Kena Gigit Kucing? Ini Apa Anda Perlu Buat Untuk Elak Risiko Jika Digigit Atau Dicakar Si Bulus

Walaupun tak nampak berbahaya, ada kemungkinan anda kena gigit kucing. Belajar cara menggunakan First Aid untuk kurangkan risiko jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kena gigit kucing bukan perkara yang asing jika anda pencinta si bulus. Apatah lagi kanak-kanak yang suka pegang haiwan comel ini. Tapi perlu diingati, kucing juga mungkin akan menggigit atau mencakar anda dan boleh menyebabkan jangkitan rabies.

Apa Itu Rabies?

Rabies adalah penyakit yang boleh dicegah dan sering berlaku melalui gigiyan haiwan yang menghidapi rabies. Virus ini menjejaskan sistem saraf pusat mamalia yang mengakibatkan penyakit otak dan kematian.

Kadangkala, kita tak boleh ramal perlakuan haiwan di sekeliling kita termasuklah haiwan peliharaan seperti kucing. Apatah lagi haiwan liar yang ada di sekitar kita. Jadi tak salah untuk belajar cara memberikan pertolongan cemas jika anda atau anak anda digigit atau dicakar oleh kucing.

Mungkin ramai yang berpendapat jangkitan rabies hanya boleh didapati menerusi gigitan anjing, tapi sebenarnya ia boleh disebarkan menerusi luka daripada haiwan lain terutama haiwan liar.

Parut Dan Gigitan Haiwan

Memang tak dinafikan menjaga haiwan di rumah bukan sahaja boleh menceriakan lagi hari anda namun ia turut dikatakan dapat meningkatkan kecerdasan emosi kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Jadi insiden seperti dicakap atau digigit haiwan peliharaan pasti akan berlaku juga. Tapi perlu diingatkan, walaupun anda tidak memelihara sebarang haiwan banyak juga haiwan lain di sekitar anda.

Kadang-kadang, ada juga haiwan seperti kucing atau anjing liar yang merayau sehingga masuk ke kawasan rumah anda tanpa disedari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu, ada baiknya kalau anda mengetahu Pertolongan Cemas untuk calar atau gigitan kucing bagi mengelakkan komplikasi atau lebih teruk terutama bagi anak anda.

Jangan ambil remeh tentang calar atau gigitan daripada haiwan kerana luka ini mudah dijangkiti jika tidak dirawat lebih awal kerana mulut kucing dan anjing mempunyai bakteria yang boleh memasuki luka dan menjejaskan kesihatan.

Siapa Ada Rabies?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, ianya anggapan yang salah kalau anda fikir hanya anjing pembawa penyakit ini. Menurut seorang Profesor Madya Kimia, Dr Dessi Roman, pada asasnya semua mamalia adalah pembawa kepada virus ini.

Manusia juga adalah mamalia, jadi kita juga boleh mengalami rabies jika tak kira ia dibawa oleh manusia atau haiwan yang sememangnya pembawa  virus ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiga Kategori Rabies

Terdapat tiga kategori rabies iaitu:

Kategori 1: Memegang atau memberi makan anjing dan haiwan itu menjilat kulit anda tanpa kecederaan (tiada pendedahan)

Kategori 2: Terdapat calar pada kulit akibat calat atau gigitan. Tetapi pendarahan (pendedahan) tidak berterusan

Kategori 3: Kulit anda benar-benar terluka dan pendarahan berterusan dari bahagian yang digigit atau tercalar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kena Gigit Kucing

Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ambil sekiranya dicakar atau digigit kucing.

1. Bersihkan segera cakaran atau gigitan kucing dengan sabun dan air mengalir. Gunakan paip atau tuangkan air menggunakan penyedok untuk memastikan kuman di tangan anda bersih. Lakukan ini selama beberapa minit.

2. Lihat dengan teliti pada calar atau gigitan itu jika terdapat luka atau luka tusukan. Sapukan salap antibiotik seperti Fucidine dengan segera, sama ada ia berdarah atau tidak.

3. Jika terdapat pendarahan berterusan, tekan luka itu menggunakan kain lap atau kain  bersih untuk menghentikan pendarahan.

4. Letakkan pembalut yang telah disteril untuk melindungi luka itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Tidak kira ia cakaran atau gigitan itu kecil atau besar, anda perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor supaya rawatan yang betul dapat diberikan dan komplikasi dapat dielakkan terutama bagi kanak-kanak.

