Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

Walaupun TIDAK sampai 150 jam beroperasi, banyak kemudahan MRT yang telah rosak akibat VANDALISME! Apa ibu ayah boleh lakukan untuk melahirkan generasi masa depan yang bermoral? Jom baca untuk ketahui lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minggu lalu, media Malaysia penuh dengan berita pelancaran MRT yang mula beroperasi.

Malah media sosial juga penuh dengan perkongsian pengalaman mereka yang telah mencuba menggunakan perkhidmatan MRT.

Malangnya, di dalam kegembiraan berita yang dikongsi, terdapat juga berita yang kurang menyenangkan.

Foto ehsan pengurusan MRT

Walaupun TIDAK sampai 150 jam beroperasi, banyak kemudahan MRT yang telah rosak akibat VANDALISME!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerusi ditoreh, sampah di merata tempat, malah kepala paip tertanggal. Sungguh mengecewakan dan sungguh memalukan.

Foto ehsan pengurusan MRT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rakyat Malaysia semakin tenat! Tidakkah anda sebagai pendidik generasi masa depan terpanggil untuk lakukan sesuatu? Bagaimana dengan generasi anak-anak kita nanti?

Peranan ibu bapa?

Ia mungkin tidak kelihatan jelas pada mata kasar, namun sebenarnya di dalam situasi ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting.

Kita yang akan membantu mereka menilai perbuatan mana yang baik dan mana yang salah. Berikut apa yang mungkin boleh dipraktikkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berada di luar

  • sentiasa menegur anak-anak jika mereka cuba membuat sesuatu yang boleh merosakan
  • tunjukkan contoh yang baik dalam menggunakan kemudahan awam
  • terangkan kepada mereka yang ianya untuk kegunaan orang ramai dan semua orang mesti menjaganya
  • jika ternampak orang yang cuba merosakan harta awam, tegur jika boleh atau terangkan kepada anak anda yang perbuatan tersebut adalah salah

Ketika terlihat berita mengenai vandalisma

  • ingatkan anak-anak yang perbuatan tersebut adalah salah
  • terangkan akibat vandalism kepada diri mereka serta pengguna lain
  • juga terangkan kepada mereka yang melakukan kerosakan adalah perbuatan yang berdosa

Sekiranya mereka yang melakukan kesalahan

  • jangan teragak-agak menegur kesilapan mereka. Mereka perlu dibimbing untuk tahu apa yang betul dan apa yang salah.
  • tegas dengan pendirian anda. Jangan kerana mereka adalah anak anda, anda ‘tidak nampak’ kesalahan yang mereka lakukan.
  • berikan denda yang sewajarnya serta setimpal dengan kesalahan mereka.

Perkongsian ini mungkin kelihatan ‘ringkas’ dan boleh dilakukan oleh sesiapa. Tetapi, bukan mudah untuk terus konsisten mendidik mereka.

Kerana kunci UTAMA  dalam mendidik anak-anak ialah PENGULANGAN, kerana mereka perlu sentiasa diingatkan.

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bukan hanya sekadar peribahasa. Ia memang satu perkara yang harus dipraktikan oleh semua ibu bapa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin juga berminat dengan tajuk berikut;

10 Perkara Yang Membantu Membentuk Anak Anda Menjadi Lebih Baik

Berhenti melihat kanak-kanak membuat gangguan!

Penulis

Aqma