Tidur Meniarap Penyebab Bayi Ini Mati! Ramai Ibu TAK SEDAR Cara Tidur Bayi Yang Selamat

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang boleh kita ungkapkan kepada ibu 2 anak ini. Beliau redha atas pemergian anak tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah, sebelum bayi tidur adakah anda sudah cukup pasti tempat tidur anak atau cara anak tidur itu selamat dan tidak bahaya lantas boleh menjadi penyebab kematian bayi?

Kedua, jika si kecil itu tidur dalam buaian, adakah ibu ayah ada tak datang jenguk anak tidur dalam buaian?

Ketiga, semasa bayi sedang tidur dalam posisi salah, adakah anda cuba memperbetulkan posisi tidurnya? Jika semua persoalan ini anda jawab tidak, tak mustahil ia mampu mengancam nyawa si kecil anda. 

kredit: shazzy wanie

Kematian bayi 10 bulan sebab salah posisi tidur semasa di bawah jagaan pengasuh 

Satu lagi kejadian kematian bayi lelaki bernama Mikhael Sufyan Muhammad Syafiq  10 bulan telah berlaku ketika tidur di rumah pengasuh. Menurut laporan media tempatan, New Straits Times, bayi tersebut didapati meninggal dunia ketika tidur di dalam buaian dan mendapati bayi itu tidur dalam posisi terlangkup. 

kredit: shazzy wanie

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya hanya menangis ketika menatap wajah dan tubuh bayi yang sudah bertukar kebiruan. Naluri ibu saya berbisik, dia sudah tiada. Begitulah luahan sayu, ibu kandung bayi berkenaan, Nur Syazwanie Mustaffa, 27. 

Ibu dua anak itu, menceritakan kembali kepada pihak media bagaimana pengasuh beliau memberitahu berita tentang kematian bayi kesayangannya itu. 

Menurut pengasuh, dia meletakkan bayi dalam buaian selepas mandi. Kemudian dia membiarkan bayi saya tidur selama 30 minit.

Selepas itu, di melihat kembali bayi yang tengah tidur itu dan dia mendapati anak saya sudah tidak bernafas. Pengasuh tersebut turut menjaga anak perempuan saya dan 2 anak jagaan lain. 

Dia (pengaasuh) bergegas ke Unit Kecemasan, Hospital Sungai Buloh, di mana doktor mengesahkan yang bayi saya sudah tiada. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ketika di rumah, Mikhael memang suka tidur meniarap atau terlangkup tetapi tidak di dalam buaian. Pengasuh pernah minta izin saya untuk tidurkan bayi dalam buaian, saya okey dan beri keizinan cuma dia perlu memerhatikannya. 

kredit: shazzy wanie

Kematian bayi 10 bulan – Ibu beritahu pengasuh bayi ada selsema 

Syazwanie dan suami terpaksa meletakkan 2 anak mereka kepada pengasuh kerana mereka perlu bekerja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempat kerja saya terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah. Pertama kali berjumpa pengasuh, saya percaya dia boleh menjaga anak kami dengan baik tapi bila jadi macam ini, saya redha pemergiannya. 

Semasa menghantar anak ke rumahnya, saya ada beritahu kepada pengasuh bahawa bayi saya ada selsema,” tambahnya lagi. 

Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan. 

Kematian bayi 10 bulan: Tolong AWASI bayi anda semasa tidur! 

Sebelum bayi mencapai usia 1 tahun, mereka berisiko untuk mengalami SUDC iaitu kematian secara mengejut ketika tidur. Ini kerana, bayi bawah setahun belum tahu untuk tidur dalam posisi yang betul.

Jadi anda sebagai ibu bapa atau pengasuh sepatutnya lebih peka semasa bayi sedang tidur. Jika mereka tidur terlangkup atau kepala ke bawah (bantal tutup hidung) tolong ubah posisi tidur mereka itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan penting: 

  • Ratakan tempat tidur bayi dan jangan ada objek yang mengancam nyawanya ketika tidur seperti selimut, bantal atau permainan. Manalah kita tahu, sedang tidur. tiba-tiba selimut itu tertutup muka bayi. Disebabkan itu, bayi tak boleh bernafas dan penyebab kematian. 
  • Pilihan katil untuk bayi juga penting. Jangan terlalu sarat dengan bermacam-macam aksesori. Kemungkinan ia boleh menyebabkan bayi tercekit ketika tidur. Minta simpang tak terjadi pada kita semua! 

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar keluarga mangsa kekal tabah mengharungi dugaan ini. Dan semoga kisah seperti ini tidak lagi berulang.

Bagaimana anda menjaga keselamatan anak semasa tidur? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen! 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak mati mengejut di taska, tapi mengapa? Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan anak!