Ayah Ini Menjelaskan Di FB Kenapa Anda Tidak Harus Malu Apabila Anak Anda Mengamuk

Justin Baldoni mempunyai tindak balas paling "win" apabila anak perempuannya mengamuk di pasar raya. Inilah mesej si ayah kepada semua ibu bapa di luar sana, seperti yang dicatat dalam akaun FBnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa yang paling sempurna akan hilang akal apabila anak kecil mereka mengamuk, lebih lagi, di tempat awam.

Ibu-bapa baru akan rasa seperti setiap tindakan mereka akan diperhatikan oleh semua orang dan mereka sedang dihakimi.

Walaupun anda menundukkan kepala anda dan cuba mendiamkan anak anda yang sedang mengamuk, menangis dan menjerit, anda sudah rasa dihakimi.

Anda juga akan berasa malu dan marah apabila anda membayangkan ibu bapa di sekeliling anda memberitahu anak-anak mereka supaya untuk tidak menjadi “nakal” seperti anak anda.

Anda juga berasa marah dan malu apabila mereka menilai kemahiran keibubapaan anda.

Kenapa pula kita perlu malu apabila anak mengamuk depan orang ramai?

Tetapi persoalannya ialah, mengapa kita berasa malu? Kenapa kita panik apabila anak kecil kita yang masih baru dalam dunia ini menunjukkan emosi mereka?

Itulah yang dipersoalkan oleh Justin Baldoni dalam catatan Facebook baru-baru ini.

Pelakon dan pengarah dari Amerika ini berkongsi gambar yang memukau yang dirakam oleh isterinya, Emily, dalam perjalanan ke supermarket Whole Foods.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam foto itu, anak perempuan pasangan itu, Maiya yang berusia 4 tahun, sedang mengamuk. Dia sedang “menggelupur” di lantai.

Berdiri di samping anak kecil yang sedang mengamuk itu ialah Baldoni dan bapanya.

Namun mereka tidak cuba untuk menenangkan kanak kecil itu atau berasa malu langsung.

Dengan Maiya antara kaki ayahnya, si ayah memandang ke arah Maiya dengan tenang, kedua-dua lelaki berdiri hampir dan membentuk bulatan pelindung di sekeliling Maiya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam posisi itu, Baldoni menulis dengan teliti tentang pelajaran yang dia telah pelajari daripada ayahnya tentang menangani emosi anak kecil.

Kita tidak perlu menjadi ibu ayah berdasarkan pemikiran atau pendapat orang lain

“Tidak ada ibu bapa yang sempurna, tetapi satu perkara yang ayah saya telah mengajar saya, iaitu untuk tidak menjadi ibu bapa berdasarkan apa yang orang fikirkan.

Ayah saya selalu membiarkan saya merasakan apa yang saya perlu rasakan, walaupun di tempat awam dan keadaan yang sangat memalukan.

Dia tidak pernah berkata ‘Kamu memalukan saya!’ atau ‘Jangan menangis!’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Baru-baru ini saya menyedari betapa pentingnya perkembangan emosi anak saya sendiri.

Anak-anak kita belajar dan memproses begitu banyak maklumat dan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan semua perasaan dan maklumat baru yang muncul.

“Saya cuba ingat untuk memastikan anak perempuan saya tahu yang ia adalah OK untuk menjadi emosional.

Ia tidak memalukan saya apabila dia mengamuk di kedai runcit, atau menjerit di atas kapal terbang.

Saya ayahnya … bukan orang lain. Janganlah rasa malu dengan anak-anak kita.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justin Baldoni, Emily, and little Maiya. (Gambar dari: Just Jared Jr)

“Apabila kita malu dengan anak kita, kita sedang menyebarkan idea bahawa mengekspresikan emosi secara terbuka adalah salah dan memalukan,” kata Baldoni.

Menjaga emosi anak kita lebih penting dari menjaga hati orang lain

Terdapat begitu banyak sebab yang baik untuk mendiamkan anak kita apabila mereka mula mengamuk, seperti: pertimbangan untuk orang lain, menenangkan keadaan dan lain-lain.

Ia sangat mudah untuk melupakan bahawa kesihatan emosi anak-anak kita adalah lebih penting daripada pengalaman membeli-belah orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kita memerhati pembeli dalam latar belakang foto ini, ia agak jelas yang mereka sebenarnya tidak melihat pun, apatah lagi menilai.

Anda mungkin merasa seperti anda berada dalam perhatian semua orang, tetapi orang lain pun seringkali sibuk dengan perkembangan mereka sendiri; mereka tidak ada masa untuk ambil tahu tentang hal kita.

Mereka juga telah menyedari bahawa kanak-kanak itu sedang menjerit di atas lantai – sukar untuk tidak mendengar jeritannya apabila Maiya sedang mengamuk.

Tetapi mereka telah memberi keluarga ini sedikit privasi, sama seperti yang kita akan lakukan apabila berada di tempat mereka.

Jadi ibu ayah sekalian, jangan takut untuk memberikan ruang kepada anak-anak anda, walaupun ia berlaku di khalayak ramai.

Dan yang lebih pentingnya, jangan takut jika dunia melihat perjuangan keibubapaan anda.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore.

Baca juga:

Kendali Mengamuk Anak Dengan Cara Drew Barrymore Yang Bijak Ini!

Penulis

Michelle Goh