Adakah Rawatan Kemoterapi Memberi Kesan Pada Kesuburan Wanita?

Adakah anda tertanya-tanya jika rawatan kemoterapi memberi kesan pada kesuburan seorang wanita? Jika ya, apa yang harus dilakukan? Jom semak apa kata pakar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan Penyakit Barah Dan Peluang Untuk Hamil

Kajian telah mendapati bahawa wanita bekas pesakit barah lebih senang untuk hamil berbanding wanita bekas pesakit barah pada 30 tahun dahulu.

Kajian tersebut dijalankan secara besar-besaran di Scotland. Ia bertujuan untuk mengkaji kesan penyakit barah dan rawatannya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan yang ingin hamil satu hari nanti.

Rekod perubatan 23,000 wanita yang didiagnosis dengan barah antara tahun 1981 dan 2012 telah dianalisis. Penyelidik mendapati bilangan kehamilan jauh lebih kurang daripada jumlah yang diharapkan.

Hanya 6,627 kehamilan dicatatkan berbanding dengan jumlah jangkaan 11,000. Kadar kehamilan juga kurang bagi wanita yang tak pernah mempunyai anak sebelum mereka didapati menghidap penyakit barah.

Richard Anderson, seorang profesor sains dan juga ketua penyelidik kajian ini berpendapat –

Sesetengah wanita mungkin tidak mahu mempunyai anak kerana tidak yakin dengan kesihatan diri sendiri. Selain itu, rawatan untuk penyakit barah boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk hamil.

Apakah Faktor Yang Boleh Mengurangkan Peluang Kehamilan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan wanita sukar hamil. Sumber gambar: Drugs.com

Seorang wanita mungkin akan menghadapi masalah untuk hamil jika:

  • Ovarinya tidak mengandungi telur yang sihat.
  • Terdapat kecacatan pada bahagian sistem pembiakan yang menghalang telur dari disenyawakan.
  • Telur yang disenyawa tidak melekat dan tumbuh di dalam rahim.

Baca juga:

Nasihat untuk mereka yang menghadapi kanser

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, Adakah Kemoterapi Boleh Menjejaskan Kesuburan Wanita?

Jawapannya – ya

Kebanyakan ubat kemoterapi boleh merosakkan telur wanita dan menjejaskan kesuburan mereka.

Tapi sukar juga untuk meramalkan kesuburan seseorang wanita selepas rawatan kemoterapi kerana ini bergantung kepada usia wanita tersebut serta jenis dan dos ubat yang dimakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat kemoterapi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk hamil

Di antara ubat kemoterapi yang boleh menyebabkan kerosakan telur dan ketidaksuburan adalah:

  • Busulfan
  • Carboplatin
  • Carmustine (BCNU)
  • Chlorambucil
  • Cisplatin
  • Cyclophosphamide (Cytoxan ®)
  • Dacarbazine
  • Doxorubicin (Adriamycin®)
  • Ifosfamide
  • Lomustine (CCNU)
  • Mechlorethamine
  • Melphalan
  • Procarbazine
  • Temozolomide

Kepentingan Menjaga Kesuburan Pesakit Barah Wanita

Walaupun kemoterapi boleh mendatangkan kesan yang serius dan mempengaruhi pilihan wanita untuk mempunyai anak, kajian telah menunjukkan peningkatan kadar kehamilan yang lebih baik baru-baru ini.

Pada tahun 1980-an, bekas pesakit barah wanita hanya mempunyai 50% kemungkinan untuk hamil seperti orang lain. Tetapi sejak tahun 2005 kadar kehamilan tersebut telah meningkat kepada 75%.

Namun, pesakit wanita yang menghidap penyakit barah jarang diberi maklumat tentang cara untuk menjaga kesuburan mereka berbanding dengan pesakit lelaki. Berilah mereka peluang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan mereka yang belum berkahwin juga tidak diberitahu caranya.

Pesakit wanita yang ingin mempunyai anak satu hari nanti, perlu berbincang dengan doktor sebelum memulakan rawatan supaya ubat kemoterapi yang berisiko rendah untuk merosakkan telur boleh dipertimbangkan.

Doktor dari Persatuan Pembiakan dan Embriologi Manusia Eropah di Geneva, telah melihat peningkatan kadar kehamilan yang jelas untuk beberapa jenis penyakit barah tetapi tidak semuanya. 

Misalnya, gadis dengan limfoma Hodgkin hari ini akan menjalankan rawatan radioterapi yang jauh lebih kurang berbanding daripada rawatan 30 tahun dahulu. Oleh itu, kesuburan mereka mungkin hanya terjejas sedikit sahaja. 

Maka adalah penting untuk memastikan wanita dan gadis-gadis yang bakal menerima rawatan untuk diberi akses kepada prosedur baru yang bertujuan untuk mengekalkan kesuburan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu cara adalah untuk mengeluarkan tisu ovari dari pesakit supaya ia boleh dibekukan dan dimasukkan semula apabila pesakit sudah pulih.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk wanita penghidap sakit barah, ya? Berilah sokongan dan dorongan untuk mereka lebih kuat menempuh segala cabaran yang mendatang. 

Sumber: The Guardian, American Cancer Society

Baca juga:

5 Faktor Penting Yang Boleh Menjejaskan Kesuburan Wanita

Penulis

Rosanna Chio