7 kenangan semasa hamil yang buat anda nampak special oleh orang sekeliling

Melalui proses mengandung dan bersalin, sudah tentu ada momen-momen yang tak dilupakan seperti di bawah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jom puan kita buat scan, lihat ada janin dalam rahim puan. Tahniah, puan dah hamil 2 bulan,”. Ini antara kata-kata kenangan terindah selepas bersalin yang akan kita ingat sepanjang kehamilan lalu.

Kemudian, rakan-rakan mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu dan berkata ‘enjoy the moment while pregnant’ . Dalam pada itu, kamu akan rasai perkara special yang hadir tanpa diduga. Apa agak-agaknya? 

Kenangan terindah selepas bersalin; perkara istimewa yang akan dirindui. Tak disangka sungguh!  

1. Boleh letak kereta di tempat OKU 

Betul ke? Ibu mengandung tergolong dalam golongan OKU? Ya, Betul. OKU maksudnya orang kurang upaya jadi tak semestinya orang cacat saja tergolong dalam golongan kurang upaya ini.

Ibu mengandung yang sudah sarat membawa baby dalam perut turut sama dalam golongan ini. Ia diceritakan sendiri rakan kami seperti di bawah. 

“Masa itu, saya pergi hospital. Kereta jangan cakaplah memang penuh. Jadi ronda dah berulang kali nak cari parking. Sekali dapat yang jauh. Nak tak nak parking jugalah. Sekali bila dah jalan nak sampai ke ruang menunggu hospital pak guard ni beritahu yang saya boleh parking tempat OKU kerana ibu mengandung termasuk dalam golongan itu. Aduh, sia-sia je parking jauh. Jadi, bila mengandung rasa special sikit sebab boleh parking tempat khas yang orang lain tak boleh buat. Bestkan?” – katanya. 

Kredit: Capetownchiro.com

2. Teruja nak beritahu suami diri hamil 

Seterusnya, kenangan manis selepas bersalin ini yang akan dirindui dan dianggap special adalah bila teruja nak beritahu suami diri hamil. Nak rahsiakan dulu atau nak beritahu terus?

Itulah yang sering terjadi pada ibu mengandung. Perasaan teruja yang tak dapat diungkap dengan kata-kata, cukup sekadar diluah dengan cara tunjuk UPT (urine pregnancy test)  pada suami. Nampak double line itu tanda hamil! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Orang tak dikenali mudah tersenyum pada anda 

Bila mengandung sudah makin sarat, baby pula semakin membesar dalam perut, anda akan berjumpa dengan ramai orang tak dikenali yang ingin berkawan dengan anda.

Terutama ketika pergi checkup baby setiap bulan, pasti ada yang bertanya seperti di bawah: 

“Dah berapa bulan mengandung? 

“Dah nampak jantina baby? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Anak keberapa yang tengah mengandung sekarang? 

Bermula dari situ, anda akan berbual-bual, berkongsi pengalaman dan macam-macam lagi. Bestkan? Mesti diri rasa sungguh special dipandangan orang sekeliling. 

kredit: Annique day spa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Orang tak boleh kata apa , bila kamu ‘gemuk’ 

“Eh, kenapa kamu makin gemuk” 

“Ada orang buat saya gemuk” (sambil tunjuk dalam perut) 

Orang tersebut senyum dan mengangguk kepala. 

Ini antara paling lucu boleh dianggap kenangan manis selepas bersalin yang akan dikenang dan menjadi momen terindah. Bila tengah mengandung, orang sekeliling tak boleh kata apa, bila anda gemuk.

Itupun sebab mengandung, kalau tak mesti slim melim, kan? 

5. Rasa diri istimewa. 

Kenapa kami kata istimewa? Sebabnya, anda bayangkan bila tengah mengandung anda perlu beratur panjang untuk membayar sesuatu di kaunter pembayaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi disebabkan melihat anda sedang sarat orang yang dihadapan meminta anda beratur dahulu. Tak ke itu dianggap istimewa? Ibu mengandung saja yang dapat rasa macam ni tau. Lelaki ada? Jangan marah! 

6. Boleh beli baju dan perabot baru 

Apabila mengandung, anda memerlukan pakaian baharu yang sesuai untuk ibu mengandung. Disebabkan makin banyak pakaian di rumah jadi anda juga memerlukan perabot baru untuk menyimpan semua pakaian anda.

Ini pun boleh dianggap special dan menjadi kenangan terindah selepas bersalin. Bukan itu sahaja, anda juga boleh shopping pakaian anak yang bakal lahir nanti. Wah, memang seronok! Enjoy je bila mengandung ini. 

7. Lebih menghargai diri dari sudut kesihatan 

Sebelum mengandung, mungkin anda banyak mengamalkan gaya hidup tak sihat seperti kurang bersenam, gaya pemakanan yang tak betul dan kurang ambil berat soal kesihatan. Tapi bila dah mengandung anda akan melayan diri anda dengan special seperti seorang permaisuri.

Ini kerana, anda sentiasa ingat bahawa ada insan lain dalam perut yang memerlukan nutrisi baik dari seorang ibu. Jadi sebab itu, anda lebih menghargai diri demi baby yang berada dalam perut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

Sumber: fitpregnancy 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-perkara-tentang-mengandung-yang-akan-anda-rindui/