Adakah Kuku Kucing Mempunyai Rabies?

Kuku kucing juga berbahaya kerana mereka suka menjilat kaki dan ada kemungkinan air liur haiwan ini terkena pada kuku mereka. Selain itu, jangan biarkan kucing menjilat luka anda tidak kira ia disebabkan cakaran atau gigitan kucing atau luka lain.

Ini kerana, bakteria dapat menjangkiti luka itu menerusi air liur kucing. Tapi kalau ia tetap berlaku, basuh luka anda dengan bersih menggunakan sabun dan air.

Segera Ke Bilik Kecemasan Atau Berjumpa Doktor Jika Anda:

  • Pesakit diabetes atau sistem imun yang lemah disebabkan oleh keadaan perubatan (penyakit paru-paru, kanser, jangkitan HIV)
  • Jika anda tidak mempunyai vaksin tetanus atau jika anda menerima vaksin tetanus lebih daripada lima tahun lalu
  • Jika anda digigit kucing liar atau kucing jalanan
  • Jika anda tidak pasti sama ada kucing itu telah diberikan vaksin anti-rabies

Adakah Cakaran Daripada Kucing Berbahaya?

Mungkin ramai yang beranggapan gigitan kucing kruang berbahaya berbanding haiwan lain yang menghidap rabies seprti anjing, tikus dan kelawar.

Memang tidak dinafikan, kucing tidak agresif seperti haiwan lain tapi kena ingat mereka masih seekor binatang dan ia adalah sifat semulajadi mereka untuk menggigit atau menyerang kita jika mereka rasa terancam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuku dan gigi kucing berbahaya dan ia boleh meninggalkan luka yang dalam jika anda dicakar atau digigit. Jika luka daripada kucing menusuk dengan dalam, anda akan mudah untuk dijangkiti.

Setiap gigitan dan cakaran kucing membawa bakteria dan kuman yang banyak dan setiap jangkitan daripada luka ini boleh memasuki tisu badan kita dengan cepat.

Selain tius, sendi dan saluran darah kita juga akan terjejas. Apabila bakteria ini telah memasuki saluran darah kita, ia akan merebak ke organ yang berbeza sehingga menyebabkan komplikasi yang serius.

Setiap Gigitan Kucing Membawa Risiko Berbeza

Gigitan kucing membawa risiko berbeza bergantung kepada patogen yang dibawa oleh haiwan itu semasa anda digigit. Antaranya ialah bengkak pada bahagian yang terjejas, jangkitan kulit, keracunan darah, cirit-birit, luka dicakar atau digigit tidak sembuh dan ketegangan otot.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Gigitan Kucing Atau Calar Kucing

Pertama sekali, jika anda melihat kucing jalanan atau kucing di jalan, elakkan daripada mendekati atau menyentuh mereka. Tidak semua kucing mempunyai reaksi yang sama terhadap manusia.

Selain itu, jangan paksa kucing untuk melakukan perkara yang anda mahu seperti memaksa mereka untuk diangkat atau didukung.

Pastikan juga kucing anda mempunyai kawasan mereka sendiri di dalam rumah terutama jika anda mempunyai anak-anak kecil. Kucing mudah rasa gelisah sekiranya sering diganggu sehingga mengakibatkan mereka untuk mencakar atau menggigit anak anda.

Elakkan juga memukul kucing anda kerana ada kemungkinan mereka akan membalas tindakan anda dengan mencakar atau menggigit. Jumpa dengan doktor haiwan dan minta cadangan sekiranya anda boleh menyimpan kuku kucing anda.

Jika ada luka terbuka atau luka kecil pada kucing anda, jangan biarkan haiwan itu menjilatnya untuk memastikan mereka tidak dijangkiti rabies.

Dalam pada itu, pastikan juga kucng anda sudah divaksin agar mereka tidak dijangkiti rabies.

Penulis asal Anna Santos Villar. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Philippines untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Makanan Untuk Anak Cirit Birit & Muntah, Buatkan Anak Bertenaga

Baca juga: Tanda Demam Denggi Bagi Kanak-Kanak, Komplikasi & Cara Merawat Demam Denggi

Baca juga: Cara Mengesan Kanser Payudara, Buat Dua Perkara Ini Setiap Bulan Di Rumah Sebagai Langkah Awal!

Penulis

Anis