Kena Kencing Tikus, Anak Sedar Semula Selepas 8 Hari Ditidurkan Berkat Doa Ibu

Muhammad Taufiq Hidayat kembali sedar berkat doa ibu selepas ditidurkan selama 8 hari di ICU Hospital Ipoh disebabkan jangkitan kencing tikus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa seorang ibu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Berkat doa ibu, seorang lelaki yang terpaksa ditidurkan selama lapan hari akibat kena kencing tikus akhirnya kembali sedar dan sihat hingga ke hari ini.

Ibu Minta Tangguh Henti Bantuan Perubatan

Difahamkan, akibat kena kencing tikus hampir separuh organ-organ badannya tidak dapat berfungsi seperti sediakala.

Itu kesan yang dialami oleh Muhammad Taufiq Hidayat Mahdan yang terpaksa ditidurkan selepas doktor mendapati tekanan darah rendah. Selain, tanda-tanda dijangkiti penyakit kencing tikus seperti muntah dan cirit-birit yang berlarutan.

“Balik dari berkelah bersama dengan kawan-kawan yang lain, saya rasa tak sedap badan waktu itu muntah-muntah dan cirit-birit. Malam itu pula, saya memang tak boleh nak bangun sebelum keesokan paginya mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Ipoh,”kongsinya menerusi temubual dalam Malaysia Hari Ini (MHI), baru-baru ini.

Dalam tempoh itu, keluarganya terpaksa menerima kenyataan yang sangat berat di mana doktor menyatakan tiada lagi harapan dan semua rawatan akan dihentikan.

Namun, seorang ibu tidak akan pernah berhenti berdoa dan berharap. Ibunya merayu kepada doktor agar menangguhkan keputusan menghentikan bantuan perubatan walaupun hanya untuk sehari dua lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkat doa ibu, dalam keadaan yang kelihatan tiada harapan ia menjadi asbab kepada pemulihan anaknya.

Allah mendengar dan memperkenankan doa yang ikhlas, lebih-lebih lagi doa seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kebaikan untuk anak-anaknya.

Bagaimana Kencing Tikus Boleh Merebak

Untuk info, Leptospirosis atau kencing tikus biasanya menular melalui air kencing haiwan yang dijangkiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hampir semua jenis mamalia, seperti tikus, anjing, kuda dan lembu boleh membawa penyakit ini, namun mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Haiwan yang dijangkiti akan mencemarkan tanah dan air dengan bakteria yang kemudiannya boleh menjangkiti manusia atau haiwan lain.

Anda boleh terkena leptospirosis apabila:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bersentuhan dengan air kencing atau cecair badan haiwan yang dijangkiti.
  • Terkena air atau tanah yang tercemar, terutamanya jika ia memasuki badan melalui mata, hidung, mulut atau luka pada kulit.

Penyakit ini juga mudah merebak selepas hujan lebat dan banjir apabila air yang tercemar dengan bakteria memasuki sungai dan tasik. Namun, jangkitan daripada individu ke individu lain sangat jarang berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Maaf Tak Dapat Belikan Kek & Hadiah Sempena Hari Jadi”, Bapa Luah Rasa Kesal Tak Dapat Tunaikan Permintaan Anak

Baca juga: Anak Meragam & Menangis, Keluarga Miskin Diarah Turun Dari Bas Ketika Tengah Malam

Baca juga: Tiada Pilihan Lain, Ibu Ini Pura-Pura Masak Batu Agar Anak Tertidur Ketika Menunggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah