Kepala Bayi Lonjong Atau Leper? Cuba Tips Doktor Ini, Supaya Ia Kembali Bulat, Normal!

undefined

Kepala bayi lonjong atau leper sering kita lihat di mana-mana dan ia kadang kala menimbulkan tanda tanya mengapa ia boleh jadi begitu.

Mungkin ada yang perasan atau mungkin sebaliknya mengenai bentuk kepala anak. Kepala bayi lonjong atau leper atau dipanggil flat head syndrome adalah situasi di mana kepala anak di bahagian belakang semakin meleper.

Menurut Dr Redza Zainol, ramai ibu di klinik yang bertanya soalan itu kepadanya. ““Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?”

Kepala bayi lonjong atau leper? Ini yang boleh di lakukan untuk kembalikan ke bentuk normal

Kepala Bayi Lonjong

Menurut Dr. Redza Zainol, ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala.

Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome. Puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.

Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah kerana berada pada posisi sama dalam banyak masa.

3 jenis aktiviti kembalikan bentuk normal kepala anak

Kepala Bayi Lonjong

Dr Redza Zainol mencadangkan, tiga jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ini. Kalau diamalkan, bila bayi itu berumur 1-2 tahun, katanya bentuk kepala mungkin boleh jadi cantik semula.

#1. Tummy to tummy

Lepas bayi lahir sudah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring. Sambil itu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Bukan hanya ibu, ayah pun boleh buat juga.

#2. Lap time

Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu. Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.

#3. Side lying

Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring. Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.

Katanya waktu yang sesuai untuk melakukan tiga aktiviti berkenaan adalah ketika:

  • Selepas bayi bangun tidur
  • Selepas bayi mandi
  • Selepas tukar lampin bayi

Ketiga-tiga keadaan itu biasanya mood bayi adalah dalam keadaan bayi dan mereka dalam keadaan selesa. Jadi adalah lebih mudah untuk bayi anda memberi kerjasama jika mereka diminta untuk membuat pelbagai perkara.

Berapa lama waktu sesuai untuk buat aktiviti?

Pasti ada yang tertanya-tanya, berapa lama waktu yang sesuai dan disarankan untuk melakukan aktiviti tersebut supaya bayi selesa dan tidak meragam.

Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya sudah mula menangis sebab penat. Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya.

Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia.

Bahayakah kepala anak leper?

Kepala Bayi Lonjong

Menurut Dr. Redza Zainol, flat head tidak memberi kesan sampingan atau membahayakan bayi, malah tidak memberi sebarang kesan buruk. Namun, bentuk kepala bayi kelihatan tidak cantik apabila ia leper kerana sepatutnya bentuk kepala bulat. 

Bila ibu patut risau?

Dalam kebanyakan kes, bahagian leper pada kepala bayi ini akan kembali normal dengan sendirinya menjelang usia bayi mencecah sekitar 6 bulan dengan aktiviti yang dilakukan. 

Ketika ini, bayi akan mula meniarap, merangkak dan duduk. Bila banyak beraktiviti, bayi akan kurang berbaring dan kuranglah tekanan pada satu-satu bahagian tersebut.

Sungguhpun begitu, kepala bayi akan menjadi lebih keras apabila usianya meningkat. Jadi, seeloknya ibu ayah berjumpa doktor seawal mungkin kalau perasan sesuatu yang ganjil pada bentuk kepala bayi agar ia dapat dikenalpasti jika memerlukan rawatan.

Berbeza dengan flat head syndrome, craniosynostosis biasanya melibatkan kondisi yang lebih serius kerana ia boleh menjejaskan satu atau lebih sendi tengkorak bayi.

Ia tergolong dalam salah satu daripada beberapa kategori kecacatan pembentukan tengkorak sejak lahir.

Bagi keadaan ini, pertumbuhan plat suture tersekat atau terhad, lalu menyebabkan tekanan pertumbuhan tengkorak (cranial) yang menyebabkan masalah penglihatan dan menjejaskan pembangunan intelek. Dalam sesetengah kes ia dikaitkan dengan masalah abnormal yang menghalang otak daripada berkembang dengan sempurna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Google image

Baca juga: 3 Perkara Mengenai Kepala Bayi Baru Lahir Yang Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga: Hati-Hati Bila Pegang Ubun Kepala Bayi, Peka Dengan 7 Situasi BAHAYA Ini

Baca juga: Betul Ke Bayi Dengan Kepala Besar Dikatakan Lebih Pandai?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!