Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ini, Malaysia mencatatkan dua kematian yang menggemparkan akibat Covid-19 iaitu yang membabitkan pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.

Kematian pertama membabitkan pesakit COVID-19

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kematian ini melibatkan kes-178 ialah seorang warga Malaysia yang telah menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Sementara itu, bagi kes-358 pula, ialah seorang lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak.

Beliau berkata semasa berada di sidang media harian COVID-19 di kementeriannya hari ini.

Terdahulu, kes ke-178 yang berumur 34 tahun mula mengalami gejala bermula pada tarikh 5 Mac 2020. Kemudiannya, pesakit itu mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif wabak COVID-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Adham, keadaan pesakit kes-178 itu kian merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagi kes ke-358 adalah lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan beliau mula mengalami gejala seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas pada 7 Mac dan mula mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac selepas dikesan positif dengan COVID-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan pesakit ini juga kian merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Kredit: Berita Harian 

Gambar : Malay Mail dan Sarawak Voice 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan