Haleon Lancar Kempen #BetterOralCareNation Untuk Mempertingkatkan Tabiat Kesihatan Oral di Malaysia

Kempen Pendidikan selama sebulan tentang kebersihan oral akan dilancarkan pada Hari Kesihatan Oral Sedunia melalui kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kesihatan oral dianggap boleh dicegah  sebahagian besarnya melalui kebersihan oral yang berkesan, namun kewujudan masalah ini masih  tinggi. Penyakit oral menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia menurut Laporan  Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terkini.

Di Malaysia, 94%  daripada golongan dewasa Malaysia mempunyai masalah gusi dan 88.9% mengalami kaviti gigi  seperti yang ditunjukkan dalam Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa (National Oral Health  Survey of Adults, NOHSA) pada tahun 2010.

Sebuah kajian berasingan oleh Haleon, iaitu antara  penyedia terbesar dunia bagi pakar kesihatan oral dan pembuat Sensodyne, yang dijalankan dengan  Kerjasama Kantar, juga menunjukkan 71% daripada rakyat Malaysia mengalami simptom sensitiviti  gigi.

Dalam usaha di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran kesihatan oral dan disokong oleh  Bahagian kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Haleon telah bekerjasama dengan Persatuan  Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association, MDA) untuk melancarkan  #BetterOralCareNation, iaitu kempen selama sebulan yang menyediakan pemeriksaan gigi percuma  mulai 1 Mei selain aktiviti berbentuk pendidikan untuk menambah baik kefahaman kesihatan oral  dalam kalangan rakyat Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon, berkata: “Sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia yang 100% memberikan tumpuan pada kesihatan  harian, kami mempunyai peluang yang tersendiri untuk membantu memecahkan halangan sosial  dan persekitaran yang menghalang orang ramai daripada kesihatan harian. Kami sentiasa berusaha  untuk menambah baik tabiat kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia dan membina kesedaran tentang keadaan kesihatan oral, seperti sensitiviti dan periodontitis, memandangkan  perkara ini boleh dicegah menerusi kebersihan oral yang berkesan. Kami komited untuk menyokong  peningkatan kesihatan oral harian, dan kami berasa teruja terhadap kerjasama kami dengan  Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk mendidik dan memperkasakan orang ramai tentang  kepentingan kesihatan oral harian.”

Dr. Lim Chiew Wooi, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), berkata, “Kes  global berkaitan dengan penyakit oral telah meningkat sebanyak 1 bilion dalam tempoh 30 tahun  yang lepas. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit oral merupakan keadaan kesihatan yang lazim di  seluruh dunia. Hanya 16% rakyat Malaysia melawat doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali  setahun. Hakikat ini adalah membimbangkan, memandangkan pengabaian terhadap kesihatan oral  bukan sahaja akan meningkatkan dengan ketara risiko menjadi terdedah kepada periodontitis atau  hipersensitiviti dentin yang lebih tinggi, tetapi juga meningkatkan risiko untuk keadaan dan penyakit  lain. Individu yang menderitai sebahagian jenis penyakit periodontal adalah sekali ganda mungkin  dikesan menghidap penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan  melalui gusi.”

Penyakit oral seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih meluas dan telah  dihubungkan dengan kesihatan sistemik yang lemah dan penyakit tidak berjangkit (non communicable diseases, NDCs), termasuk penyakit diabetes dan kardiovaskular.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai  sebahagian daripada usaha pendidikan kempen, jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan oleh  doktor pergigian Haleon, Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi dengan kerjasama  profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh untuk mendorong  kesedaran, pendidikan dan kefahaman tentang impak kesihatan oral yang lemah termasuk  hubungannya dengan kesihatan sistemik.

Butiran tentang lokasi klinik dan aktiviti kempen akan tersedia melalui media sosial Sensodyne  Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah berkunjung ke reruai pameran  Sensodyne semasa pelancaran sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 peringkat Malaysia di  Bank Negara Malaysia, yang dirasmikan oleh beliau pada 20 Mac 2023.

Acara tersebut juga  mengumumkan Dasar Kesihatan Oral Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk menjelaskan  strategi dan tindakan bagi menyampaikan penjagaan kesihatan oral yang lebih baik kepada semua  rakyat Malaysia selain memperkasa mereka untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti  kehidupan mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan