Oleh sebab vakum ketika bersalin, kepala anak saya berparut teruk! Ikuti perkongsian ibu ini...

Ibu-ibu, jika boleh sebelum bersalin, dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan penambah tenaga untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di bilik bersalin, jika doktor mendapati ibu sukar untuk mengeluarkan bayi atau dalam erti kata lain tidak tahu menolak bayi keluar, doktor akan menasihatkan ibu untuk melakukan vakum. Sesetengah kes bayi vakum tidak mendatangkan masalah. Tapi pasangan ibu bapa muda ini Jessica Henderson dan Darren Carr mengalami mimpi ngeri apabila kepala bayi cedera kerana vakum!

Kepala bayi cedera kerana cara vakum yang salah!

Ibu muda terbabit baru sahaja melahirkan bayi di Hospital Dundee dan dimasukkan dalam bilik bersalin selama 27 jam. Disebabkan sukar untuk mengeluarkan bayi, seorang jururawat yang tidak berpengalaman menggunakan vakum dengan cara yang salah hingga kepala bayi cedera!

“Jururawat tersebut menarik keluar anak saya dengan vakum ketika kontraksi tidak berlaku. Malah lebih menggerunkan, dia seolah-oleh merobek bahagian vagina saya bagi mengeluarkan bayi, hingga menyebabkan pendarahan!

Pihak hospital juga tidak menerangkan kepada kami bagaimana vakum dilakukan dan mereka juga seolah-olah tidak tahu menggunakannya!

Selepas isteri saya selamat bersalin, pihak hospital menutup kepala bayi saya dengan topi bayi supaya kami tidak nampak kepala bayi cedera. Kemudian, selepas beberapa jam meninggalkan hospital, baru kami perasaan terdapat kecederaan pada bahagian kepala bayi!

Kami berasa bimbang sekiranya luka dan parut tersebut akan kekal hingga bayi dewasa. Kini, kami sedang berbincang untuk saman pihak hospital tersebut,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepala bayi cedera, hospital mohon maaf

Bagi tidak mengeruhkan keadaan, hospital terbabit tampil memohon maaf kepada kedua-dua ibu bapa bayi itu.

Dr. Alan Cook, Pengarah Hospital memberitahu bahawa, beliau berjumpa dengan pasangan tersebut untuk selesaikan permasalahan yang berlaku dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian itu.

Apa itu vakum?

Cawan penyedut ini adalah salah satu alat bantuan kelahiran sama seperti menggunakan forceps. Kedua-duanya merupakan alat yang selamat digunakan untuk kelahiran bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, tidak semua ibu perlu mengeluarkan bayi menggunakan alat ini. Jika terdapat komplikasi untuk menolak bayi keluar, baru pihak hospital akan mencadangkannya.

Bila boleh digunakan? Doktor akan menggunakan jika ibu hamil alami:

  • Jantung bayi semakin lemah kerana ibu sukar untuk menolaknya keluar.
  • Posisi bayi yang tidak betul ketika di pintu rahim.
  • Keadaan ibu yang lemah dan tidak bertenaga.

 Risiko menggunakan alat bantuan kelahiran

  • Vagina ibu akan digunting dan perlu dijahit.
  • Koyakan akan lebih besar bagi memudahkan bayi keluar menggunakan vakum tarik atau forceps.
  • Risiko pendarahan mudah berlaku.
  • Chignon- Terdapat kesan atau tanda di kepala bayi dan ia akan berlaku dalam masa 48 jam. Kemudian kepada bayi akan kembali normal atau ke bentuk asal.  

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Video inilah bagaimana cara bersalin normal dengan bantuan forceps

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan