Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

Setiap umur bayi memiliki warna najis yang berbeza bermula hari pertama selepas lahir hinggalah umur enam bulan. Jom ambil tahu setiap perbezaannya!

Bayi berumur kurang dari enam bulan biasanya menghadapi masalah pembuangan air besar dan disebabkan itu, ibu ayah perlu kenali najis bayi kerana setiap anak kecil memiliki tahap buang air besar yang berbeza. 

Apabila bertambahnya usia, keadaan usus bayi akan berkembang dengan lebih baik. Ia juga kerana penyerapan susu badan lebih sempurna.

Namun, anda harus kenali najis bayi kerana dari situ anda dapat kenal pasti jika terdapatnya gangguan kesihatan dan penyakit yang mungkin ada kaitan dengan sistem pencernaannya. 

Kenali najis bayi dalam linkungan umur 0 hingga 6 bulan 

#1. Najis warna hitam selepas 24 jam lahir 

kenali najis bayi, najis bayi, warna najis bayi, najis, najis si kecil, warna berak bayi, bayi berak, warna berak si kecil, warna tahi, jenis-jenis najis, najis, najis anak, warna najis anak, warna najis si manja, warna najis baby

Kredit: Iluminasi

Dalam masa 24 jam selepas lahir, kotoran bayi ditahap meconium di mana najis si kecil berwarna hitam dan melekit. Malah ia sedikit sukar untuk dibersihkan. 

Najis itu terdiri dari material yang dicerna ketika bayi dalam kandungan ibu dan sebahagian besar adalah cairan dan sel. Ia juga tidak berbau kerana belum ada bakteria yang melekat dalam usus bayi. 

Najis bayi juga dipengaruhi oleh kolostrum dari susu ibu yang membantu kotoran keluar dari tubuh si kecil. 

#2. Setelah melepasi 24 jam, najis bayi akan berubah kekuningan 

kenali najis bayi, najis bayi, warna najis bayi, najis, najis si kecil, warna berak bayi, bayi berak, warna berak si kecil, warna tahi, jenis-jenis najis, najis, najis anak, warna najis anak, warna najis si manja, warna najis baby

Setelah melebihi 24 jam pula, najis bayi akan mula berubah menjadi warna kekuningan dan sedikit berair

Menurut laman Parenting Firstcry, bayi akan melakukan pembuangan air besar sekurang-kurangnya empat kali sehari dalam beberapa hari di minggu pertama. 

Apabila bayi diberi minum susu badan pula, dia akan membuang hingga 12 kali atau lebih dalam sehari. Namun, ibu tak perlu khuatir sekiranya ini berlaku kerana ia adalah normal. 

#3. Najis berwarna hijau, kuning pekat, berlendir dan berbuih 

kenali najis bayi, najis bayi, warna najis bayi, najis, najis si kecil, warna berak bayi, bayi berak, warna berak si kecil, warna tahi, jenis-jenis najis, najis, najis anak, warna najis anak, warna najis si manja, warna najis baby

Kredit: PAMA

Perubahan pada najis bayi akan terus terjadi misalnya berubah kepada warna hijau, kuning pekat, berlendir dan berbuih. Tetapi anda tak perlu bimbang kerana ia bukan menunjukkan sebarang masalah kesihatan. 

Namun, ada beberapa keadaan yang menggambarkan bayi mengalami masalah pencernaan seperti bayi masih mengeluarkan mekonium pada usia empat ke lima hari yang sepatutnya keluar selepas 24 jam lahir.  

Sebab itu, jika bayi tidak berak dalam masa 24 jam setelah lahir, seeloknya rujuk pada doktor dengan segera. 

Kenali najis bayi setelah masuk ke usia enam bulan 

  • Apabila bayi sudah mula ambil makanan pejal pada umur enam bulan, tentunya kotoran najis juga berubah seperti orang dewasa. 
  • Najis juga akan berubah warna gelap dan berbau
  • Warna najis juga biasanya ditentukan oleh makanan yang diambil. 
  • Dalam najis juga, ibu boleh temui potongan sayuran atau makanan yang mungkin tidak dihadam dengan baik. 
  • Jika bayi mengalami sembelit, berak berdarah atau luka di bahagian punggung sebaiknya beri dia makan buah, air putih dan serat supaya masalah ini dapat diatasi. 

Walau bagaimanapun, dapatkan makanan yang seimbang dan sesuai mengikut umur bayi supaya si kecil membesar dengan sihat. Jika terdapat sebarang kekeliruan tentang tahap kesihatan anak sebaiknya berjumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan lebih lanjut. 

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baby Center 

Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal, Ibu Kena Peka Pada Warna Najis Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!