Kemaruk Nak Kahwin Lain , Suami Buat Plot Jahat Suruh Pekerja ROGOL Isteri Sendiri!

Pemilik kedai pakaian menyuruh pekerjanya merogol isteri sendiri hanya kerana kemaruk nak kahwin lagi! Bukan saja rogol, isteri dibunuh pula!

Entah apa yang merasuk fikiran lelaki ini, sehingga sanggup mencipta plot jahat hanya kerana kemaruk nak kahwin lain!

Pemilik kedai pakaian berusia 24 tahun itu sanggup menyuruh pekerjanya sendiri merogol isteri sendiri hanya kerana mahu wanita itu kelihatan ‘curang’ supaya dia boleh kahwin lain! Malangnya bukan saja isteri dirogol, tetapi perogol berkenaan ‘terbunuh’ isterinya.

Kemaruk nak kahwin lain, tapi isteri tak bagi

Kredit foto: selangorkini

 

Wanita malang Iman Adel, berusia 21 tahun  yang juga seorang pelajar kolej itu dirogol di kediamannya sendiri.

Ibu kepada bayi berusia 9 bulan itu ditemui mati dalam apartmen di perkampungan Meet Antar dalam wilayah Mesir.

Ketika disoal siasat lelaki berkenaan Hussein memberitahu polis bahawa dia menjumpai mayat isterinya sudah mati sebaik pulang daripada kerja. 

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup mendapati ada imej seseorang yang memakai niqab masuk dan meninggalkan bangunan apartmen itu dalam keadaan mencurigakan. 

Polis akhirnya mengenalpasti individu berkenaan adalah Ahmed dan siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mengaku membunuh wanita itu.

Soal siasat juga menemukan yang kedua-dua lelaki itu mencipta plot jahat kerana Hussein mahu berkahwin lain tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya.

Dia nekad menyuruh pekerjanya merogol wanita berkenaan dan hasilnya beliau boleh menceraikan isterinya tanpa dikenakan pampasan kewangan kerana si isteri akan kehilangan haknya jika terbukti bahawa dia ‘menipu’ suaminya.

Bagaimanapun, ketika kejadian, wanita itu meronta dan menjerit ketika Ahmed merogolnya menyebabkan lelaki itu mencekik mangsa sebelum melarikan diri. 

Apa nak buat kalau suami minta kahwin lagi?

Bagi isteri, soalan ini pasti buat rasa kecut perut. Tapi tiada siapa tahu apa akan terjadi pada masa depan. Mungkin ada yang rela hati jika suami minta kahwin lagi, tapi mungkin juga ada yang makan hati!

Jadi apa yang patut dibuat jika suami tiba-tiba pula suarakan rasa hati mahu kahwin lagi!

#1. Sediakan perbincangan terbuka

Kadang kala, tidak dinafikan sikap isteri sendiri yang menyebabkan suami takut nak berlaku jujur

#2.  Nasihatkan suami buat permohonan poligami di mahkamah

Kredit foto: baituljannah

Ambil tahu segala prosedur kerana inilah satu-satunya peluang anda untuk menuntut hak anda sebagai isteri pertama.

Prosedur untuk memanggil isteri pertama ke mahkamah bukan untuk meminta izin isteri untuk membenarkan suami berpoligami. Melainkan Mahkamah ingin membuat siasatan apakah hak-hak dan keperluan isteri-isteri yang suami perlu lunaskan untuk membolehkan beliau layak berpoligami.

#3. Tahu hak anda!

Isteri perlu tahu tentang hak mereka. Kalau dibiarkan diri bergelut dengan emosi kita akan kalah. Tapi sebaliknya pertahankanlah hak anda dan anak-anak dengan ilmu. 

  • Hak nafkah bulanan. Kalau sebelum ini suami memang langsung tak pernah bagi nafkah bulanan, masa inilah nak minta mahkamah rekodkan berapa nafkah yang selayaknya suami peruntukkan untuk isteri pertama dan bakal isteri. 
  • Hak tempat tinggal. Di mana isteri pertama akan tinggal dan di mana bakal isteri akan tinggal. Jika selama ini, isteri pertama yang bayar duit ansuran rumah sendiri, kali ini beliau boleh minta dengan mahkamah supaya duit ansuran itu dibayar oleh suami melainkan isteri redha nak teruskan bayaran seperti sebelumnya.
  • Hak giliran bermalam. Adil bukan sahaja dari segi duit dan keperluan zahir tapi juga dari segi keperluan batin termasuklah perhatian, masa dan kasih sayang terhadap keluarga sedia ada dan bukannya hanya menumpukan kepada isteri baru saja.

  • Hak harta sepencarian. Jika suami ada membeli dan menyimpan harta sepanjang tempoh perkahwinan dengan isteri pertama, isteri tersebut boleh menuntut harta-harta itu diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Boleh direkodkan sebagai persetujuan bersama semasa permohonan poligami itu. Boleh juga buat pembahagian harta suami secara hibah siap-siap kepada anak-anak isteri pertama. Untuk isteri baru, kenalah cari harta lain yang baru kan? Barulah adil.

  • Hak untuk menentukan nafkah anak-anak. Kalau sebelum ini isteri pertama tak kisah pun tanggung nafkah anak sorang-sorang dengan alasan malas nak berkira dengan suami, kali ini isteri pertama boleh mohon supaya mahkamah tetapkan terus nafkah anak setiap bulan. Ini supaya, dalam keghairahan suami nak galas tanggungjawab yang baru, tanggungjawab yang lama dan sedia ada ini tak dilupakan.

Sumber:arabnews, ohbulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsunnah-poligami

 

Penulis

Lala Annuar