Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10

Baju sekolah murah, semua peralatan ke sekolah dengan harga berpatutan boleh didapati di Tesco sempena promosi kembali ke sekolah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita baik untuk ibu ayah semua, kini anda tidak perlu lagi pening kepala mana nak cari kelengkapan baju sekolah murah, beg sekolah dan sebagainya. Kini Tesco mengadakan promosi kembali ke sekolah bermula sekarang hingga 20 Januari 2021!

Tesco telah melancarkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ 2020 istimewa untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal ke sekolah pada tahun 2021. Kempen ‘Kembali ke Sekolah’ ini menawarkan semua kelengkapan sekolah di bawah satu bumbung dan dengan harga yang cukup rendah!

Sudah tentunya sesi persekolahan 2021 menjadi satu penantian yang cukup teruja oleh anak-anak dan ibu bapa, disebabkan terlalu banyak gangguan berlaku pada sesi persekolahan tahun ini. Dalam memahami kegembiraan dan keterujaan ini, Tesco telah menyediakan pelbagai kelengkapan di semua kategori dari pakaian seragam sekolah hingga ke peralatan menulis untuk memastikan murid-murid bersedia apabila sekolah dibuka semula pada Januari tahun hadapan.

Memahami perbelanjaan anak ke sekolah memerlukan wang yang banyak

Menurut kata Pengarah Non-Food dan Multichannel Tesco, Janice chan “Kami tahu bahawa kedua-dua ibu bapa dan anak-anak turut bersemangat untuk penggal persekolahan yang baharu dan untuk kehidupan kembali normal. Kami juga memahami bahawa kos perbelanjaan kembali ke sekolah untuk anak-anak adalah tinggi terutamanya untuk keluarga yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan untuk mereka yang telah terjejas secara ekonomi akibat pandemik yang masih berlarutan ini.”

“Sesuai dengan nilai ‘Setiap Bantuan Bermakna’ kami di Tesco, kami telah bekerja keras untuk memastikan bahawa barang keperluan kembali ke sekolah kami berharga berpatutan. Dalam menangani kebimbangan yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa semasa membeli-belah di luar, pakaian, kasut dan stokin sekolah Tesco juga boleh dibeli untuk pertama kalinya di kedai rasmi kami di Lazada. Ini adalah salah cara yang kami menawarkan bukan sahaja nilai untuk wang, tetapi juga kemudahan kepada para pelanggan kami,” kata Janice.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Senarai Semak & Tip Kembali Ke Sekolah Penting Untuk Ibu Bapa Tahu

Set uniform sekolah lengkap serendah RM38 seorang!

Untuk kempen ‘Kembali ke Sekolah’ ini, Tesco menawarkan set pakaian seragam sekolah rendah A-Star, lengkap dengan tiga pasang stokin dan kasut dengan harga kurang daripada RM38 untuk setiap kanak-kanak. Kedua-dua kemeja dan blaus lengan pendek A-Star Primary pula ditawarkan dengan harga serendah RM9, sementara stok masih ada.

Untuk membantu ibu bapa dan anak-anak mencari saiz pakaian yang sesuai tanpa membuang masa, Tesco juga telah menyiapkan garis panduan ukuran dalam katalog mingguannya, yang juga dapat diakses dengan mengimbas kod QR ‘Kembali ke Sekolah’ yang akan tersedia sepanjang tempoh kempen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelengkapan kebersihan anak-anak juga disediakan

Tesco juga membawa barangan keperluan kebersihan diri seperti pelitup dan pelindung muka bersaiz kanak-kanak, cecair pembersih tangan, sabun tangan dan macam-macam lagi agar anak-anak dapat kekal sihat dan selamat semasa di sekolah.

Apa yang lagi menarik, anda boleh mendapatkan beg sekolah anak-anak dari harga serendah RM10.90! Ini bukan saja dapat membuat anak-anak gembira, malah poket ibu bapa pun ‘bahagia’.  Manakala beg troli harganya akan bermula dari RM49.90, Set beg galas yang merangkumi beg galas 16 inci, beg serbaguna, botol air dan kotak pensel boleh didapati dengan harga berbaloi iaitu RM79.90.

Bekas makanan dan botol air akan dijual dari harga serendah RM2 dan RM5, sementara pelbagai alat tulis, buku nota dan fail terpilih akan mendapat potongan 50 peratus sepanjang tempoh kempen ‘Kembali ke Sekolah’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Watak-watak popular dari Frozen 2, Marvel, My Little Pony, Boboiboy, Spiderman dan Unicorn dipaparkan pada item terpilih, jadi anak-anak dapat membawa watak fiksyen kegemaran bersama mereka ke sekolah tahun hadapan.

Kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor

Sementara itu, Tesco kekal bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor-Majlis Agama Islam Selangor untuk tahun kedua dalam menyediakan barangan keperluan sekolah kepada penerima Zakat B40. Melalui kerjasama ini, para penerima dapat memperoleh pakaian, kasut, stokin, beg dan alat tulis sekolah anak-anak dengan hanya menyediakan MyKad ibu bapa di cawangan-cawangan Tesco terpilih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kira-kira 75,000 penerima zakat dijangka mendapat manfaat daripada kerjasama ini yang akan berlangsung dari 12 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021.

Jadi para ibu bapa jangan ketinggalan kempen hebat Tesco kembali ke sekolah! Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini.