Kenaikan harga rawatan hospital kerajaan

Kenaikan cas rawatan di Hospital Kerajaan sehingga 50% berlangsung secara berperingkat dan secara mengejut telah bermula Oktober tahun ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenaikan mengejut cas rawatan hospital terhadap orang awam mampu menimbulkan rungutan orang awam dan pesakit. Kenaikan cas rawatan di Hospital Kerajaan sehingga 50% berlangsung secara berperingkat dan secara mengejut telah bermula Oktober tahun ini.

Peserta yang hadir dalam taklimat kenaikan cas hospital melahirkan rasa tidak puas hati kerana perkara ini mampu menimbulkan kekeliruan orang awam dan pesakit. Namun demikian, pesakit yang memilih untuk dirawat di wad kelas 3 tidak perlu bimbang kerana tiada kenaikan yang akan berlaku.

Pesakit yang memilih untuk ditempatkan di ward berhawa dingin akan dikenakan bayaran RM 80 dan RM 20 untuk kelas sederhana.

Untuk ibu bersalin bayaran dikenakan sebanyak RM 800 untuk kelahiran bayi menerusi pembedahan dan RM 400 bagi wad kelas 2. Wanita yang bersalin secara normal memilih untuk tinggal di wad kelas 1 akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300 dan RM 150 bagi kelas 2.

Secara umumnya, kenaikan harga rawatan hospital dikenakan untuk pesakit yang ditahan di wad bersalin, Fisioterapi, Radioterapi, nuklear, nefrologi dan psikiatri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa bayaran rawatan di Hospital Kerajaan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun demikian, Kerajaan dan Kementerian Kesihatan diharap mengkaji semula penstrukturan dan kenaikan harga rawatan yang dikenakan di hospital kerajaan berikutan faktor rakyat Malaysia yang masih ramai yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan yang mahal, terutama sekali rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar untuk ke Hospital Kerajaan di atas faktor geografi dan infrastruktur jalan raya yang masih daif, seperti di pedalaman Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Rencana dan gambar dipetik daripada Siakap Keli, Astro Awani

Penulis

Michelle Goh