Kepentingan keluarga bahagia itu sememangnya sangat penting kerana dapat membantu membina ikatan kekeluargaan yang harmoni dan sentosa sambil mendidik anak-anak dengan baik.
Malah, sejurus kita berkahwin dengan akad ijab dan qabul tentunya kita impikan sebuah perkahwinan yang bahagia meskipun kadang-kadang tentunya ada perbalahan dan pergaduhan kecil berlaku.
Orang kata itu hanyalah penambah rasa dalam rumah tangga sebab kalau manis saja tak syok juga. Jadi kalau ada masin-masin sikit barulah terasa nikmatnya. Betul tak?
Bahkan, ia bukan mengeruhkan ikatan sebagai suami isteri tapi untuk mengajar anda tentang erti kesabaran, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa mentua.
Apatah lagi, dengan perkahwinan itu sediri dapat mengelakkan manusia dari berbuat maksiat selain menambah umat Nabi Muhammad SAW.
Kepentingan keluarga bahagia
Ya, kepentingan keluarga bahagia itu pastinya ada pasang surutnya. Malah kejadian-kejadian ini sekaligus lebih mematangkan kita untuk menempuh alam kehidupan sebagai suami isteri.
Walaubagaimanapun, meskipun kita mungkin hidup bahagia tapi jangan sesekali membandingkan kebahagian kita dengan orang lain yang mungkin mengalami pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup mereka.
Namun, persoalannya bagaimanakah kita menghadapi dugaan itu adalah terpulang kepada diri sendiri untuk memandangnya dari sudut positif atau negatif.
Apatah lagi, kekadang suami isteri akan dilanda rasa bosan, ego, marah dan sebagainya. Jadi berikut ini adalah cara bagaimana nak mencari pasangan yang baik.
#1. Semasa mencari calon suami atau isteri
Semasa anda membuat keputusan untuk mendirikan masjid yakni perkahwinan, carilah seseorang wanita yang bukan sekadar menjadi isteri tetapi boleh juga menjadi ibu kepada anak-anak anda.
Begitulah juga dengan perempuan, carilah lelaki yang bukan hanya menjadi suami tapi boleh menjadi ayah buat anak-anak kita.
#2. Semasa melamar pasangan
Biasanya dalam tempoh melamar ini lelaki akan meminta persetujuan daripada keluarga perempuan atau kita panggil wali iaitu ayah kandungnya.
Tapi untuk kepentingan keluarga bahagia ini mintalah jua dengan Allah SWT melalui orang tuanya supaya hubungan kalian mendapat restu dunia dan akhirat.
#3. Semasa akad nikah
Semasa akad nikah memang biasanya kita di hadapan tok kadi, saksi, wali dan keluarga tapi ingatlah dan tanam dalam hati semasa bernikah itu anda berada di hadapan Allah sebagai permulaan untuk menggalas tanggungjawab itu.
#4. Semasa majlis perkahwinan
Sentiasa berfikiran yang baik-baik semasa majlis perkahwinan di mana mengharapkan tetamu yang datang mendoakan kesejahteraan anda dan juga isteri.
#5. Semasa di malam pertama
Niat dalam hati untuk mendapatkan anak yang baik, soleh, solehah, mendengar kata, patut dan taat kepada kedua-dua ibu bapanya. Bukan sekadar melepaskan nafsu semata-mata di malam pertama.
#6. Menempuh alam berumah tangga
Ketahuilah bahawa selepas berkahwin, tidak semua kehidupan terasa wangi dan berbunga tetapi kekadang ada juga koyak dan penuh onak serta berduri. Jadi tempuhilah dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran.
#7. Rumah tangga goyang
Jika rumah tangga anda tiba-tiba bergelora, berpeganglah tangan antara kalian supaya sentiasa ada di sisi pasangan walau perit mana pun ujian yang sedang melanda.
#8. Diuji belum ada anak
Jangan tuduh menuduh terhadap salah seorang sebagai punca kegagalan untuk mendapat zuriat tapi cintailah dirinya seratus peratus seperti mana di awal perkahwinan dahulu.
#9. Peranan suami dan isteri
Kepada suami, jangan lupa tanggungjawab anda kepada isteri tercinta terutama di saat dia memerlukan anda di sisinya.
Pimpin dan mengemudi rumah tangga dengan rasa tanggungjawab serta amanah sebagai ketua keluarga.
Kepada isteri, tanamkan sikap berlemah lembut dan bersopan santun dengan suami tersayang serta sentiasalah menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Hormati, taat dan patuh kepada suami, bayangkan inilah hari terakhir anda bersamanya.
Diharap perkongsian ini bermanfaat dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga kalian.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Webpedia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkunci-rumah-tangga-bahagia