluan itu dijumpai oleh doktor, mereka pantas melakukan pembedahan untuk membuangnya.
Kini bayi itu telah keluar dari hospital dan dalam keadaan yang sihat.
Aneh sungguh kejadian ini, kan? Moga-moga beliau kembali pulih seperti sediakala!
Sumber rujukan: Daily Mail, Aneh di Dunia
Kredit gambar: CEN Medicina
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-baru-lahir-ada-7-gigi/