Tak Sempat Jamah Ramen, Anak 2 Tahun Melecur 70% Selepas Kena Air Panas, Terpaksa Buang Semua Kulit!

Siapa sangka, kuah mi segera yang ditinggalkan sekejap oleh ibunya menyebabkan anak kena air panas hingga buatkan ibu serik dan fobia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau! Wanita ini sama sekali tidak menyangka hasratnya untuk menikmati makanan segera Korea, ramen bertukar tragedi apabila anak lelakinya yang berusia dua tahun melecur hampir seluruh badan terutama bahagian muka dan dada gara-gara kena air panas rendaman mi segera. 

Rasa ingin tahu yang tinggi dan gerakan motor yang belum matang, mendorong kanak-kanak malang ini mencapai cawan yang berisi ramen berserta rendaman air panas yang menyebabkan tertumpah dan dia kena air panas. 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh ibunya, Nurul Zarina Shafie di platform Tiktok, dia telah berkongsi tentang kejadian yang malang serta perkembangan anaknya, Rizqi Anaqi Muhammad Reduan selepas insiden tragis berlaku. 

Tinggal sekejap air rendaman makanan segera, sebelum dicapai oleh anak

@mekna345 uncle untie doa kan rizqi cepat sembuh , semoga doa kalian dimakbul kan ,amin amin , terkena air panas #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

 

Menurut Rina, dia teringin untuk menjamah ramen yang sudah lama dibelinya pada malam kejadian selepas baru pulang dari dobi. 

“Rina baru balik dari dobi Selasa malam, lepas itu sampai di rumah Rina nampak ramen dalam cawan. Tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen malam itu, Rina capai ramen pergi dapur dan panaskan air”.

Menceritakan kejadian itu, ibunya berkongsi meninggalkan sekejap air rendaman makanan segera sebelum membuat kerja-kerja rumah yang lain. Namun, terkejut apabila mendapati anaknya telah mencapai cawan yang berisi rendaman air panas di atas meja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Lepas panaskan air dan nak tunggu menggelegak, Rina duduk dan bermain dengan anak di depan televisyen. Kira-kira 15-20 minit, Rina ke dapur untuk merendam meggi dan tak sampai beberapa saat Rina pergi membuang sampah, bila Rina pusing, terus dia (Rizqi) capai ramen yang ada air panas”.

Rina turut menafikan ketinggian meja terlalu rendah malah terkejut apabila melihat anaknya boleh mencapai cawan tersebut dalam masa yang singkat. Namun dia akui cuai kerana meletakkan makanan tersebut di hujung sudut meja. 

Tanpa berlengah lagi, dia bergegas membawa anaknya ke klinik kesihatan yang berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Melecur 70 peratus di bahagian muka dan dada, perlu jalani pembedahan buang kulit

Lecur yang terkena anaknya tidak nampak kemerah-merahan pada mulanya, tetapi jelas kelihatan semakin melepuh dan berair ketika di tahan di wad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dari muka sampai la dada, masa ni melecur tak nampak merah lagi. Dah sampai Hospital Temerloh , anak ibu kena tahan wad. Melecur dia makin nampak, air bisa pun makin banyak keluar”. 

Selepas diberitahu keadaan anaknya melecur kena air panas 70 peratus, Rizqi terpaksa disegerakan mengikuti beberapa prosedur sebelum menjalani pembedahan buang kulit. 

“Masa doktor cucuk tu, dia meronta minta tolong Rina. Ibu sakit…sakit ibu (Rizqi)”, sambungnya. 

Rizqi kemudian dimasukkan ke wad ICU kerana keadaannya yang kritikal sebelum dipindahkan ke wad biasa setelah kanak-kanak itu mula stabil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serik makan ramen disebabkan insiden tragis yang menimpa anaknya

@mekna345 doa kan rizqi anaqi segera sembuh ye untie uncle , sekarang keadaan rizqi makin pulih , allahuakbar ❤️💕 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Lagu Sedih – IFTAH QULUBANA

 

“Lalai ye aku jadi seorang ibu, disebabkan satu meggi dalam cup, tanggung ye sakit seorang anak”

“Ketar-ketar tangan ibu, kalau la sakit tu boleh berbalik pada ibu, ibu sanggup sayang. Ibu tak dapat terima dan maafkan diri ibu sendiri hanya sebab satu cup meggi,” luah Rina.

Dalam pada itu, dia juga mengakui kecuaiannya sendiri dan menjadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan ibu bapa diluar sana agar lebih berhati-hati. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anaknya itu dilaporkan semakin pulih dan kembali aktif seperti biasa. Kita doakan semoga Rizqi cepat sembuh!

Tips jika anak melecur ketika di rumah

Jika anda mendapati anak melecur terkena air panas ketika di rumah, sebagai ibu bapa, beberapa tips ini mungkin boleh membantu anda :

  1. Kenal pasti tahap kelecuran berlaku. Kebakaran yang berlaku dan mengakibatkan kecederaan di rumah, biasanya berlaku pada tahap pertama dan kedua.
  2. Jauhkan anak dari sumber bahaya. Segera pindahkan anak ke tempat selamat yang jauh dari bahan api, pemanas atau elektrik. Kekal tenang dan jangan panik.
  3. Lalukan dengan air paip suhu biasa, bukan sejuk atau panas. Apabila anak tersentuh objek panas, segera lalukan bahagian yang terkena air panas dengan air paip sekurang-kurangnya 5-10 minit. 
  4. Tutup dengan kain bersih kawasan yang lecur. Bagi mengelakkan kelecuran bertambah teruk, elak memicit gelembung air dan balut dengan kemas.
  5. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati tahap lecuran lebih besar melebihi saiz tapak tangan dan melibatkan bahagian muka. 

Oh Bulan!

Tiktok: Rina Nana

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tragedi Terkena Air Panas Di Rumah, Bayi 1 Tahun Melecur TERUK Pada Muka & Bahu

Baca juga: Badan Lenguh Pula Masa Hamil, Boleh Tak Ibu Hamil Berendam Dalam Air Panas?

Baca juga: Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah